Bila dan bila dan bila?????

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Mulut orang mudah jer melemparkan soalan,yang berat menjawab ialah mulut orang yang ditanya. Alhamdulillah, sebagai orang Islam kita dididik untuk bersabar dan muhasabah diri atas sesuatu yang terjadi. 

Di sekolah emiey, ada tiga orang kawan yang dah mengandung..semua cikgu senior la. Gembira dan sayu melihat, bukan apa..mengenangkan kandungan emiey yang gugur hari tu. Subhanallah..tak dapat nak diungkap tentang perasaan ini. Sayu.Sedih. 


Disebabkan emiey ni sorang je guru baru yang dah berkahwin,ramai la yang bila sembang je pasal bentian (baca mengandung-bahasa Limbang) akan bertanya pada emiey jugak. Emiey hanya dapat jawab 'belom lagi..'. Emiey sangat berharap tapi dah belum masanya nak buat macam mana kan.


Setiap ujian yg datang adalah kerana Allah sayangkan kita,Dia nak kita tidak melupakanNya dan selalu berdoa meminta padaNya. 


Bila kita diuji. Ingat..

*Mungkin kita pernah lalui saat yang sangat bahagia dulu, Allah menguji pula untuk melihat ketabahan kita.
*Mungkin kita pernah menyakiti orang lain
*Mungkin kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak, isteri, dan Islam dengan baik.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL >__< 

No comments: