Redha.Usaha.Tawakal.

As salam wbt

Redha.
Susah untuk mencapainya.
Emiey frust,murung jugak selama satu hari.
Bibir nak senyum rasa kaku.
Mulut terkunci untuk berbicara dan meluahkan.
Tapi,waktu tu nak semua orang faham apa yang emiey lalui.
Sedih bila permohonan pertukaran pindah untuk ikut suami tidak diluluskan.
Dah boleh agak sebab emiey masih baru tapi biasalah manusia bernama Amirah ni cepat mengharap lalu terkuciwa..huihuiii

Usaha.
Di sini bermaksud emiey akan gigih berusaha untuk lebih membahagiakan diri sendiri kelak! meh meh dekat nak habaq beberapa perancangan emiey untuk lebih menceriakan hidup berjauhan dari mr.CINTA HATI ni

1. Nak aktif bisnes balik (kena manage masa dgn sangat teliti)

2. Nak sambung belajar (risau jugak takut sibuk sesangat nanti,kalau boleh nak program yang tak ganggu masa cuti sekolah)

3. Nak beli mesin jahit mudah alih yang kecik tu (antara memasak dengan menjahit saya pilih menjahit! Hee :D)

4. Shopping baju sebulan 1x mengikut bajet rm tertentu (hoyeahhhh yang ni paling senang untuk dilaksanakan)

5. Balik sebulan sekali ke kampung atau jumpa suami (kena pilih antara no.4 dan 5 la.hahaha)

Agaknya yang mana akan terlaksana??jeng jeng jeng

Kalau boleh emiey nak buat sesuatu yang menggembirakan hati dan boleh buat emiey lupa tentang masa yang sedang berputar.hurmmmm. Emiey jugak tengah berusaha nak ada  baby. bestnya kalau dapat peluk anak sendiri. Teringin sangat :( kalau ada uols yang boleh bagi pendapat @ nasihat berkenaan hal ni. Silakan yerrr ^_^

Tawakal.
Dah redha dengan sesuatu ketetapan,usaha macam-macam mestilah kena selalu iringi dengan doa baru tawakal. In Sha Allah emiey percaya ada hikmahnya semua ni. Kenapa emiey kena berjauhan dengan suami,diuji dengan keguguran dan lambat hamil lagi. Semuanya telah tertulis dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

P/s : Allah sayang kita sebab tu Allah ingat kita dan bagi macam-macam ujian supaya kita lebih ingat pada Dia.

No comments: