Sampai dah dua!

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..


Beberapa hari sebelum banjir melanda, Emy sempat la cuci mata kat lelong.com. Niat di hati nak bali car vacuum.  Kawasan rumah Emy tanah berpasir, jadi banyak pasir la dalam kereta.  Hehe..sekali masuk shopping cart 4 item.  Semuanya barang rumah.  Suka sangat shopping barang rumah..itulah kesinambungan bila selalu buat ayat camni kat encik suami "sayang tak sabar nak ada rumah sendiri" cakap dengan penuh kasih-sayang tau. kalau dalam whatsapp tu, letak icon smile bermata love love gitu. hehe, supaya encik suami tak stress dengan hajat puan isteri yang selalu dok ingatkan dia ni.


Okey, barang yang Emy kaut masuk cart adalah car vacuum, adjustable bag rack, smoothie blender dan portable travel iron steamer.  Semua barang rumah kan. Semua tu jugak akan dibawa ke rumah Sarawak. haha..walaupun tengah dok apply pindah, Emy taknak korbankan setiap detik saat keselesaan hidup..gitewww.  Kuartes di Limbang sana mesti nak cukup lengkap, plus encik suami selalu pergi sana.


Car vacuum kononnya nak guna kat sini, memang tak la, sebab sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.  Via skynet jadi bila Emy semak kt skynet diinformkan sebab masalah banjir.  Jadi tak payah hangin, rilex je..kalau tak sampai boleh order lagi gune alamat Limbang lak. Yang tu simpan untuk kereta kt Kelantan je. Pikir siap-siap Plan B.



Portable iron tu pun tak sampai lagi jugak.  Alasan beli sebab Emy pernah tengok beberapa kali demo dekat mall, senang nak iron baju kemeja berbutang, jadi nak iron tudung bermanik pun senang la kan. Emy banyak beading halfmoon.  Baju suami boleh tudung isteri pun boleh. Dah check, dah sampai di Machang. tunggu di hantar esok, papepun esok call tanya.



Dua item dah sampai.  Smoothie blender dan bag rack tu. hehe..tak sabar nak guna, bawa balik ke kuartes di Limbang.  Tak nak guna alamat sana sebab cas pos mahal, takleh combine shipping sebab Emy beli dari owner lain-lain. Sebab kali ni naik flight pakai waran, gune aje la berat  luggage yang diberi tu kan.   Lelong.com ni rupenya perantara untuk peniaga-peniaga jual barang diorang.  Once kite dah payment, urusan semuanya antara kita dengan owner tu la. Nak payment pun pastikan gune netpay sebab bawah perhatian Lelong.com lagi. kalau tanpa netpay, memang risiko kita sendiri la.








Smoothie blender untuk rajenkan diri buat jus buah-buahan. Berangan nak dapat warna pink, tapi dapat putih pun okeyy jugak la. Encik Suami suke minum jus jugak. Daripada minum air manis lain, baik buat jus..manis buah-buahan. Bag rack sebab nk organise leklok beg yang ada.  Walaupun sekolah depan kuartes, beg tetap banyak dalam lemari sana tuhh.


Harap-harap dua item tu akan sampai sebelum 5hb.
#adios!!

Persiapan Sekolah.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Sesi persekolahan dah ditundakan, jadi lambat sikit emy habiskan persiapan sekolah. Bukan persiapan sekolah emy tapi persiapan sekolah adik-adik. Persiapan sekolah bahagian Emy lak, nak pergi settle kat Limbang saja la, dah alang-alang balik awal 5hb ke sana..malas lak nak tukar tiket.  


Alhamdulillah, tahun ni emy dapat berkongsi rezeki dengan dua orang adik yang masih bersekolah. Tapi, masa nak beli barang-barang persekolahan, banyak jugak Emy dok throwback kenangan lalu.


Dulu kak ngah (panggilan keluarga) nak berganti baju sekolah setahun sekali pun payah, kasut tunggu koyak tak boleh pakai baru beli baru, bukan yang setahun sekali punye pakej yer. Buku latihan pun kira dulu berapa yang nak guna baru beli, itu pun kalau ada duit. Adik beradik yang bersekolah empat orang waktu tu.  Tak semua boleh dapat barang baru. 


Emy dilahirkan dalam keluarga yang susah, abah seorang yang bekerja.  Dulu abah ma kerja cari duit untuk makan pakai kami enam beradik.  Alhamdulillah, sekarang dah boleh tengok ma abah tersenyum.  Dok berehat santai kat rumah.  Abah gembira dengan meneruskan hobi memancingnya. Alhamdulillah, syukur ya Allah ;)


Tinggal dua orang adik lelaki yang masih bersekolah.  Itupun selalu mengadu itu tak cukup ini tak cukup, tu yang emy dok bukak kisah-kisah dulu.  Untung aje dua beradik last ni dapat rasa kesenangan, tak macam Emy dulu tengok je kawan-kawan guna barang-barang baru, pakai kasut baju baru.  


Emy anak kedua sulung, jadi fikir dalam hati..'untunglaa..diorang ada kakak dan abang untuk belikan mereka barang persekolahan'  Jadi, sekarang emy taknak adik-adik rasa apa yang emy rasa dulu. Nak diorang cukup segalanya. sambil-sambil dok throwback pun, adik tunjuk itu ini..Emy angguk jugak. 


adik kedua bongsu, Tingkatan 5

Allah itu Maha Memberi Rezeki dan sebaik-baik perancang. Sebab tu Emy keguguran di awal perkahwinan dulu sebab Allah nak Emy berkhidmat pada ma abah dan adik-adik dulu. Cukupkan makan pakai serta rumah dulu.  Dari rumah papan yang serba kekurangan daif, kini Alhamdulillah cukup selesa untuk kami sekeluarga berteduh.


Setiap dugaan dalam hidup ada hikmahnya, sentiasa fikir positif dalam jalan hidup kita ni. Dan paling utama, sentiasalah bersangka baik pada Allah Maha Pencipta sekalian makhluk di dunia ini.



#adios!

Sesi Persekolah 2015 Ditangguhkan

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...



Sesi persekolahan 2015 ditangguhkan pada 11 Januari (Ahad) dan 12 Januari (Isnin).  Alhamdulillah.


Sebaik mendapat berita ni, emy memang sangat gembira.  Dua tiga hari dah dok pikir pasal flight emy yang asalnya dijadualkan 1 Januari.  Macam mana nak ke airport.  Kelmarin Ma menyuarakan kerisauannya sebab Emy akan drive sorang ke Pengkalan Chepa sebab nak tinggal kereta kat sana. Tup tupp..harini dapat berita penangguhan ni..pastu Guru Besar update di group whatsapp mesyuarat staf sekolah kami ditunda kepada 6 Januari, terus Emy call MAS (waran) untuk tukar tarikh ke 5januari dengan tidak dikenakan sebarang caj. 


Tengahari pulak, Guru Besar update lagi..mesyuarat staf tunda ke 10 Januari..mungkin atas timbangrasa beliau pada rakan-rakan guru yang menjadi mangsa banjir.  Jadi, Emy pikir pikir pikir nak cuba call lagi esok untuk tukar ke 7 Januari, harap2 dapat tanpa caj lagi.hehe.


Taknak pergi lewat sangat sebab banyak perkara nak disediakan sebelum sekolah bukak. Dok kat rumah...chilllaxx ajerr =_=

Jadi mama lagii..

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Harini hujan lebat lagi, berenti kejap, renyai renyai..datang terus lebat lagi. Allahuakbar! semuanya kuasa Allah.  Semoga mangsa-mangsa banjir dipermudahkan urusan.  Mereka yang melaluinya sangat kuat.



Emy hanya dok rumah je, itu yang kepala rasa pusing je..sejuk panas sejuk panas aje rasa. hikhik..bagi suspen aje, itu fening sebab cuaca sejuk..kena hujan..pastu pasif dalam rumah..plus terlebih berhibernasi tak tahu nk buat ape.hehe



Harini sibuk setel tiket untuk cuti bulan mac tahun depan.  I'm so excited sebab perancangan cuti tahun depan ala-ala bulan madu lagi dengan mr.husband. tenkiyu soomuch my lovey dovey hubby sebab setuju dengan tempat percutian yang dinda pilih >__<" kami jugak berkongsi hobi suka jalan-jalan.  Lepasni ada anak pun kita bawak tau.  In shaa Allah.


Awal pagi lagi emy dapat satu berita baik..Aisyah,salah seorang bestfriend sejak darjah tiga dah selamat melahirkan bayi lelaki..ish ishh gerammnya..dapat tengok gambar je, sebab dia dekat kampung husband dia.  yeayyy! jadi mamaNgah lagi..bertambah anak buah. Alhamdulillah.


Mama Ngah tu sebab kawan-kawan dok panggil kite 'kak ngah' takkan nak suh baby pun panggil kite kak ngah, ishhhh..tak gegar vaganza betoi..panggil MamaNgah hokeyyy ;)


Anak-anak sepupu pun panggil MamaNgah sebab dalam family pun panggil kak Ngah.  Meh meh kat Mama Ngah hokeyy.


Anak saudara belah suami je panggil MamaLong sebab encik suami anak sulung..AyahLong ada MamaLong yang omeytiuut hokeyy.  Kisahnya kakNgah naik pangkat jadi KakLong kalau balik sana.tengkiyu husband sebab bagi pangkat tu dekat dinda..auww..mueheehehe


cute newborn baby
[Ihsan google]

     
MamaLong dan Amir

   
 MamaNgah bersama Busra dan Zafri


Peluk budak-budak ni boleh buat kita rasa tenang dan gembira sangat.
Emy harap dapat peluk kepunyaan sendiri nanti. In sha Allah.


Bantu mangsa banjir

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Dalam keadaan bencana sekarang, mesti ramai yang tak senang duduk.  Anak-anak yang jauh dari kampung halaman risaukan ayah bonda di pusat pemindahan banjir. Airmata mengalir melihat apa yang ditayangkan di televisyen. Memikirkan macam-macam mengenai nasib mangsa banjir. Cukupkah bantuan makanan? bantuan perubatan?

Alhamdulillah, ada insan yang berani tampil giat mencari dana bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.  Dari hanya duduk membaca dan melihat berita..boleh tenteramkan sedikit hati dengan memberi sedikit sumbangan kepada kumpulan-kumpulan bantuan yang sedang giat memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.




Harini beberapa kawasan banjir dah mulai surut, namun mereka masih memerlukan bantuan makanan dan perubatan.  Marilah kita sama-sama membantu walau berapa pun nilainya.


Anak Angkat??

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...



Bila rindu pada cinta hati, hobi emy menatap gambar-gambar kiriman encik suami melalui whatsapp.  Ada saja gambar yang dikirimkannya, baik gambar selfie, gambar pergi jalan-jalan, gambar buat kerja pun.  Termasuklah gambar di atas..bila encik suami jumpa anak-anak kecil.


Emy dan encik suami memang sama-sama sukakan budak.  Teringat perbualan dengan encik Suami pasal anak angkat.  Emy ada niat nak bela anak angkat sekiranya Emy lulus egtukar dapat pindah duduk dekat encik suami dan kalau waktu tu kami masih takde anak sendiri. Alhamdulillah, encik suami setuju dan sokong. 


Niat tu timbul bila masing-masing sama sukakan budak. Tambahan, encik suami bertugas di tempat perang banyak melihat ramai kanak-kanak kehilangan ibubapa.  Banyak kali dia meluahkan simpati pada anak-anak yatim piatu di sana.


Ohh.Emy dan suami masih berusaha dengan jarak dan masa yang limit.hehe. Doakan yaaa!


#adiossss

Catatan bencana 2014

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Mata tak dapat lelap jadi emy capai laptop. online pasal berita banjir,layan gosip jap. 


Kepuasan. 


Setiap hari,setiap masa,setiap jam saat detik pergi mana pun orang bercakap pasal berita banjir. Tambahan, rumah sendiri dah hampir seminggu takde bekalan air dan letrik. Walaupun rumah emy tak naik air tapi kehidupan memang tak macam biasa la. Mengenangkan nasib mangsa banjir dan ada yang terkorban, Ya Allah dugaan mereka lebih berat semoga Engkau permudahkan urusan mereka dalam menempuhi ujian dariMu ini. 


Walaupun tak berada di pusat pemindahan banjir, emy dan sekeluarga memang hidup di bawah capaian biasa. Hari-hari lauk sardin hanya itu lauk yang boleh simpan sebab takde letrik, ada telor masin pemberian keluarga kawan di Sabah tempohari kadang-kadang mengalas perut dengan ubi kayu rebus. Tak boleh nak berlebih-lebih juga, setiap kali makan mesti teringat pada mangsa-mangsa banjir. Entah makan ke tidak,sampai kah bekalan makanan kepada mereka,nak makan mesti beratur dulu menunggu giliran. Menitis jua airmata.


Selepas tiga hari, elektrik kembali pulih jam 10malam semalam. Jam7 petang tadi, rumah bergelap lagi. Tak sampai 24jam bekalan eletrik terputus lag. Rumah mak saudara terang, rupanya ada rumah yang dapat bekalan letrik, ada rumah tak dapat dengan alasan tenaga elektrik tidak mencukupi. Tidur dengan lilin lagi. Stok lilin dan berkurangan, esok kena beli lagi.


Bermacam berita yang keluar di televisyen, masa terputus bekalan eletrik.  Patut la ramai kawan-kawan dari luar Kelantan cuba call, mesej dan juga whatsapp.  Ada panggilan yang sempat emy jawab ada yang tak..terima kasih pada yang risaukan emy dan sekeluarga. Alhamdulillah, keluarga emy tidak menghuni di pusat pemindahan banjir. Tapi kami tetap merasa penderitaan mangsa-mangsa banjir. Tiada bekalan air dan letrik sentiasa membuat kami sedar bahawa ramai lagi insan yang malang dan kesusahan di luar sana.



Semoga esok mentari kekal lebih lama
dan bantuan yang diusahakan dapat sampai dengan cepat dan mencukupi

Redakanlah hati-hati yang kesedihan
Cekalkan semangat mereka
Perjuangkan kehidupan yang diberi ujian seketika itu.


#prayforkelantan2014

bergambar semasa pergi melihat kawasan banjir.


Pray for Kelantan.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hujan dah beberapa hari tak berhenti.
Alhamdulillah, kampung emy memang tak kena banjir..sawah bendang dekat rumah ni dah memutih air..macam laut dah tengok sawah tu.  Baca update dari kawan-kawan, kampung sebelah agak teruk. Semoga Allah permudahkan segalanya.  Rabbi Yassir Walla Tu assir.



"Wahai bumi telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. amiin."  
Surah Hud ayat 44.


baca sini.



Betol ke Ryan dah balik??

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Rupanya entri pasal Ryan hilang takde, begitu emy tenggelam dalam kesedihan pada tahun 2013. Entahla, banyak hal yang jadi..sekarang pun tengah bina diri balik, kumpul semangat yang hilang. ecece.  Masa Ryan hilang, memang tak boleh nak tulis sebab tak sanggup nak face dengan realiti tu. Dalam masa yang sama tak boleh tunjuk sangat kesedihan tu, nanti dikata melampau pulak.


Alhamdulillah, emy cuba redha dalam masa yang sama cari hikmah atas kesedihan yang emy alami. Lebih kurang tiga bulan lepas tu, emy dapat surat posting dan ditempatkan di Sarawak. Owh..inilah hikmahnya, supaya emy dapat berpisah dengan Ryan dengan cara ni. Pergi Sarawak naik belon = kapal terbang, bukan macam pergi Melaka naik bas leh letak Ryan dalam beg..bagi dia tidor dalam selimut.  Kalau tak, naik pening ma abah dan encik suami kot kalau emy tetap nak bawak Ryan naik belon..memang time tu tahap tak boleh berpisah dengan Ryan, dua minggu duduk umah mentua uruskan perkahwinan adik ipar pun dah tak senang duduk.


Okey. Okey. ditakdirkan Ryan hilang dan emy asal nampak binatang manja macam kucing je, mesti terus ingat Ryan..sekarang dah boleh main-main dengan kucing si bulus. Tapi setelah hampir setahun 6bulan, Ryan balik!


korang pun mesti akan pikir 'eh, betol ke tu Ryan??'
Itu jugak persoalan pertama emy, bila ma telefon cakap Ryan balik. Termangu jap siyes blank speechless, pastu tanya..'betol ke Ryan?"


Perasaan gembira memang tak dapat disorokkan,terus excited bercerita dengan kawan-kawan rapat pasal Ryan ni walaupun dalam hati 60% percaya tu Ryan.


Bila balik cuti hujung tahun ni, terus adik keluarkan Ryan.
Ya ALLAH, terkejut sangat sebab Ryan besar 10x ganda dari saiz die hilang. hmmm, itu logik lagi sebab kura-kura ni banyak makan tambahan kalau dia hilang mesti duduk dekat-dekat sekitar rumah emy ni, mesti die makan sisa-sisa makanan. Sedih mengenangkan hal tu, masa emy bela..ayam kfc pun kongsi dengan dia, goreng ikan, rebus telor,siap beli ayam goreng semata-mata nak bagi Ryan makan. Sedihnya tapi dalam masa yang sama bangga sebab Ryan leh survive sampai balik rumah.


Emy percaya tu Ryan jugak sebab abah dan ma yang kenal tu Ryan.  Ryan rapat dengan abah dulu, sebab abah jenis sayangkan binatang. Kalau balik kampung, abah la yang tukang ganti jaga Ryan. Ma pulak jenis yang takutkan binatang eksotik camni, tapi leh kawan dan sayang Ryan.  Ma jugak yang cerita, waktu Ryan balik masuk ikut pintu dapur waktu tu hujan, ma tengok dia menangis. Masya ALLAH.  dua tahun emy jaga Ryan tak pernah berenggang, masuk mall,panggung wayang,naik bas,naik lrt,mengajar masa praktikal tak pernah Emy tinggal dia.  Dia balik lepas emy dah gerak ke Kuching. Mungkin dia cuba cari jalan balik, cuba cari Emy.


Kenapa emy percaya itu Ryan?

Emy layan dia macam dulu, respon dia sama macam dulu.
- usap kepala..terus lentok nak tidor
- usap tangan terus diam, kalau tengah gerak dia akan berhenti
- letak dalam selimut pink dia yang dulu, terus diam pastu tertido sampai masuk kepala      dalam sarung kulitnya tu.

Walaupun saiz dia besar, Ryan act likes its still baby like before.

Jangan terkejut, beza sangat saiz Ryan dulu dan sekarang. (tengok entri sebelum ni






Ryan tido dalam selimut pink nya. Fakta : Ryan ni jantan. Letak dalam selimut, usap-usap kepala tang hidung yang emy suka tu..pastu usap kakinya..makin lena Ryan tido..kena flash pn xsedor..Leh bayang tak saiz Ryan dengan tengok gambar kepalanya tu. Tunjuk full body kang serrram lak, hehe. cengkerang pun dah hitamm..tapi..bila dia kering, memang nampak warna cengkerang nya yang hijau tu..Yeahhhhh..its Ryann!


Kalau tu bukan Ryan, dia takkan cepat manja dengan Emy dalam tempoh masa hanya 3jam bersama, Ryan tidor dengan mudah sambil emy usap tangan dan kepalanya.


Kalau tu bukan Ryan, mula-mula Emy pegang..dia dah gigit jari Emy.



Ada Emy post kan di Instagram..gambar jari Emy digigit..Kisahnya bila Ryan bangun dari tidor Emy masih usap kepala padahal Emy dah faham Ryan lapar..sebelum tidor dok main-main dengan dia kt kawasan berpasir luar rumah..mesti la lapar, dengan saiznya sekarang, ofcourse lagi kuat makan.  Plus, tengah sembang dengan sepupu, maybe intonasi suara emy tibe-tibe tinggi dok gelak, Ryan tak suke tuu. itu yang agaknya die terkejut sampat gigit tuannya. Lepas kena gigit, emy masih dekat dengan dia..usap kakinya, Ryan okey jer. Dia kenal tuannya. Oh My Ryan!




adiosss!

Surpriseeeee! Jauh nak merasa.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...


Macam yang emy cerita kat entri sebelum ni, 23 November tu emy sibuk dengan majlis adik.  Malam tu lepas akad nikah ada makan lagi di rumah,pukul12 baru semua orang balik.  Encik suami hari tu jugak sibuk ajak skype. hmmmmm...tak di layan kan, merajuk. dah la haritu anniversary kami yang kedua. 


Keadaan waktu tu, seakan dia sibuk..tapi terlalu mendesak supaya emy tunggu dia. Yela,dah penat seharian memang badan minta berehat jer. Emy tunggu je la, sampai pukul1.30 pagi kalau tak silap. kat sana baru malam la, lewat 5jam dari sini.


Encik Suami pun call skype, hilang penat bila tengok wajah encik suami tersenyum.
Encik suami minta emy pakai tudung, terdetik di hati peliknya tapi mengikut je la sebab tengok dia call di tempat terbuka,takut ada kawan-kawan melintas nanti kan..


kemudian, dipusingkan kamera..rupa-rupanya, encik suami dan kawan-kawannya buat jamuan.  Sempena apa? sempena anniversary kami. 


Seronok wajah encik suami, mungkin puas dengan apa yang dilakukannya. Me? terus tergamam, rasa nak menangis tapi masih tahan lagi.


Encik suami wish lagi sekali, dengan ucapan dan doa2 yang baik untuk kebahagiaan rumahtangga kami. Oh, im falling in love again!



Lepas tu, sorang-sorang kawan die wish kt emy. 
                                                         
                                                         Sedih
                                                         Rasa dihargai
                                                         Rasa cinta itu
    Rasa bahagia itu.


Siap ada kek lagiii...


ini kes paling kejam tauu, tengok ajee, xleh makan..emy ni dah la peminat kek.sobssss.


Ini kek hasil tangan geng-geng askar yang buat, 
giler kau tak nak merasa kan. haha.
tapi bukan rezeki emy, memang jauh la nak merasa kann



"Abang, lepas ni buatkan kek untuk sayang kat Malaysia ehhhh"
ni kes aniaya paling teruk la, sebab encik suami tak suka kek.huhu



Selamat ulangtahun CINTA!
harini genap 25 bulan cinta halal kita 

adiosss!

Perkahwinan Adik

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

23 November lepas adalah anniversary perkahwinan Emy yang kedua, tapi ada acara yang lagi besar berlangsung di rumah iaitu perkahwinan adik perempuan Emy. 


Mula-mula geram jugak kenapa ma tetapkan tarikh yang sama dengan wedding Emy dulu. Tapi bila fikir balik, ada hikmahnya...takde la emy menangis sorang-sorang dalam bilik teringatkan encik Suami yang bertugas nun jauh sana,sibukkan diri dengan majlis adik. 


Anniversary pertama pun tak sambut bersama, waktu tu encik suami sedang berkursus..lima hari lepas tu baru jumpa. Kali niii..hummm..berbulan lagi nak jumpa. Semoga anniversary yang ketiga kita akan sambut dengan penuh kemanisan dan kebahagiaan..mungkin bertiga?Mungkin.Amiinn. Doakan ya kawan-kawan ;)



Ini adik saya. Lyiana. 
Malam akad nikah adik minta emy mekapkan, taknak tebal-tebal just bia ada seri. Okey tak?hehe. 


Ramai orang cakap kami ni tak nampak iras sangat. tapi kalau tengok banyak-banyak kali baru jumpa iras kami.hehe. Dia banyak ikut muka nenek belah abah. Emy pulak belah ma. hee ;)


Wif my lovely mum, majlis keesokkan harinya.


My adik pilih tema hijau, sangat meriahh. 
time ni je sempat main posing lepas tu kakak pengantin sibuk ke hulu ke hilir melayan tetamu.


Seminggu lepas tu, majlis hantar menantu, iaitu pengantin perempuan di hantar ke rumah pengantin lelaki.


Belah lelaki warna dark purple menjadi pilihan.


Bertambah berseri adik emy ni plus kakaknya lagi yang mekapkan.hihihik. Baju adik semua kakak pengantin ni jugak yang carikan. Veil tu adalah shawl halfmoon beading atas kepala. 


Adik nak pakai maxi dress pada mulanya, tapi emy tengok maxi dress tu tak sesuai untuk majlis ni. Nasib baik, pegi bandar jumpa baju kurung moden ni rm80 je.  Jadi, konsep less is more sangat menjadi jaya cemerlang nya.hehe.


My lovely mum dengan anak2 perempuannya.
Si kecik baju biru tu je sepupu Emy, Deknis la ni.. 


Alhamdulillah, semua majlis berjalan lancar.


Adioss!

Layan Novel Waktu Cuti.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Fuuuuuuuuhhhhh! tiup habuk sikit. Berhabuk dah blog, tapi dunt worry,tuanmu tetap sayang.hehe



Siapa suka baca novel???
Mesti ramai yang suka baca kan, especially gegirls la.
Emy ni suka jugak, tapi time takde keje la..kalau tak, haru keje tak siap-siap..




Cuti sekolah ni..dalam masa dok tolong persiapan kahwin adik..pergi wedding kawan sempat jugak Emy habiskan dua buah novel dengan jayanya feeling teresak-esak.heee :D

Street Vendetta

First beli yang ni..Terbaikkkk jalan ceritanya. Gaya santai dalam serius, dalam komedi ada seram, dalam percintaan keluarga turut diutamakan. Eh semuanya best la.hehe
Nak pulak cerita ni akan dijadikan drama lakonan Nad Zainal dan Syarulridwan. Bila ? just wait and see je la uols. Iols ni baca siap2..kot2 xsempat nk follow kat tv ni.  Buktinye Suamiku Encik Sotong dah ada kat tv pun tak sempat nk follow..sebab tu emy beli novel, tak rugi okay sebab lagi feeling..urghhh..sampai nangis-nangis tambah lak memang tengah selsema..iskkkkk

Suamiku Encik Sotong

Tengok dalam tv macam santai aje jalan ceritanya tapi bila makin baca..owh, begitu kisahnya. Seorang remaja yang terjebak dalam cinta pertama..perebutan harta,persengketaan jatuh benteng keegoan masing-masing demi air yang dicincang takkan putus..Peluang kedua adalah untuk semua orang dalam mencari kebahagiaan.


Next..emy nk habiskan satu novel dari miss Bestfriendforever. Beriya pulak dia suruh Emy baca..hmmmm..hajat orang cubalah tunaikan..iyo dok?


adioss!

Konvokesyen Prasekolah

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Hari ini Konvokesyen Prasekolah peringkat daerah.  Seronok jugak ler cikgu pra camni, tiap-tiap tahun pergi majlis konvokesyen.  Tapi mak aii..sakit le sikit sebab nak uruskan budak-budak kat sana dengan masalah pengangkutan untuk ke bandar lagi =.=

Tapi takpe takpe, semuanya dapat diatasi dengan baik. Alhamdulillah.

 ini yang awal sampai, booth photoshoot pun kosong kita bergambar la duluuu

Ini masa dalam dewan, pembantu pengurusan murid kena kawal murid-murid.  Cikgu pula kena uruskan turun naik budak dari pentas.  Almaklumlah budak 6 tahun, tak dipimpin ditunjuk jalan tak tahu. Pusing-pusing lak depan VIP nanti..naiyaa, pesen budak yang biasa buat konsert..alaa..konsert high pic tuuuu..nangehhh, double triple naiyaa cikgu nanti.hee :D


 Ohmaiiii..ada sorang budak sakit perut asyik muntah air saja..pening.  
Tapi nasib baik berjaya jugak naik pentas siap boleh senyum lagi.. cayala..anak murid cikgu mesti la kuat dan berani macam cikgu kan..hek hek eleh cikgu nak lebih-lebih lakk :P

Bersama wajah-wajah kesayangan cikgu. yang ni la dok nakai yang ni lak dok wat cikgu gelak yang ni la dok curi hati cikgu. Tahun depan masuk darjah 1 jangan lupa cikgu naaa 

 bergambar bersama Guru Besar dan ibubapa 

Warga SK Meritam yang hadir pada majlis tersebut, Guru Besar, guru tahun 6 dan murid-murid tahun 6



Alhamdulillah.
semuanya berjalan lancar.

Anak Che Ta dan Zain Saidin

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Geramnyerrr...
Shomelnyeee...

Uols tengok pun geram kann

Hlive secara langsung tunjukkan muka anak Che Ta dan Zain Saidin. So comel puteri itu.
Semoga membesar menjadi anak yang solehah yer. Alhamdulillah dan tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin.



Puteri yang so shomel. Mummy Daddy pun so sweet.

Projek Keceriaan Prasekolah Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Hai uolsss! entri kali ni emy nak perkenalkan prasekolahku tersayang ni. Projek keceriaan ni dah bermula dari awal tahun, bulan Oktober PPD umumkan program keceriaan kelas Prasekolah, makanya cikgu emy pun touch up la sikit-sikit. Gembira anak2 murid bila kelas makin cantik. so...Lets check it outt..


bangunan prasekolah SK Meritam dari bangunan pejabat sekolah.


jemput masuk..jommm


Welcome! Mickey Mouse ni emy buat beberapa bulan lepas lagi..kaki dah patah sebenarnya tu, sape entah yang nakal niiii.grrrrrr~

 my class! Dalam kelas ni banyak dicantikkan oleh guru lama sebelum emy masuk. Cantik kan, kelerful! Sape nk belajar..meh meh


ini tempat semua barang disimpan, bahan bantu mengajar.





























Ini sudut bermain, beli pagar putih tu. Boleh puji anak2 murid sebab they ols sangat pandai menjaga sudut yang terhad ni ;)


 ini dapur, katil sakit di sinii
  
ituuuu..itu 10 ekoq ikan and kuda laut yang saya buat.
Cantek tak mural ni??

  ini tandas...cantiknye bunga kuninggg.
hik3...puji sendiri lak


 last sekali..props terbaik, anak-anak muridku yang double triple comel :)


 Sekian, laporan cikgu.
Hehe ^_^

Projek Keceriaan Prasekolah Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..

Happy Deepavali! 
Selamat bercuti kepada yang bercuti.  syiok la dapat cuti, seminggu lak tu.  Emy jugak yang tak cuti. Sarawak tak ambik cuti untuk Deepavali. Sobsssss..

Maka dengan gigihnya cikgu Emy nak menonjolkan kerajinan dalam diri. gituu. 
Bulan ni, prasekolah Daerah Limbang menganjurkan kelas Prasekolah Ceria.  Terasa macam kelas tak berapa ceria, tinggg! mentol pun menyala kt kepala sebelah kiri :P

Untuk Projek keceriaan kelas, emy beli beberapa barang di pekan Limbang ni.



                              Pagar kecil = RM 29.99 x 2
    Wood Flower case pentagon = RM  4.50 x 2
                  Bunga 3 jambak = RM 10.00
            Bunga dalam peket =  RM3.00
                  Bunga panjang = RM7.90
         Stoking putih 3pasang = RM 5.50

kebanyakkannya beli di SUPERSAVE.


 ini bunga yang panjang tu.warna kuning,cantekk tak?


 bunga 3jambak rm10. Emy ambik 3warna ni..soft green, pink and white!

 Flower case pentagon.

pagar kecik, kena pasang..kayu panjang tu jadi macam skru 
sambung-sambungkan pagar tu.


Hasilnya tadi, emy dah siap gubah dan letak dekat bilik air murid ;)

 dah siap!


 Dua set. satu untuk tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan


Bunga panjang tadi bahagia dua, letak dalam tandas murid perempuan dan lelaki.
Bunga yang siap digubah di satu sudut.


Murid-murid mesti gembira tengok cikgu hias tandas they olsss
cikgu pun happy
Yipppii
;)

Urutan Tradisional.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..


Psttttt!

sebelum ni mana ambik port pasal urut mengurut ni. Tapi sejak dua menjak kerja ni, selalu je lenguh-lenguh badan..mula lemau, time tu sume keja tak jalan da..asyik nak krohhh kroh aje.

Haa..nasib baik la tempat emy duduk ni ada seorang makcik yang terer bab mengurut plus buang angin.  Makcik tu Melayu Islam dan bertudung.  Dia belajar mengurut bawah HPA. Memang tak perlu diragui la kemahirannya. 

Semalam kan cuti, jadi emy ke bandar jap dengan housemate semata-mata nak mengurut. hee :D  Dah lama emy tak pergi mengurut dengan makcik ni..last bulan mac rasanya. Dua tiga minggu lepas emy dok rasa sakit kepala..lemau semacam.  Emy tahu kenapa.sebab emy banyak beremosi sejak encik suami ke Lubnan. Sampai sana encik suami sibuk, jarang dapat col emy..apalagi naluri wanita bergelar isteri ni up terus jadi macam budak 5 lima tahun yang nak patung barbie tapi tak dibelikan makayahnya.  Asal encik suami col mesti nangis..encik suami call 10minit..7minit tu mesti abis masa dok dengar emy nangis jer. Apelagi encik suami mampu cakap 'dah la tu yang, taklama lagi abang balik' pastu sempat lagi dalam hati emy bermonolog, 'tipu! bulan 3 abg balik..tu lambat lagi,iskkkk' sebab angin manja terlebih kot. pastu asyik nak demam je. Ketahanan badan jadi menurun. Haihhh..you must strong girl! keep strong coz Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Doakan emy kuat yer ;)



eh..jauh pulak menyimpang.hehe. Jadi lepas mengurut lebih kurang 1jam semalam. Dah rasa okey sikit. Yang best masa mengurut makcik ni suka kongsi tips.  Antara yang emy dapat semalam 

1) Jangan mandi lebih dari pukul10malam nanti angin suka tinggal dalam badan.
2) Kalau badan rasa banyak angin dan tak sihat boleh kisar halia kemudian ambik 1sudu halia + 1sudu madu campur dengan air pastu minum :) 

Semalam jugak sempat usha-usha pasal servis yang makcik ni buat. Rupenya die buat semua pakej urutan termasuklah urutan selepas beranak, mengandam bakal pengantin supaya tambah seri, bekam dan juga sauna.  Next time emy pergi nak buat sauna la.


Bila sibuk dengan kerja, pikir macam mana nak tingkatkan pencapaian murid..sekali sekala best jugak dapat memanjakan diri dan refresh kan. Sekarang dah mula sibuk dengan persiapan pelbagai program untuk hujung tahun ni..hurmmm..gambate neh cikgu Amirah! ;)

Surat dari langit biru.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Tahniah!
Maaf sangat sebab kakakmu ni tak dapat pergi.  Kita terpisah dek arus gelora Laut China Selatan.sobssss. Surat dari langit biru celcom kak ngah layangkan~~~~


Actually adik emy dah tamat latihan askar hari ini.  Alhamdulillah. Syukur.  Ma abah tok ayah mok tok ayah semua pergi, kak ngah je yang tak dapat pergi.  Sedih. Baru je cakap telefon, adik yang bernama Enick ni tanya nape tak datang. hurmm menangis dalam hati tapi cuba mengawal suara supaya terkelihatan macho lagi bergaya kekakakkan ni wuuu....




Kak ngah doakan supaya Enick menjadi askar yang gigih berusaha mempertahankan agama bangsa dan negara. 
Cuba ikut jejak abang ipar, kalau boleh biar lebih lagi..hehehe :D 
Lagi satu, jangan lupa untuk membalas jasa ma abah bila dah kerja nanti. Kak ngah dapat bayangkan ma abah mesti rasa sangat bangga dengan enick.  
Seronok dan puas hati sangat bila kita dapat buat ma abah gembira.  Mereka yang pernah melahirkan dan menjaga kita dengan susah payah.  
Bila mereka tersenyum dan gembira, jadikan ia semangat untuk kita menjadi yang lebih baik pada masa akan datang..
~xoxo~


Wajah adik2 lelaki yang nakal tapi selalu sayang kak ngah.
Tok ayah kusyuk nak melihat cucunya ;)


Nota indah : Jangan menilai seseorang dari luarannya,nilai pada hati budinya. 
Daann! setiap orang berhak untuk peluang kedua ;)