Restoran Embun Dingin

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..


Kejadian yang berlaku dua malam lepas iaitu en.suami telah membawa pn.bini nya yg comel ni untuk makan steambot. Kesian agaknye dok tengok pn.bini nye gigih berpantang. Hehe. Pantang ler sangettt =.=


Memang emiey suke makan stimbot ni. Klu kt melaka tu, berkali-kali dh ke Seoul Garden walaupun mahal, tu ler keje..perabih duit elaun jaaa. Tapi, yg best kt Restoran Embun Dingin di Perlis ni murahhhh, rm10 jaa baq angg. Makan la byk mana pun. Tempat pn ok la, turut disediakan pondok-pondok kayu yg selesa utk sebuah keluarga.


Malam tu berdua je ngan en.suami, kunun2 candlelight dinner gitu. *shasyul shasyul sebut dlm hati :P


Nahhh..gambar makanan termasuk muke pn.bini yg bulat bagai dipam dengan perasannyer. Tapi, faktanya berat badan kite dh naik 3kg lepas kawen ni..hik33


Hari ini hari raya

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

"Hari ini kudatang riang,tersenyum buatmu senang..bla blaa" bersuara merduku di petang hari. Puii! Ini semua poyoo! Cheq suko benar kat johan yang pandai tiru sore awie tu baq angg..*merosakkan loghat negeri org ja..

Sebenarnya hari ni genap 14hari emiey berpantang, pergi check tadi xde pape cume doktor pesan supaya suami pakai kondom atau makan pil perancang, ni untuk rehatkan rahim emiey pada masa terdekat ni. Baik doktor >,<

Yang penting hari ni nak beraya jugak! Sempena lepas pantang. Emiey xla bermaksud nk makan bebas apa saje, masih akan memilih makanan. Contohnye, sayur-sayuran masih dielakkan kecuali sawi, buah-buahan & makanan laut juga akan dielakkan. Tadi pun dah beli susu HL yang mengandungi asid folik. yummy yummy! Dah jd penggemar susu ni, xtau pulak yg rasa susu HL ni sedap..beli yg original flavor & my feberet flavor, stoberry.

p/s : Selamat Hari Raya. Gong xi! Gong xi! =,=

Say NO to Valentine's Day.

Bunting pelamin tapi tak kekal

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Topik Wanita Hari Ini pada hari ini mengenai bunting pelamin. Tergerak hati pulak untuk buat entri ni. Kalau diikutkan emiey pun bunting pelamin. Dua bulan berkahwin disahkan mengandung tapi dalam jangka masa hanya 5minit kemudian doktor berterus-terang yang emiey disyaki dah keguguran. Waktu tu nk gembira & sedih dalam 50/50.

Bila dibawa ke hospital,semuanya jelas yg emiey dah keguguran tapi terpaksa ditahan wad buat sementara waktu. Berfikir jugak lah ape yg menyebabkan keguguran ni. Emiey ada darah rendah masa waktu belajar lagi, sepatutnya emiey dah ambik asid folid awal2 lagi untuk menambah darah & memang berharap dapat mengandung awal sementara tak kerja lagi ni kan. Tapi, org2 tua cakap normal la sebab kandungan pertama, kurang persediaan dari penjagaan lagi. 

Agak sedih atas ape yang berlaku, disahkan bunting pelamin tapi tak lama :(

Jadi, pada sesiapa yang merancang untuk berkahwin kena buat persediaan dalam soal mengandung awal ini juga. Mana tau rezeki dari Allah nak bagi awal kan. Kena jaga kesihatan, ambik ubat yang bersesuaian dengan diri. Emiey harap xde org jadi macam emiey, gugur kandungan pertama sangat pedih. Tak tau nak ungkapkan macam mana. Jadi masa awal2 syak dah mengandung tu kena pergi check dan buat penjagaan yang rapi sebagai bakal ibu.

Cuti tapi tak cuti

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Ermm..semua org bercuti,balik ke kampung takpun keluar jalan-jalan..ok, emiey baru je sihat jadi tak boleh nak ke tempat ramai orang  ag, at least dok rumah tengok tv same-same. Oh my hubbyy. Ermm..hari ni dari pagi kena kerja. Sampailah tika dan saat entri ini ditulis.  Esok tak pasti lagi, yang pasti hari rabu en.suami kena cuti jugak untuk my check up. Haraplah dapat cuti satu hari bukan separuh hari. Hehe.

Kadang-kadang rasa macam kahwin dengan doktor, asal en.suami dapat col je dapat arahan, kena keluar. Kunun-kunun macam dapat oncall.

Tapi sekarang ni rasa macam kahwin dengan tukang masak lak. "Abg kena masak laksa hari ni" =,= Disebabkan en.suami sangat pakar masak masakan yang terkenal di Kelantan iaitu nasi kerabu, laksa & nasi dagang jadi bos a.k.a pegawai atasan die pn mintak tolong die sediakan untuk satu jamuan esok. Dengarnya majlis besar jugak tu.

Dulu masa kapel xpaham lagi kerja en.suami ni, selalu gak merajuk. Sekarang dah tinggal sebumbung baru paham kerja en.suami. Suamiku anggota tentera. <--ending mau dramatik ^_^

p/s : Bosan. Tak de citer best malam ni :(

I wish you..

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

I wish uols Gong Xi Fa Cai and i wish my hubby Happy Birthday! Hari ni, 10 februari 2013 genap 26 tahun usia encik suami. Lepas tengok cerekarama "Suamiku Jururawat",memang dok gelak sakan sebab Tomok a.k.a suami a.k.a jururawat yang poyoss itu, tepat jam12 (xde la tepat sgt,hee) emiey pun wish happy birthday kat encik suami. Kedengaran sound effect yg sgt tepat pada masanye (pandai diorang wat keje :p). Bunyi bunga api..phewww pank!phewww pank! Pank! *betollah bunyi bunga api camni eh. Meriah kan sambutan besday encik suami. Hehe. Apa yg emiey buat? Buat kek batik jer,plannyer nk buat kek coklat tp emiey teringin sangat nk mkn kek batik *so selfish punyer bini tambah sempoiyoyos je buat kek batik untuk birthday husband. Hik3 Alhamdulillah, malam ni kek batik dah licin..family angkat datang melawat td, pastu agih kat jiran-jiran sikit masa perjumpaan mesyuarat tingkap. Tak baik membazir..tu kan amalan syaitann Ucapan untuk suami, moge terus sihat & dimurahkan rezeki untuk menjaga keluarga kita. Dan moge cepat anak *dalam ucapan pun, puan isteri mau faedah ats keinginan sendiri =,= Gambar : mengada nak tempek gambar kawin

Kebaikan & Khasiat

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

#MENGAPA MESTI CUBA RUMPAI LAUT ASLI#
1. Sangat berkhasiat utk kecantikkan kulit dan kesihatan dalaman.
2. Merupakan makanan tradisi org jepun, korea dan china, serta org sabah (dikenali sbg latok di sabah).
3. Sekarang mulai popular di Eropah dan malaysia juga.
4. 100% asli tanpa apa2 campuran bahan kimia, maka tiada kesan sampingan.
5. Harga yg murah dan menjimatkan berbanding produk kecantikan dan kesihatan yg ada dipasaran.
6. Produk kecantikkan dan kesihatan yg ada dipasaran mengandungi bahan kimia, perisa dan pewarna.
7. Sesuai utk lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung, lepas bersalin dan kanak2 bawah 2 tahun.

# KHASIAT RUMPAI LAUT ASLI#
-Menurunkan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi proses penuaan seperti kulit muka berkedut
-Mengurangi selulit atau lemak berlebihan
-Memberikan tenaga
-Melancarkan peredaran darah
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis -Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser atau barah
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman, merawat gastrik
-Anti bakteria
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas punca penyakit
-Menberikan rasa kekenyangan kerana kaya dgn serat (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit atau buasir)

Goreng Jeput Ike Bilis

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Jemput-jemput ikan bilis a.k.a cekodok ikan bilis lebih ngerti ya? Hehe. Semalam encik suami suruh emiey goreng jeput ike bilis, yang sememangnya my feveret.

So, malam ni emiey menggoreng dengan penuh ketekunan *lahh sangatt

Encik suami mahu menjamu kepada jiran tetangga yg tengah buat keje, mau ratakan tanah..dari semalam lagi, sebab kawasan depan tu berlecak. Kerja ni terpaksa buat malam la sebab tengahari semua kerja kan.

Gambar : hidang untuk en.suami dulu tadi :-)

Sebulan sudah

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Dah sebulan emiey dan en.suami menetap di rumah sewa.  Biasa la di awal2 perkahwinan banyak yang xlengkap. Rumah sewa ni pn, emiey datang Perlis baru cari.  Kena dengan tagline "baru nak hidup" =,=

Masuk rumah sewa pun dengan baju-baju kami sahaja termasuklah sebuah lappyku yg jadi peneman kalau bosan nk tengok cite *tv xdek

Hari ni, 7hb..genap sebulan 1hari menyewa kat sini. Bil air yang sampai minggu lepas rm12.00. Bil letrik yang sampai pagi tadi pulak rm0.85. Hehe penggunaan bawah rm20..almaklumlah, hidup berdua ;)

Hari ni jugak sampai 4 perkakas letrik yang utama iatu peti sejuk, tv, mesin basuh & microvave oven. Alhamdulillah =)

Emiey xkisah pun kalau takde sume bende ni sebab hidup berdua kan, tapi en.suami cakap baik beli awal-awal lagipun tengah promosi sekarang ni. Hehe..tapi actually paling suke dapat microvave oven ni, sebab birthday en.suami bakal menjelang tiba..maka haruslah ada kek!! *excited* yang dibuat sendiri oleh isterinya!! *duakaliexcited* >,<

Gambar : microvave oven xnampak sebab belakang tv tu

Peplum Style

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Dunia fesyen berubah-ubah dan sebagai muslimah emiey sentiasa nak fesyen yang up to date tp menutup aurat. Contohnye pemakaian cardigan yg pelbagai warna & corak, tapi mostly emiey suke kumpul top dress yg kat dlm tu. Jadi kalau nak keluar, sarung je mane2 cardigan yg pasti selamat is black and labuh. Dalam masa yang same top dress yang lengan pendek tu jugak boleh dipakai di rumah. Kan bergaya dok di rumah walaupun dipadankan dengan kain sarung jer :p
Sekarang ni style peplum pulak! Sangat sangat la emiey berkenan, but my choice is not baju kurung peplum sebab rasa macam eksklusif sangat, xleh pakai hari-hari. Untuk majlis-majlis penting boleh la. So melting dengan dress peplum, harga pun murah dan sangat santai untuk dipadankan dengan seluar mahupun skirt.

Ade yang satu geng dan berminat dengan peplum dress ni x? Jom give me five! Sebab emiey pn nak ajak korang tengok page Bella Dama Shop ni..--> toink toink belah kanan sidebar blog ni pun ade =)

Kalau takut tak muat boleh tengok measurement pada setiap gambar kat fb page tu & ukur ur body dulu. U will get best price there >,<
Nah..untuk tatapan tawaran di Bella Dama Shop =)

Status Nuffnang

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt.. Setelah agak lama xmengupdate blog, baru kini rasa bermaya sikit blog ni. Tetibe baru teringat lak mengenai nuffnang. Kalau dah lama tak update blog, status glitterati akan hilang. Sebelum kahwin dh lama xupdate, lepas kahwin dua bulan baru update.  Jadi, dengan penuh kerisauan, emiey pun log in nuffnang. Alhamdulillah..masih berstatus glitterati..earning pun meningkat tak padan ng tak update. Ini mungkin tempias dari entri-entri lama, syukur sangat-sangat sebab nak dapatkan status glitterati ni kan susah. So nak sayy.. YEAYY!! Nuffnang masih sayang kat duniakuemieysandra.blogspot.com >,< Iklan sat, promosi di duniakuemieysandra terlebih dahulu ^_^ << Sesiapa berminat nak beli pure marine collagen (rumpai laut asli) 100g dengan harga rm18 termasuk postage boleh terus msg/whatsapp ke 0102164685 >>

Grr..gerammm >,<

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Petang-petang camni, dok menghadap binatang kesayangan je la. Sampai naik geram kat Ronaldo ni, supo sekut! Geram nok kekoh. Grr >,<

Ke memang ni tempoh usia die berhibernasi? Asyik tidor jer, ryan tak macam ni pn dulu. Ish ishhh..

Sihat sebelum sakit

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Hujung minggu lepas berseronok sakan sebelum kena duduk diam-diam camni. Hehe..itulah, SIHAT SEBELUM SAKIT ^_^

Minggu lepas kena jaga anak bos a.k.a pegawai atasan en.suami.  Msti pelik kan, senang jer bos die tinggalkan anak ng kami. Tapi sebenarnya en.suami dh lama duduk ng bos die ni, hampir 6tahun dh hingga sekarang.

Terkenang lak cerita en.suami semalam yg Baby (panggilan kpd anak bongsu bos ni) beria nk datang melawat emiey. Sedih. Die cakap die ade wt salah ng emiey. Ermm, mungkin die pikir masa die kejar emiey dlm umah tu kot. Padahal masa tu, ketulan darah dh kuar pn..my fault jgk, tak alert dengan hal camni :(

Kuar ronda-ronda ke ayaq terjun bukit ayer.  Jgn seriau, Baby je yang mandi..emiey tak, nasib baik jgk kan sebab air tu sangat ssejukkk, not good for me. 

1. Happy family. I wish i could have this picture again wif my own son ;)

2. wif Baby hensem! Belajar leklok utk UPSR nanti, kat tangan die ada Ryan.

Cuci Periuk

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Pernah dengar tak kalau dalam majlis kahwin, orang2 tua akan bercakap "periuk besar ni biar pengantin la cuci..."

Haa..upacara mencuci periuk serta pinggan mangkuk di majlis sendiri menjadi one of my sweet moment di hari bersejarah tersebut. Lepas je photoshoot outdoor, balik dh malam..solat, makan & barulah ke acara mencuci periuk sekaligus mensetelkan acara cuci mencuci di hari bersejarah sendiri ^_^

1. Betapa ayu dan segak kami bergaya untuk photoshoot *pujian ikhlas xlain xbukan hanya dari diri sendiri =,=

2. Bertukar!!! Singsing lengan baju "moh ler kite bergotong-royong duhai suamiku" hikhikhikkk *ni eksklusif kt blog je tau..Zzz

Ryan & Ronaldo

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Ape ke peliknye emiey ni bela kura-kura kan. Org lain dok bela kucing yg gebu gebu mulus tu, xpela..yg penting emiey je tau betapa kiutnye si Ryan ni. Ronaldo xnmpak kecomelannya lagi, pasaipa? Dok tidoq jaa..letak dalam air nk bagi die makan, die wt buih sambil pejam mata lak..haishhh >,<


p/s : update blog guna enpong, maka hak mengatur gambar bukan di tangan sy. Sobsss..description kt atas, gambar kt bawah yer.


Gambar 1 & 2 : Ronaldo, yang suka tido *boleh jadi pantun 2 kerat :p

Ronaldo baru berusia 7minggu, tp kecik jer sebab jarang makan & asyik tidor jer

Gambar 3 : Ryan yang sangat manja, die akan senyap & tenang kalau dapat menyentuh mana-mana bahagian badan emiey. Dalam gambar tu, hampir 10minit die dók kat tangan emiey, sambil kepala ke kanan kiri.





Cinta Bersatu LJFM

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Tahniah atas perkahwinan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan yg selamat dilangsungkan semalam, 2 februari 2013.

p/s : en.suami suka lagu cinta bersatu ni ^_^

Credit pic to Abg Nara

My cute tungku

Bismillahirrahmanirrohim..As salam wbt..

Semalam en.suami keluar,katanya nk cari tungku. Org berpantang kan elok bertungku. Tapi dlm pikiran emiey bertungku gune batu sungai macam mak mak dulu kan. Dok terbayang la, kat mana en.suami pi cari batu tu..ada jual ke? Hehe

Then, bila en.suami balik..tadaaa! kiut miut tungku, warna pink gitew. Lupa lak, sekarang kn dh moden..ade yg boleh cas gune letrik & yang ni cume perlu masak air panas kemudian masukkn ke dalamnye. Cume perlu diingatkn jgn isi penuh sgt, kne ade ruang udara sikit. Semalam dh gune, sampai ke pagi panas ^_^

My favourite korean drama

Bismillahirrahmanirrahim..as salam wbt..

Selamat tengahari!! Agak kebosanan, jadi emiey nonton citer korea..pagi-pagi lagi dh teringat kt Bae Yong Joon, si hero Winter Sonata yg very handsome, and make me melting >,<

Sosej bergoreng halia

Bismillahirrahmanirrohim..As salam wbt..

Hari ni en.suami kerja kejap je, pukul 7.30pg keluar, pukul 8.45pg dh balik. Lepas sediakn air panas utk mandian emiey, die sambung masak lak. Sementara dilayan,baik terima..ade rezeki anak berderet nanti mana die nk layan cmni dh kan. Hehe..tapi mintak-mintak stil lagi la kan ;)

Semalam en.suami beli sosej utk die makan, ikan kering talam utk emiey. Then, emiey merengek nk makan sosej jugak..lalu en.suami pn potong kecik-kecik sosej tu pastu hancurkan ikan kering dan goreng bersama halia yang dihiris.Ramai yg datang melawat dok nasihat suh letak halia dlm pape masakan pn. Maka, sosej bergoreng halia memang licin emiey makan smlm termasuk halia sekali sebab semuanya dh dipotong kecik. Not bad pn rasa halia..hehe.

p/s : kalau dok dgn ma, xde nak makan camni. Ikan kering bakar yg paling special.
p/s : org berpantang boleh makan sosej ke ???

Jauh dari keluarga

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt

Bila kena pantang ni, yg paling diutamakan ialah pengambilan makanan di samping penjagaan rutin harian yg lain. Emiey ni pulak jauh dari ma mahupun ma mertua. Menetap di Perlis bersama en.suami yg kerja kat sini.

Selepas keluar hospital, kami berbincang dan en.suami bersetuju untuk menjaga emiey sendiri. Semalaman jugak kami dok search maklumat mengenai pantang selepas gugur ni. Rupanya, pantang lepas gugur ni kne jaga btul2 lebih dari pantang bersalin.  Hehe..bukan dok search kat tenet je, kami mintak nasihat orang2 tua jugak..tepon tanye ma emiey sendiri & jugak ma mentua. Rumah kat Perlis ni pn dekat dgn org2 kg..Alhamdulillah, xlekang depa mai melawat sejak d hospital lagi. Sambil2 mlwat,byk jgk depa bg nasihat *dh tukar loghat perlis ^_^

Harap-haraplah emiey dpt berpantang dgn baik kat sini. Bkn ape, seriau pulak nk balik dlm keadaan badan yg xtahan sejuk ni.  Xleh tahan dok ats kereta lama-lama. Tambahan lak en.suami sibuk bekerja, cuti pn nk simpan utk bulan 3 ni. Hehe..

p/s : terkenang waktu sihat, Ingatlah 5perkara sebelum 5perkara ~_^

Kena berpantang ke??

Bismillahirrahmanirrohim..as salam wbt.

Dah lama xmenjenguk blog, apatah lg untuk mengupdate.  Bukan xsudi tapi ada beberapa hal lain yang lebih menjadi keutamaan.

Hampir dua bulan xberupdate, moment indah majlis perkahwinan juga turut ter-miss dlm blog kesayangan ni. Kenapa? Sebab emiey merasakan perkahwinan adalah perkara paling indah dlm hidup sampai jadi kedekut nk share dengan org lain. Takut juga perasaan indah itu hilang apabila semuanya telah d'ceritakan. Hehe..

Kenapa tajuk hari ni ada perkataan 'pantang'? Apa perasaan bile sebut pasal pantang? Pantang tengok nak beli.. pantang jugak, hehe. Pantang kena marah, nangis..pantang jugak kan.

Emiey langsung xmenjangka akan mengalami situasi pantang seawal ini. ingt sempat tunggu 9bulan lagi kan, tapi apakan daya sudah tertulis bukan rezeki sy lagi.  Allah Maha Mengetahui ape yg baik bagi hamba-hambaNya. Mungkin emiey perlu lebih masa utk b'sedia menjadi seorang ibu.

31januari,emiey disahkan keguguran dengan usia kandungan 4minggu. Tanpa perlu cuci rahim,emiey dibenarkan balik. Org2 tua serta kawan2 yg jauh dok sibuk suruh berpantang. Terkeluar spontan dari mulut sy kepada akak-akak yg berada satu wad dgn sy "kena berpantang jugak ke?" akak-akak yg dah mempunyaipengalaman, ade yg dh gugur 2x..pn menjawab "yela dik, pantang org gugur kena lbih ketat dr org yg bersalin".Bertuah juga berada di wad gynae ni selama 3hari..mcm2 perkara emiey dpt belajar.

Jadi, sejak balik rumah semalam..en.suami la yg uruskan segala-galanya dr segi makan pakai serta bertungku sebab emiey mengadu kaki rasa sejukkk sangat.

Harap-harap dapat habiskan tempoh berpantang ni dgn jayanya. Ada yg cakap 2mgu jer, ada yg cakap 44hari. Emiey cume dpt berharap badan makin pulih seperti sediakala. aminnn ^_^