Oh Mai kg!!!

Bismillahirrahmanirohim..As salam.

Dua topik yang famous amoss di kalangan wanita adalah kecantikan di bahagian muka dan kecantikan di bahagian tubuh badan.

Bile pikir masa lampau, xde lagi emiey buat entri kecantikan kan...ayooo.takleh jadi blogger versatile ni..*ado ai kesahh* =,=

Yola badan kecik, ketot pulak ni, kepala besar,bibir tebal, pipi macam pau...kahkahkahh..ayat kesian abiss

Tapi ape pun bersyukur lah dengan nafas yang dipinjamkan kepada kita ini. Alhamdulillah.Dan jangan pulak kita mengutuk ciptaan Allah yang lain. Okeyyy??

Ni nak story ni, lepas emiey keguguran ritu timbang berat naik 4kg. Ingt akan turun la pastu kan.Pergi Langkawi ritu nampak mesin timbang, masuk duit limapuluhsen siap bagi bacaan BMI kita lagi dan ohh maii kg!! Tak turun malah naik 1kg lebih lagi. Happy sebab dulu orang2 sekeliling dok kata emiey ni keding,tapi jauh d sudut hati ini risau makin berkombang-kombang lak kan..makin huduh orang yang huduh ni =,=

Makan toksah kata la..kul12 malam pun dok makan nasi lagi. Papepun asal hati senang, gembira kan kannn..letak sedikit kerisauan jgk supaya berjaga-jaga untuk mengekalkan kesihatan yang baik =)

Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirohim..As salam.

Ibu merupakan satu pangkat dan anugerah paling bermakna kepada seorang wanita. Membahagiakan suami tersayang serta mendapat kasih sayang dari anak-anak yang dibelai sejak kecil.

Puan Maznah binti Mustapha adalah ibu emiey. Tak terungkap rasanya sayang padanya.  Dialah idola emiey sebagai wanita,nak pulak lepas bergelar isteri sekarang ni ;)

Alhamdulillah, emiey dapat seorang lagi ibu tahun ni dan berpeluang mendapat kasih sayangnya iaitu ibu mentua, ma kepada encik suami. Mesti gadis yang belum berkahwin takut memikirkan bakal mentua macammana yang akan mereka dapat lepas tonton drama 'Takbur Mama'. InsyaAllah,takde dah kot pesen ibu macam tu tapi jugak....realiti kehidupan siapalah dapat menduga kan. Seorang ibu kadang-kadang belum bersedia nak lepaskan anak terunanya dan mungkin ada yang cemburu melihat anak lelakinya mencurahkan sayang kepada wanita lain. Tapi diingatkan jugak kita dah sesama wanita cubalah faham hanya kelembutan dan kesabaran akan memperbaiki segalanya ;)

Sebenarnya emiey tersentuh melihat kasih sayang en.suami pada ibunya. En.suami ni memang nakal masa sekolah, dia banyak cerita lepas kawin ni. Abah dan adik-adik dia pun cerita hal yang sama masa duduk dengan mereka selama hampir sebulan. Tapi, en.suami ni sangat suwittt orangnya. Masa pergi Langkawi ritu, en.suami ada belikan handbag untuk ibunya. Lama jugak tertangguh nak pos. Tiga hari sebelum hari Ibu, en.suami pergi bungkus kat kedai, lawa..dan letak kad bentuk love. Dipos hari tu jugak dan sampai tepat pada hari Ibu iaitu semalam. Ibu mentua terus tepon dan dok gitau yang dia suka sangat beg tu. Tadi ibu mentua jugak tegur emiey kt chat fb, dia gitau yang dia berkenan sgt dgn beg yang aku pilih. Owh, rupanya en.suami bagitau emiey yang pilih beg tu..pandai en.suami promote saham bini. Hehe.

Memang betul emiey yang pilih yang mana patut dibeli sebab emiey penah teman ibu mentua cari beg jadi paham la sikit citarasa ibu mentua ni suke yang macamana ;) yeay! *tepuktangankatdirisendiri*
(Dila,ingat tak beg yang kitorang beli tu..thanks sebab tunjukkan tempat yang baik =))

P/s : berbuat baiklah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Keikhlasan.

Sekejap di Langkawi.

Bismillahirrahmanirrahimm..As salam..


Ini cerita berminggu2 lepas, pagi2 bangun en.suami bagitau jom pegi Langkawi. Emiey buat dek jer, yela biasa hujung minggu pun en. Suami sibuk. Pukul 9pagi en.suami suruh bersiap dgn bawak beberapa helai baju untuk bermalam kat sana. Hurmm..selalu sgt camni, nk pergi mana die bagi arahan jer, terpaksa faham yang dia selalu sibukk.


Kenapa nk pergi sangat ke Langkawi??  Sebabnye emiey dan en.suami dah 5bulan dok di Mata Ayer, Perlis ni jadi orang dok tanya dah pegi ke Langkawi? Malu pulak nk jawab idak lagi.  Hahaha. Itu kononnya alasan tapi hakikatnye en. Suami nk bersama isterinya yg tersayang ni..hehe *kombanghidung*


Akhirnya kami berjaya sampai ke Langkawi. Naik feghi berdua-duaan melihat ikan loncat-loncatan =,=


Kami pergi selama dua hari, banyak yang xsempat dilakukan. Antaranya snorkeling dan island hoping...nak sangat, tapi redha jer la sebab pergi tak lama. Terkenang saat melihat ikan yg cantik-cantik di Pangkor. Tapi yang best sempat jumpa kawan kamii!  Emiey jumpe kawan emiey, en.suami jumpa kawan die..adil kann. Haha..


Aktiviti selebihnya kami shopping cokelat & minyak gamat. Cokelat untuk dibawa sebagai buah tangan untuk saudara mara bila kami balik kampung nanti ;)
Gambar : bersama kawan dan en.suami. Bahagia sgt time ni ;)





Dilla, i miss u so much..teringat kenangan di asrama. suka duka kita. 
Semoga dilla bahagia selalu ;)