Perkahwinan Adik

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

23 November lepas adalah anniversary perkahwinan Emy yang kedua, tapi ada acara yang lagi besar berlangsung di rumah iaitu perkahwinan adik perempuan Emy. 


Mula-mula geram jugak kenapa ma tetapkan tarikh yang sama dengan wedding Emy dulu. Tapi bila fikir balik, ada hikmahnya...takde la emy menangis sorang-sorang dalam bilik teringatkan encik Suami yang bertugas nun jauh sana,sibukkan diri dengan majlis adik. 


Anniversary pertama pun tak sambut bersama, waktu tu encik suami sedang berkursus..lima hari lepas tu baru jumpa. Kali niii..hummm..berbulan lagi nak jumpa. Semoga anniversary yang ketiga kita akan sambut dengan penuh kemanisan dan kebahagiaan..mungkin bertiga?Mungkin.Amiinn. Doakan ya kawan-kawan ;)



Ini adik saya. Lyiana. 
Malam akad nikah adik minta emy mekapkan, taknak tebal-tebal just bia ada seri. Okey tak?hehe. 


Ramai orang cakap kami ni tak nampak iras sangat. tapi kalau tengok banyak-banyak kali baru jumpa iras kami.hehe. Dia banyak ikut muka nenek belah abah. Emy pulak belah ma. hee ;)


Wif my lovely mum, majlis keesokkan harinya.


My adik pilih tema hijau, sangat meriahh. 
time ni je sempat main posing lepas tu kakak pengantin sibuk ke hulu ke hilir melayan tetamu.


Seminggu lepas tu, majlis hantar menantu, iaitu pengantin perempuan di hantar ke rumah pengantin lelaki.


Belah lelaki warna dark purple menjadi pilihan.


Bertambah berseri adik emy ni plus kakaknya lagi yang mekapkan.hihihik. Baju adik semua kakak pengantin ni jugak yang carikan. Veil tu adalah shawl halfmoon beading atas kepala. 


Adik nak pakai maxi dress pada mulanya, tapi emy tengok maxi dress tu tak sesuai untuk majlis ni. Nasib baik, pegi bandar jumpa baju kurung moden ni rm80 je.  Jadi, konsep less is more sangat menjadi jaya cemerlang nya.hehe.


My lovely mum dengan anak2 perempuannya.
Si kecik baju biru tu je sepupu Emy, Deknis la ni.. 


Alhamdulillah, semua majlis berjalan lancar.


Adioss!

No comments: