Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirohim..As salam.

Ibu merupakan satu pangkat dan anugerah paling bermakna kepada seorang wanita. Membahagiakan suami tersayang serta mendapat kasih sayang dari anak-anak yang dibelai sejak kecil.

Puan Maznah binti Mustapha adalah ibu emiey. Tak terungkap rasanya sayang padanya.  Dialah idola emiey sebagai wanita,nak pulak lepas bergelar isteri sekarang ni ;)

Alhamdulillah, emiey dapat seorang lagi ibu tahun ni dan berpeluang mendapat kasih sayangnya iaitu ibu mentua, ma kepada encik suami. Mesti gadis yang belum berkahwin takut memikirkan bakal mentua macammana yang akan mereka dapat lepas tonton drama 'Takbur Mama'. InsyaAllah,takde dah kot pesen ibu macam tu tapi jugak....realiti kehidupan siapalah dapat menduga kan. Seorang ibu kadang-kadang belum bersedia nak lepaskan anak terunanya dan mungkin ada yang cemburu melihat anak lelakinya mencurahkan sayang kepada wanita lain. Tapi diingatkan jugak kita dah sesama wanita cubalah faham hanya kelembutan dan kesabaran akan memperbaiki segalanya ;)

Sebenarnya emiey tersentuh melihat kasih sayang en.suami pada ibunya. En.suami ni memang nakal masa sekolah, dia banyak cerita lepas kawin ni. Abah dan adik-adik dia pun cerita hal yang sama masa duduk dengan mereka selama hampir sebulan. Tapi, en.suami ni sangat suwittt orangnya. Masa pergi Langkawi ritu, en.suami ada belikan handbag untuk ibunya. Lama jugak tertangguh nak pos. Tiga hari sebelum hari Ibu, en.suami pergi bungkus kat kedai, lawa..dan letak kad bentuk love. Dipos hari tu jugak dan sampai tepat pada hari Ibu iaitu semalam. Ibu mentua terus tepon dan dok gitau yang dia suka sangat beg tu. Tadi ibu mentua jugak tegur emiey kt chat fb, dia gitau yang dia berkenan sgt dgn beg yang aku pilih. Owh, rupanya en.suami bagitau emiey yang pilih beg tu..pandai en.suami promote saham bini. Hehe.

Memang betul emiey yang pilih yang mana patut dibeli sebab emiey penah teman ibu mentua cari beg jadi paham la sikit citarasa ibu mentua ni suke yang macamana ;) yeay! *tepuktangankatdirisendiri*
(Dila,ingat tak beg yang kitorang beli tu..thanks sebab tunjukkan tempat yang baik =))

P/s : berbuat baiklah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Keikhlasan.

No comments: