Bantu mangsa banjir

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Dalam keadaan bencana sekarang, mesti ramai yang tak senang duduk.  Anak-anak yang jauh dari kampung halaman risaukan ayah bonda di pusat pemindahan banjir. Airmata mengalir melihat apa yang ditayangkan di televisyen. Memikirkan macam-macam mengenai nasib mangsa banjir. Cukupkah bantuan makanan? bantuan perubatan?

Alhamdulillah, ada insan yang berani tampil giat mencari dana bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.  Dari hanya duduk membaca dan melihat berita..boleh tenteramkan sedikit hati dengan memberi sedikit sumbangan kepada kumpulan-kumpulan bantuan yang sedang giat memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.




Harini beberapa kawasan banjir dah mulai surut, namun mereka masih memerlukan bantuan makanan dan perubatan.  Marilah kita sama-sama membantu walau berapa pun nilainya.


No comments: