Guru Baru di Limbang, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Alhamdulillah, kehidupan sekarang dah berubah 180 darjah ke depan. Dulu goyang kaki,makan disuap..sekarang tangan kaki kena bergerak, makan sendiri daaa..huhu

4 Julai 2013 emiey memulakan perkhidmatan sebagai guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Meritam.  Syukur kerana dapat penempatan di tempat majoritinya kaum Melayu dan Islam. Sampai je ke bumi Limbang, Sarawak terus dapat kawan tiga orang yang datang dari pelbagai negeri dan maktab. Jadilah kami empat serangkai sampai sekarang =)

Syukur. Itu adalah perkara yang emiey rasa sebab dah dapat kerja dan dapat menggenggam duit gaji sendiri yang dapat dihulur kepada ma abah. Pada awalnya, isu berjauhan dengan suami masih perkara kecil kerana menginggatkan bahawa Allah itu Maha Adil dan mempunyai perancangan yang indah untuk hambaNya. Sekarang pun masih cuba think positive dan fikir camtu. Tapiiiiiiiii...kite tetap berusaha untuk minta tukar ke semenanjung memandangkan istilah 'tempat isteri adalah di sisi suami' itu adalah benar tanpa disangkal lagi kan.Huehuehueee. Para isteri dan suami mesti akan dapat memahaminya kan ;)


Dah sampai Limbang haruslah melawat muziumnya supaya lebih kenal apa itu Limbang yang bertempat di utara Sarawak dan sangat dekatlah kalau nak ke Brunei atau Sabah.  Kadang-kadang rase macam dok oversea pun ada tau..baru-baru ni sambutan hari Kemerdekaan, banyak jalur gemilang dikibarkan barulah rasa masih di bumi Malaysia tanah airku.  ^_^

kat sini ikatan sesama perantau sangat kuat, ini salah satu majlis perjumpaan perantau Anak Kelantan, terserempak pula dengan bekas guru sekolah menengah  yang dah menjadi YB sekarang.seronok kemain cikgu dapat jumpa anak didiknya dulu..harap emiey pun dapat jumpa anak murid macam ni jugak lepas ni. amiiiiiin.

Lawatan prasekolah. Bukan setakat mengajar tapi guru juga kena rancang aktiviti yang boleh memberi motivasi diri kepada murid-murid. Alhamdulillah,berada di bumi asing tanpa kenal seorang pun memerlukan emiey berusaha keras memikul bermacam tanggungjawab dan berdiri di atas kaki sendiri. Bila di tempat orang ni lah kite kena pandai bergaul dan memilih kawan dengan baik. InsyaAllah.


Dua orang ini sangat banyak membantu emiey..yang tengah tu bekas guru prasekolah tempat yang emiey ambil alih..dia tengah menunggu surat untuk pindah ke Kuching. Dia macam kakak, menolong dalam hal sekolah dan jugak hal-hal rumah. Sorang lagi tu Pembantu Pengurusan Murid yang merangkap pembantu kepada guru pra..sangattt banyak menolong emiey yang terkapai-kapai selepas mengganggur hampir 7bulan..otak beku weiiii =.=
Sambutan Hari Kemerdekaan dengan murid prasekolah.  Agak susah mengawal murid bila di luar bilik darjah.  Kebanyakkannya hampir bertukar jadi hyper =.=  yang itu Guru Besar SK Meritam..syukur sangat sebab GB seorang yang baik, bersifat kebapaan. Tengok, sedikit kesedihan emiey dibalas dengan bermacam kebahagiaan yang patut disyukuri. Orang-orang di sekeliling sangat baik, sekolah yang selesa..kawan-kawan pun baik. Jadi, mulut ni memang tak lepas mengucapkan syukur padaMu.


haaa...ni geng cikgu pra pulak, ni baru dua ketoi...ramaiiii lagi cikgu-cikgu pra yang happening..kalau mesyuarat tuu, memang tak kering gusi hati tak sayu la dengan gelagat diorang ni ;)


 Ini kenangan di depan rumah kuarters..part paling indah dalam hidup bila menggalas beg untuk ke airport dan balik..yayyyyyyyy!

errrrr..next yayyyyy adalah pada cuti sekolah hujung tahun ni

sabor je laaaaaa~



~Walau di mana kita berada, bergantung kepada kita bagaimana untuk mencorakkan kehidupan kita~

1 comment:

Lydia Miza said...

Seronok tgk gmbr emeiy. Dik nnt pm nmbr tipon