Catatan bencana 2014

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Mata tak dapat lelap jadi emy capai laptop. online pasal berita banjir,layan gosip jap. 


Kepuasan. 


Setiap hari,setiap masa,setiap jam saat detik pergi mana pun orang bercakap pasal berita banjir. Tambahan, rumah sendiri dah hampir seminggu takde bekalan air dan letrik. Walaupun rumah emy tak naik air tapi kehidupan memang tak macam biasa la. Mengenangkan nasib mangsa banjir dan ada yang terkorban, Ya Allah dugaan mereka lebih berat semoga Engkau permudahkan urusan mereka dalam menempuhi ujian dariMu ini. 


Walaupun tak berada di pusat pemindahan banjir, emy dan sekeluarga memang hidup di bawah capaian biasa. Hari-hari lauk sardin hanya itu lauk yang boleh simpan sebab takde letrik, ada telor masin pemberian keluarga kawan di Sabah tempohari kadang-kadang mengalas perut dengan ubi kayu rebus. Tak boleh nak berlebih-lebih juga, setiap kali makan mesti teringat pada mangsa-mangsa banjir. Entah makan ke tidak,sampai kah bekalan makanan kepada mereka,nak makan mesti beratur dulu menunggu giliran. Menitis jua airmata.


Selepas tiga hari, elektrik kembali pulih jam 10malam semalam. Jam7 petang tadi, rumah bergelap lagi. Tak sampai 24jam bekalan eletrik terputus lag. Rumah mak saudara terang, rupanya ada rumah yang dapat bekalan letrik, ada rumah tak dapat dengan alasan tenaga elektrik tidak mencukupi. Tidur dengan lilin lagi. Stok lilin dan berkurangan, esok kena beli lagi.


Bermacam berita yang keluar di televisyen, masa terputus bekalan eletrik.  Patut la ramai kawan-kawan dari luar Kelantan cuba call, mesej dan juga whatsapp.  Ada panggilan yang sempat emy jawab ada yang tak..terima kasih pada yang risaukan emy dan sekeluarga. Alhamdulillah, keluarga emy tidak menghuni di pusat pemindahan banjir. Tapi kami tetap merasa penderitaan mangsa-mangsa banjir. Tiada bekalan air dan letrik sentiasa membuat kami sedar bahawa ramai lagi insan yang malang dan kesusahan di luar sana.



Semoga esok mentari kekal lebih lama
dan bantuan yang diusahakan dapat sampai dengan cepat dan mencukupi

Redakanlah hati-hati yang kesedihan
Cekalkan semangat mereka
Perjuangkan kehidupan yang diberi ujian seketika itu.


#prayforkelantan2014

bergambar semasa pergi melihat kawasan banjir.


No comments: