Rezeki di tangan Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirohim..As salam..

Lepas habis study dah start berangan sekolah macammana yang emiey akan dapat mengajar tapi sekarang berangan sampai 6bulan dah ni *sobsss*. Sejujurnya dalam hati ni redha dan tawakal je dapat mana-mana,pedalaman ke bandar besar ke..setiap tempat tu pasti ada cabaran masing-masing. Apa gune belajar 5tahun setengah diuji dengan mental fizikal...dulu dulu zaman belajar tu masa hostel xde air kena angkat sebaldi air dari bawah ke bilik di tingkat 3,time elaun lambat masuk pun menguji mental dan perut yang byk cut perbelanjaan makan...sedang diri hanya boleh mengadu dan menunggu je...program Bina Insan Guru pun turut melatih ketahanan diri, emosi serta meningkatkan kemahiran sosialisasi diri dalam masyarakat. Nak sebut sangat ayat keramat ni "Kami bangga menjadi Guru!"

Alhamdulillah, rindu dengan semua pengalaman tu. Namun yang lebih penting sekarang pengajaran yang diperolehi dari semua tu.Di satu sisi lain jugak emiey bersyukur kerana en.suami kecintaan hati sangat memahami dan cakap macam ni "abang ikut je ke mana sayang pergi, kalau dapat sarawak pun abang sanggup pergi lagi". En.suami merupakan anggota tentera pernah berkhidmat dah kat Sarawak hampir 5tahun dan baru pindah semenanjung awal tahun lepas. Emiey ada usaha mintak tukar penempatan,tapi xde surat maklum balas dari KPM (kami yang dah kahwin diberi peluang tukar negeri pilihan dalam borang posting dulu atas alasan ikut suami). Usaha mesti diikhtiarkan agar dapat terus jalankan tanggungjawab yang ada.

Surat lantikan dah sampai, sekarang hanya menunggu keputusan penempatan yang khabarnya melalui pos jugak. Moge khabaran ini bukan seperti kapas yang dibawa angin je. Teringin nk hulurkan duit pendapatan sendiri untuk ma abah. Enam tahun lepas, dapat surat tawaran ke maktab masa nk dekat birthday abah 7 julai,kali ni pun harap ada berita gembira mengenai penempatan untuk jadi hadiah pd birthday abah *nak beli hadiah xde duit sendiri ag. Sobssss..en.suami yang kamceng sgt ngan abah mentua ni cakap nk belikan hadiah untuk abah tapi tu duit dia hadiah dia la kn..cheq tak mampuuu

Dapat surat lantikan tu, ada beberapa perkara yang perlu dibuat
1. Pemeriksaan kesihatan  [>dah pergi petang tadi,pastu nurse cakap kena datang pagi..hari isnin harap dapat selesai<]
2. Angkat sumpah [> done.tak sampai setengah jam tanpa bayaran pun di Pesuruhjaya Sumpah <]
3. Akaun KWSP  [> tak diwajibkan tapi emiey nak buat awal2..tapi lagi..kena bergantung pd kelapangan masa en.suami untuk bawak la. Hee.. <]

- before this emiey pernah buat status kt fb utk tutup blog..itu cume status nk tunjuk perasaan emiey yg agak ke laut untuk menulis skg ni. Emiey tutup blog ni kejap pastu kan rasa sedih sebab macam2 kenangan pd blog ni & blog ni lah peneman setia emiey zaman belajar dulu,hehe i'm not a diligent student,24hours ngadap buku & nota,cepat bosan *ngeee* jadi terus public kan balik dengan niat nk cuba jugak update walau seminggu sekali.nak tutup blog ni takde kaitan pun ngan pendapatan nuffnang,bila sampai cek terus terfikir pe nk jadi ng blog ni and terus up status pasal nk tutup blog..ampun yer dunia kesayanganku. Nuffnang tu hanya sambilan,tapi kan kalau dah bab duit ni..grab je la selagi bolehhh! >_<"

P/s : doakan la emiey &kawan2 lain cepat dipostingkan ;)

No comments: