Betol ke Ryan dah balik??

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Rupanya entri pasal Ryan hilang takde, begitu emy tenggelam dalam kesedihan pada tahun 2013. Entahla, banyak hal yang jadi..sekarang pun tengah bina diri balik, kumpul semangat yang hilang. ecece.  Masa Ryan hilang, memang tak boleh nak tulis sebab tak sanggup nak face dengan realiti tu. Dalam masa yang sama tak boleh tunjuk sangat kesedihan tu, nanti dikata melampau pulak.


Alhamdulillah, emy cuba redha dalam masa yang sama cari hikmah atas kesedihan yang emy alami. Lebih kurang tiga bulan lepas tu, emy dapat surat posting dan ditempatkan di Sarawak. Owh..inilah hikmahnya, supaya emy dapat berpisah dengan Ryan dengan cara ni. Pergi Sarawak naik belon = kapal terbang, bukan macam pergi Melaka naik bas leh letak Ryan dalam beg..bagi dia tidor dalam selimut.  Kalau tak, naik pening ma abah dan encik suami kot kalau emy tetap nak bawak Ryan naik belon..memang time tu tahap tak boleh berpisah dengan Ryan, dua minggu duduk umah mentua uruskan perkahwinan adik ipar pun dah tak senang duduk.


Okey. Okey. ditakdirkan Ryan hilang dan emy asal nampak binatang manja macam kucing je, mesti terus ingat Ryan..sekarang dah boleh main-main dengan kucing si bulus. Tapi setelah hampir setahun 6bulan, Ryan balik!


korang pun mesti akan pikir 'eh, betol ke tu Ryan??'
Itu jugak persoalan pertama emy, bila ma telefon cakap Ryan balik. Termangu jap siyes blank speechless, pastu tanya..'betol ke Ryan?"


Perasaan gembira memang tak dapat disorokkan,terus excited bercerita dengan kawan-kawan rapat pasal Ryan ni walaupun dalam hati 60% percaya tu Ryan.


Bila balik cuti hujung tahun ni, terus adik keluarkan Ryan.
Ya ALLAH, terkejut sangat sebab Ryan besar 10x ganda dari saiz die hilang. hmmm, itu logik lagi sebab kura-kura ni banyak makan tambahan kalau dia hilang mesti duduk dekat-dekat sekitar rumah emy ni, mesti die makan sisa-sisa makanan. Sedih mengenangkan hal tu, masa emy bela..ayam kfc pun kongsi dengan dia, goreng ikan, rebus telor,siap beli ayam goreng semata-mata nak bagi Ryan makan. Sedihnya tapi dalam masa yang sama bangga sebab Ryan leh survive sampai balik rumah.


Emy percaya tu Ryan jugak sebab abah dan ma yang kenal tu Ryan.  Ryan rapat dengan abah dulu, sebab abah jenis sayangkan binatang. Kalau balik kampung, abah la yang tukang ganti jaga Ryan. Ma pulak jenis yang takutkan binatang eksotik camni, tapi leh kawan dan sayang Ryan.  Ma jugak yang cerita, waktu Ryan balik masuk ikut pintu dapur waktu tu hujan, ma tengok dia menangis. Masya ALLAH.  dua tahun emy jaga Ryan tak pernah berenggang, masuk mall,panggung wayang,naik bas,naik lrt,mengajar masa praktikal tak pernah Emy tinggal dia.  Dia balik lepas emy dah gerak ke Kuching. Mungkin dia cuba cari jalan balik, cuba cari Emy.


Kenapa emy percaya itu Ryan?

Emy layan dia macam dulu, respon dia sama macam dulu.
- usap kepala..terus lentok nak tidor
- usap tangan terus diam, kalau tengah gerak dia akan berhenti
- letak dalam selimut pink dia yang dulu, terus diam pastu tertido sampai masuk kepala      dalam sarung kulitnya tu.

Walaupun saiz dia besar, Ryan act likes its still baby like before.

Jangan terkejut, beza sangat saiz Ryan dulu dan sekarang. (tengok entri sebelum ni






Ryan tido dalam selimut pink nya. Fakta : Ryan ni jantan. Letak dalam selimut, usap-usap kepala tang hidung yang emy suka tu..pastu usap kakinya..makin lena Ryan tido..kena flash pn xsedor..Leh bayang tak saiz Ryan dengan tengok gambar kepalanya tu. Tunjuk full body kang serrram lak, hehe. cengkerang pun dah hitamm..tapi..bila dia kering, memang nampak warna cengkerang nya yang hijau tu..Yeahhhhh..its Ryann!


Kalau tu bukan Ryan, dia takkan cepat manja dengan Emy dalam tempoh masa hanya 3jam bersama, Ryan tidor dengan mudah sambil emy usap tangan dan kepalanya.


Kalau tu bukan Ryan, mula-mula Emy pegang..dia dah gigit jari Emy.



Ada Emy post kan di Instagram..gambar jari Emy digigit..Kisahnya bila Ryan bangun dari tidor Emy masih usap kepala padahal Emy dah faham Ryan lapar..sebelum tidor dok main-main dengan dia kt kawasan berpasir luar rumah..mesti la lapar, dengan saiznya sekarang, ofcourse lagi kuat makan.  Plus, tengah sembang dengan sepupu, maybe intonasi suara emy tibe-tibe tinggi dok gelak, Ryan tak suke tuu. itu yang agaknya die terkejut sampat gigit tuannya. Lepas kena gigit, emy masih dekat dengan dia..usap kakinya, Ryan okey jer. Dia kenal tuannya. Oh My Ryan!




adiosss!

No comments: