Mini Reunion Raya SMKT

As salam...

Macam ketagihan pula mengupdate blog sekarang ni, sedang semua orang dah beralih ke social network lain macam tuettt tuett tu..emiey pulak yang terasa baru register blog semalam. Haha, baru rasa kelapangan untuk akhiri zaman student ni. 

Takpela, sejak dulu blog turut dikenali sebagai online diary..so emiey nak share satu kenangan manis masa raya hari tu.  Citer dah basi tapi masih segar dalam kenangan =)

Sate, menu pilihan.  Emiey terpaksa merayu jugak minta tolong ma buatkan 'awas' (perencah) sate ni. kalau tempah mesti mahal kan.  Nasib baik ma setuju dalam kesibukkan die memenuhi jemputan kawin, kawan pun banyak menolong..time ni la nampak usaha dan semangat untuk menjayakan mini reunion ni. best sangat~


Hidangan yang tersedia, banyak sangat. Konon nak bajet murah-murah, tapi alhamdulillah ramai lak yang nak sponsor termasuk encik tunang kecintaan hati kiteww, eh..gediks pulak :P


bakar sate, yang ni baru best..lepas je majlis ni, salah sorang komen suruh panjangkan sikit masa reunion.  Hari tu start kul 5petang, len kali kita buat 5pagi pulak eh. oops, waktu pagi laa =)


Ade yang lepak kat atas motor tu, chit chat la bile dah lama tak jumpe kan, almost five years old kot, lepas SPM sume bawak haluan masing-masing. Asyik plan je reunion, sampai kebosanan we'ols pun gune ayat ni "pah ceroh" tapi akhirnya yang ni baru betul-betul jadik.  Plan dalam dua hari je, yang penting face to face and kena ada yang bersungguh, jalan jer kann  :D


 Encik tunang tolong jangan nak suwwit sangat lah, ehh..ambik kuah untuk renjis atas sate yang dibakar rupenyer =.='


Kenapa encik tunang ada? sebab masa tu, sesi encik tunang beraya kat rumah emiey, so..xnak cancel dua2 plan maka heret encik tunang sekali bereunion bersama lagipun majlis ni dibuat dekat je ngan umah emiey, tak sampai 10minit pun. Tapi, kesian encik tunang pulak kepenatan.  heww~

masing-masing dengan gaya masing-masing dah tapi muka tetap tak berubah laa..semua mantain comel!


 together. happiness. smiles.


p/s : tanpa mereka, siapalah diri ini.  Pengalaman dan kenanganlah yang mendewasakan diri ini=)


Thanks for reading.
Tata~
 

8 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

nak buat jugak macam ni one day in the future,,, :(

emieysandra said...

buat la..seronok sgt bile dpt jumpe kawan-kawan :D

ainraus said...

ain tengah teringin nak sate ni. wuwuwuwuww.

♥ MRS NON ♥ said...

Salam kenal.... ^__^

sate tu membuatkan air liur ku meleleh...
waaaaaaaaaaaa...
bestnyaaa!!!



feel free to visit my new blog :)
http://mrsnon.blogspot.com/

Puteri Iqa Izyan said...

iqa kalau nak buat reunion ramai2 susah betul sume ade hal. =.='

tapi kan... sate tu menggoda sungguh. heee

padin said...

mak ai bestnya sate dgn sosej tu ekekeee

nabByla said...

wow bestnyaa... :) lagi2 sbb ada fav food bella iaitu satay ! hmm lama dah x makan sate. :(

CIK TOM said...

seronoknya reunion...