Semangat baru.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Mentang-mentang pi letak current status nk rajen blogging balik, asyik dok teringat blog je.  Pastu jadi rajin pulak nak menelaah blog sendiri. pastu jadi blushing sengsorang.ouchh. Dasatnye penulisan dulu-dulu.budak2.kerek.ampunkan saya yerrr *kenyitmataseket* tapi yang best dulu banyak kawan.  Meriah dulu dengan blogwaking dan drop komen kt blog-blog lain. Seronok!  In sha Allah pasni nak rajinkan diri blogwalking laa. tinggi bebenor wawasan, rph dah siap lom cikgu amirah oii! Bila nak start rajin blogging ni kena la mula rancang masa dengan baik kan ;)


Seingat emy, jadi slow blogging ni bila sibuk dengan tesis tahun 2012 pastu siap tesis terus fokus persiapan perkahwinan. Lepas kahwin macam-macam jadi masa tengah nak adapkan diri menjadi surirumah cemerlang gemilang tu.  Perkara paling menyedihkan dalam hidup, bila miscariage..kemudian dipostingkan jauh dengan suami.  Makan masa untuk terima semua perkara dan stabilkan diri balik. Pernah cuba untuk delete blog, tapi tak boleh. Menulis walau takbesthanyauntukbacasendiri pun,ianya memang jiwa emy..so,layankan je kan ;)





p/s : tajuk tak beragak.
awak apa khabar??

No comments: