Berehat dengan Drama Hot.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat pulak emiey bukak new post ni. Hurmmm..tinggal tiga minggu lagi nak cuti panjanggggg.Ya Allah..tak sabarnya.Dulu masa belajar kat Melaka pun dok kira hari..sekarang di Sarawak lagiiiii mengira hari =.=

Tiga minggu akan datang ni, macam-macam yang ada dalam otak emiey yang pastinya semua kerja kerja kerja. Nasiblah dah menganggur 7bulan..maka boleh tersenyum dengan kerja yang diterima ni :p  Antara yang bakal emiey lalui untuk tiga minggu akan datang ialah

Majlis Pecah Tabung Murid Prasekolah 2013 
(sepenuhnya diuruskan oleh guru prasekolah..its me la tu)

Kursus Lanjutan PPGB 
(30 Oktober - 1 November)

Makan Malam Guru & Bekas Prasekolah Daerah Limbang
(Malam 1 November)

Hari Perpisahan Prasekolah 2013
(8 November)

 Hari Kecemerlangan SK Meritam 2013
(13 November)

Konvokokesyen Prasekolah Peringkat Limbang 2013
(14 November)

Balik Kampung Peringkat Kebangsaan 2013
(16 November -30 Disember)


Antara yang acara yang paling memikat hati sudah semestinya yang last sekali..balik kampunggggggg! yeayyyyyy =.='  Sekolah emiey mengajar tu kecik jer tapi banyak pulak aktiviti akhir tahun ni.


Sibuk mana pun seseorang tu, kena cari jugak masa untuk menikmati dunia ni sekejap.hihi.ayat xleh blah. Jangan pulak lupakan akhirat eh korang :P Sejak dah bekerja ni,kalau balik rumah mesti emiey nak rehatkan diri dan duduk diam-diam menonton drama yang tengah hot sekarang. Pagi sampai tengahari dok melayan budak-budak, balik rumah ofkos la cikgu nak tengok cerita dewasa sikit..come on la..hohoho..*buat muka ganas sikit* 


Jodoh Itu Milik Kita 
lakonan Farid Kamil dan Tiz Zakyah. 
 
Semestinya nak tengok cerita sebab ada pelakon berbakat Farid Kamil dan Tiz Zakyah. Tengok dua episod..eh,so tipikal story..kisah suami isteri yang menghadapi konflik dalam kehidupan..tapi tapi tapi...muka kiut farid kamil tu menggodaku untuk tengok *winkwink* tambah pulak kawan dok promot best.Okey..tengoklah sampai episod 30 dah. Siapa peminat cerita ni? jom geng! hehe..


Ada satu lagi cerita yang emiey suka tengok..iaitu
  
LOVE YOU MR.ARROGANT

waaa....mesti korang pun dok ketagih ngan cerita ni kan. Novel pun femes, cerita lagi femes kann.  Emiey tak baca novel dia, tapi tengok cerita ni sebab nama Zaara Amirah *boleh ke alasan ni =.=* Setiap hari mesti melekat di tonton.my. hoho..rumah sewa ada wifi jer, tv xdop line =)


Cerita ni pun nak lebih kurang sama macam cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Kampung Girl dan jugak Jodoh Itu Milik Kita yang pesen tayang cerita koflik suami isteri.  Mula-mula menyampah jugak..tapi siapa boleh tahan melting tengok gaya mr.arrogant tuu kann. Dalam citer ni, selain emiey suka watak hero dan heroin..emiey pun suka dengan watak Anzalna Nasir yang cantik sangat tu, wataknya yang natural, baik dan kepoh tu memang best. Thumbs up to Anzalna ^_^



p/s : Hujung minggu ni pulak berangan nak tengok cerita Bollywood kat TONTON.MY, sanggup bayar lagi sebab kena purchase some of amount. emiey giler hindustan. k bai.

No comments: