Alhamdulillah..merdeka!

As salam...

31 Ogos dah lepas, tapi baru hari ni baru emiey dapat merasakan nikmat merdeka ni.  Err...berpuitis pulak, ini disebabkan emiey dah lepas pembentangan Tesis (VIVA) .  Ya Allah, tak dapat nak gambarkan betapa emiey eksaited sangat.  Sebabnya, dari awal set ada banyak masa lagi hingga minggu depan tarikh 11 September, tapi rupa-rupanya untuk sesi emiey punya giliran diawalkan pada minggu ni.  Bermula dari Isnin hingga semalam adalah masa untuk bersedia, dah la penulisan banyak lagi kena tambah.  

Pembentangan berlangsung pagi tadi, emiey punyer giliran dalam pukul 12.30tghari. Jadi, bila dah lepas ni rasa lega sangat-sangat!

Sekarang tengah fikir nak siapkan dua esaimen je lagi, pastu baru boleh enjoy untuk habiskan sisa-sisa hidup sebagai student.  Hujung tahun ni dah habis study, lima tahun setengah sudah hampir berakhir hoi hoi hoi....*happy betoi*

Gambar masa kat Sg. Tekala masa hari merdeka hari tu, ramai sangat pengunjung dari pelbagai kaum,  pelancong pun ramai datang..airnya sejukkkkkk.  Nak request dengan encik tunang, jom pergi lagi!! huhu~


Thanks for reading.
Tata~

6 comments:

Titisan Hujan said...

waaaa...sonok r.kire dh hbs blja dh ni

tiga amah said...

merdeka dlm hutan nye ^-^ baik2 kan ada komunis (^o^)

emieysandra said...

Titisan Hujan : yup! xsabarnyer, ehehe



tiga amah : haha, sy bawak la 'askar' sy lak. huhu :P

Cikgu Fikri said...

wah..
awalnya kakak..
rumate sy kena hujung bulan 9 utk VIVA dia... :)

caliph shuriken said...

wahh, best laa hampir ke garisan penamat ujung tahun ni ^^

ainraus said...

bestnyaaaa.
ain teringin pulak life pasal student balik. rindu!