Surat dari langit biru.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Tahniah!
Maaf sangat sebab kakakmu ni tak dapat pergi.  Kita terpisah dek arus gelora Laut China Selatan.sobssss. Surat dari langit biru celcom kak ngah layangkan~~~~


Actually adik emy dah tamat latihan askar hari ini.  Alhamdulillah. Syukur.  Ma abah tok ayah mok tok ayah semua pergi, kak ngah je yang tak dapat pergi.  Sedih. Baru je cakap telefon, adik yang bernama Enick ni tanya nape tak datang. hurmm menangis dalam hati tapi cuba mengawal suara supaya terkelihatan macho lagi bergaya kekakakkan ni wuuu....




Kak ngah doakan supaya Enick menjadi askar yang gigih berusaha mempertahankan agama bangsa dan negara. 
Cuba ikut jejak abang ipar, kalau boleh biar lebih lagi..hehehe :D 
Lagi satu, jangan lupa untuk membalas jasa ma abah bila dah kerja nanti. Kak ngah dapat bayangkan ma abah mesti rasa sangat bangga dengan enick.  
Seronok dan puas hati sangat bila kita dapat buat ma abah gembira.  Mereka yang pernah melahirkan dan menjaga kita dengan susah payah.  
Bila mereka tersenyum dan gembira, jadikan ia semangat untuk kita menjadi yang lebih baik pada masa akan datang..
~xoxo~


Wajah adik2 lelaki yang nakal tapi selalu sayang kak ngah.
Tok ayah kusyuk nak melihat cucunya ;)


Nota indah : Jangan menilai seseorang dari luarannya,nilai pada hati budinya. 
Daann! setiap orang berhak untuk peluang kedua ;)

No comments: