Anak Angkat??

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...



Bila rindu pada cinta hati, hobi emy menatap gambar-gambar kiriman encik suami melalui whatsapp.  Ada saja gambar yang dikirimkannya, baik gambar selfie, gambar pergi jalan-jalan, gambar buat kerja pun.  Termasuklah gambar di atas..bila encik suami jumpa anak-anak kecil.


Emy dan encik suami memang sama-sama sukakan budak.  Teringat perbualan dengan encik Suami pasal anak angkat.  Emy ada niat nak bela anak angkat sekiranya Emy lulus egtukar dapat pindah duduk dekat encik suami dan kalau waktu tu kami masih takde anak sendiri. Alhamdulillah, encik suami setuju dan sokong. 


Niat tu timbul bila masing-masing sama sukakan budak. Tambahan, encik suami bertugas di tempat perang banyak melihat ramai kanak-kanak kehilangan ibubapa.  Banyak kali dia meluahkan simpati pada anak-anak yatim piatu di sana.


Ohh.Emy dan suami masih berusaha dengan jarak dan masa yang limit.hehe. Doakan yaaa!


#adiossss

No comments: