Program di SK Meritam

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Dua hari ni emiey sibuk menguruskan program dan juga menyertai program.  Semalam, majlis pecah tabung murid prasekolah. hehe...manyak-manyak sangat duit diorang.  Alhamdulillah, kecik-kecik dah pandai menabung diharapkan nanti besar akan lebih menghargai duit dan cuba menyimpan untuk mendapatkan sesuatu ye murid-murid semua.

Aktiviti menabung ni dicetuskan oleh guru lama, emiey hanya meneruskan dengan mengadakan Majlis Pecah Tabung untuk mengetahui siapa yang paling banyak menabung. setelah sepetang mengira, dapatlah keputusannya..murid yang menabung paling banyak duit ialah adik Maisarah dengan simpanan sebanyak RM302++, yang lain pun banyak jugak dalam linkungan RM80- RM180 jugak.  Alhamdulillah.

Seharian hari ni jugak, emiey bawak murid prasekolah menghadiri Kem Membaca 1 Malaysia yang berlangsung di dewan baru sekolah bersama dengan murid aliran perdana.  Yang bagusnya, beberapa orang murid prasekolah memberanikan diri untuk membaca buku cerita di atas pentas. gOOD gIRLSsss anak-anak emiey ni kan ^_^

salah satu pic masa emiey tolong pegangkan mic untuk murid prasekolah kesayangan ambe.


buku tu untuk gimik pelancaran. background pentas yang sangat 'OK' untuk pentas yang baru siap di sekolah kecil kesayangan kami =)


Selamat malam semua, esok nak gerak ke Lawas..ada kursus guru baru selama tiga hari.
tata
Assalamualaikummm~

No comments: