MALBATT 850-2 FAMILIA DE AMOR

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sebelum memulakan bicara, saya ingin meluahkan rasa syukur pada Maha Pencipta.
Setiap apa yang terjadi, pasti akan mengingatkan saya pada keagungan ciptaanNya dalam melakarkan jalan hidup hambaNya.  Setiap saat yang sukar mahupun gembira, Dia ada dalam setiap ingatan saya untuk membawa saya kembali ke jalannya.  Alhamdulillah ^^ 

Harini, genap enam hari encik Suami berada jauh di Lebanon sana melaksanakan misi UNIFIL selama setahun.sobss...Isteri mana yang tidak sedih berpisah jauh dengan suami dalam masa yang sama membuak rasa ingin menyokong suami dalam perkara yang disukainya. Encik Suami mempunyai semangat juang yang tinggi, meski bukan untuk berperang..dia dapat merasai berpijak di bumi yang pernah genting dan melihat apa yang pernah kawan-kawannya sebelum ini lihat. 

11 September 2014
Saya bersama keluarga mentua bertolak dari tempat penginapan di Corus Paradise Resort,Port Dickson menuju ke Lapangan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang. 

 bersama keluarga mentua
ambik resort ada pool untuk bersukaria, but sorry..i can't enjoy that :(

 i love this! suapkan kek untuk encik suami. Malam tu jugak, sempat saya suapkan nasi ke mulut encik suami dengan tangan saya sendiri. Hope you can feel how much i love you and always want to stay besides you forever,till jannah..in sya Allah.



Jam 11.00pagi - Suami dibenarkan berjumpa ahli keluarga sehingga jam1.00tengahari. Kemudian, dikuarantin untuk taklimat sebelum berlepas jam 5.00petang.
Masa ni, beberapa kali airmata saya tumpah. Sedih.  Rasa masa tu jugak, nak merayu supaya encik suami jangan pergi :( 



Pelukan anak dan ibu.



Jam 5.00petang - Kumpulan Malbatt 850-2 berlepas ke Lebanon. Pukul4.30 petang hari esoknya, encik suami menghubungi sebaik sampai di sana.


                                     

Macam tak percaya saya dan encik suami kini berpisah beribu batu jauhnya :( 
Hurmmmm...start counting dayssss........



No comments: