Bunting pelamin tapi tak kekal

Bismillahirrahmanirrohim...As salam wbt..

Topik Wanita Hari Ini pada hari ini mengenai bunting pelamin. Tergerak hati pulak untuk buat entri ni. Kalau diikutkan emiey pun bunting pelamin. Dua bulan berkahwin disahkan mengandung tapi dalam jangka masa hanya 5minit kemudian doktor berterus-terang yang emiey disyaki dah keguguran. Waktu tu nk gembira & sedih dalam 50/50.

Bila dibawa ke hospital,semuanya jelas yg emiey dah keguguran tapi terpaksa ditahan wad buat sementara waktu. Berfikir jugak lah ape yg menyebabkan keguguran ni. Emiey ada darah rendah masa waktu belajar lagi, sepatutnya emiey dah ambik asid folid awal2 lagi untuk menambah darah & memang berharap dapat mengandung awal sementara tak kerja lagi ni kan. Tapi, org2 tua cakap normal la sebab kandungan pertama, kurang persediaan dari penjagaan lagi. 

Agak sedih atas ape yang berlaku, disahkan bunting pelamin tapi tak lama :(

Jadi, pada sesiapa yang merancang untuk berkahwin kena buat persediaan dalam soal mengandung awal ini juga. Mana tau rezeki dari Allah nak bagi awal kan. Kena jaga kesihatan, ambik ubat yang bersesuaian dengan diri. Emiey harap xde org jadi macam emiey, gugur kandungan pertama sangat pedih. Tak tau nak ungkapkan macam mana. Jadi masa awal2 syak dah mengandung tu kena pergi check dan buat penjagaan yang rapi sebagai bakal ibu.

6 comments:

cikcimi said...

Jaga diri baik3 emiey ! InsyaAllah ade rezeki lagi. :)

emieysandra said...

Harap2lah cm2, insyaAllah..tq cimi =)

cik nana said...

take care ye sis. insyallah ada rezeki nanti.jaga makan minum yaa :)

emieysandra said...

InsyaAllah..owrite nana =)

Zura Zue said...

belum rezeki lg tue emiey..

emieysandra said...

Haah zura..emiey sbr je la =)