Syukur Ya Allah

Bismillahirrahmanirohim..As salam..

Alhamdulillah..semua urusan berjalan lancar. Emiey tiba di rumah keluarga mentua pada 12hb, keesokkannya pula temuduga SPP iaitu temuduga untuk memastikan kami-kami bakal guru ni layak menjadi penjawat awam. Kawan-kawan tanye,

'Suami tak datang ke?'.
Memang taklah sb kena stanby dengan kes Lahad Datu.

'Jadi siapa hantar?
Emiey pn jawab abah & ma mentua

Diorg pun
'suwweettnyerr...'

Ok.

Jadi sekarang ni tengah tunggu keputusan temuduga dan dipostingkan. Rindu nak bekerja as my dream is to be wanita berkerjaya, surirumah pulak kerjaya pilihan no.2 lepas pendidik. Ermmm..jangan sahkan jawatan surirumah sepenuh masa sudahhh..

Agenda kedua pulang ke kampung jugak ialah menghadiri majlis akad nikah adik ipar pd 13/3/13. Ya! Hari yg emiey temuduga tu la. Lawa kn tarikh tu. Majlis persandingan lak pada 22hb ni. Sapo dok kg. Baung tu maghi la ;)

Agenda yang ketiga lak jumpe dua org flowergirls ku yg tak jadi ni. Hari majlisku diorg tak de :( sampai sekarang Suci & Anis Sofia panggil emiey ni pengantin. 15hb emiey balik umah ma, 18hb iatu semalam dh smpai umah mentua balik. Mau menolong apa yg patut.

Kalau kita jadi terbaik untuk seseorg tu, org tu pun akan jadi terbaik untuk kita kann  =)

Ronaldo.

Bismillahirrahmanirohim..As salam..


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Sekali lagi bersedih atas kematian binatang kesayangan. Punca? Ronaldo tak lalu makan hampir dua bulan gk dan aku langsung tak ambk berat masalah tu. My fault :( aku ingat Ronaldo akan ok. Ahh..teruknya rasa bersalah ni. Tak nak da bela binatang, tak nak kehilangan lagi. Nak fokus pada  Ryan je la.


Ronaldo, kura-kura kecil yg comel. I will always love you.  Sape2 yg bela binatang & merasa kehilangannya pasti faham perasaan ni ni, tak suka kehilangan ni. Dari semalam moody. Malam ni emiey naik bas balik kelantan. Hope dengan perubahan tempat akan buat emiey lupa pada kesedihan ni.



Ku lepaskan kerana sayang..

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..
Sejak Khamis lepas, Ryan bersikap pelik dari biasa. Aktif sangat bergerak. Kebiasaannya lepas je Ryan makan, dia akan cari tempat die tidor. Tapi, kali ni bergerak ke seluruh rumah. Dia macam memberontak. Ryan jugak asyik menunggu bawah pintu :( Sayu hati melihat keadaan Ryan macam tu. Ryan dh mau tinggalkan emiey. Sedih sampai emiey menangis. Hampir dua tahun bersama, emiey xpernah tinggalkan dia. Camne nak lepaskan die? Sape nak bg die makan? Ryan xpnah cari makan sendiri, makan pun disuap lagi :(
Emiey dh 3x cube lepaskan ryan. Kali pertama lepas, ryan agak jauh. Terus emiey berlari ambk die balik =.= kedua dan ketiga pn camtu. Airmata memang tak tertahan laa..


Malam semalam, tergerak hati nak gitau en.suami. Bukan ape, sebelum ni nak cari kekuatan sendiri tapi xkuat =.= Lepas gtau nak lepaskan Ryan, en.Suami cakap dengan suara yang agak tinggi gak r. "mane boleh lepaskan Ryan, camne die nak hidup kat luar tu??".  En.suami letak ryan kat luar, malam dan gelap. Ryan bergerak ke depan dalam dua langkah, kemudian ryan pusing dan masuk ke dalam rumah. Encik suami letak sekali ag, jauh cket dari td. Macam td gak, ryan pusing balik. Terharu tengok gelagat ryan, Kalau emiey lepas sebelum ni, camne la keadaan ryan di waktu malam..


Hari ni Ryan agak lain, xpergi kat pintu dah. Asyik dekat ngan emiey jer. Takut kena 'buang' kot..Binatang pun ade perasaan memahami gak kan. Emiey hanya nak yg terbaik untuk ryan. Bkn nak sekat kehidupan normal die, tapi kehidupan normal die tu bahaya dan macam2 die kena hadapi sorg2 :(
Ni video latest ryan yang dah besar gedempol ni >,<
Watch "Ryan bersiar-siar di luar rumah =)" on YouTube



p/s: walaupun perit, emiey akan lepaskan kalau Ryan dah mampu jage diri sendiri. Sekarang dh mula set mind macam tu.



Resepi Soya PMC

Bismillahirrahmanirohim..Assalamualaikum wbt..

Pehh..tajuk resepi tu. Hehe. Xdela yang complicated sangat. Just nk share satu cara makan pmc (pure marine collagen) a.k.a rumpai laut asli. Sesiapa yang ada mengamalkan makan pmc ni, jangan set mind terikat dengan dua kaedah je..minum ng air & buat masker. Nope yer darling-darling. Pmc ni boleh jgk wt kerabu jadi lauk, buat agar-agar ke puding, aiskrim malaysia pun bolehhh. Tang kerabu tu encik suami cakap nk buat, nanti klu iols buat emiey akan share kt uols semua. Suke tak?suke tak >,<

Okey, sekarang kita buat Jus Soya PMC dlu..Bahan utama adalah susu soya yang dalam kotak tu, yang buat sendiri pun xpe..asalkan nama susu soya. Bahan utama yang kedua pmc yang dh siap dimasak kemudian dipotong dadu seelok mata memandang yer. Bahan sampingan adalah garam cecubit kalau korang nak soya pmc ni rasa lemak manis sikit. Dan jugak ais.

Kemudian, tuang susu soya dalam gelas kemudian letak pmc yg dipotong dadu tu ke dalam susu soya tadi. Letak garam tu disuggestkan bila buat banyak, dalam jag. Pastu letak ais. Siap!

Boleh tengok gambar yer, ikut turutan dari atas ke bawah.

Gambar 1 tu pmc yang emiey gunakan,menyesal letak sikit sebab pmc langsung xjejaskan rasa soya. Buat lagi lain kali,emiey nak buat lagi nak letak banyak-banyak. Emiey punye pmc tu nampak kuning kan sebab ni pmc ungu, bau kuat sangat. Jadi emiey letak sikit cordial jagung masa masak, sikit je.xrasa jagung pun tapi bau wangi. Nak hilangkan bau jugak emiey letak daun pandan masa masak. Memang pmc ungu sangat kuat baunye tapi nilai nutrisi lebih banyak dari pmc kuning.

Gambar 3 soya pmc yang dah siap! Emiey xletak ais pun sebab masih pantang benda sejuk ni. Plus, emiey bukan penggemar minuman sejuk =)

p/s : ni resepi untuk bantu sesiapa yang susah sangat nak makan pmc sebab rasa & baunye. Soya pmc ni rasa soya je, tapi xbau & xrasa pmc pun. Haa..kan dh dapat minum pmc tanpa takut lagii *cakap kat diri sendiriii =.=

1.3.13

Tq so much my darling, Mohd Fariz Mohd Noor for the perfect surprises ♥

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa ini padaku. Masih pula mendapat cinta &amp; kasih dari suami dan keluarga serta sahabat. Jauhilah sebarang bencana dari kami, lindungilah kasih sayang ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Macam tak bersedia pulak nk tulis angka tu. Macam tak caya. Jap, nk calculate.Haha...Welcome my sweet &amp; pretty 24!!

Next update, coming soon. Semoga kalian turut dirahmati. Amin.