Permudahkan segalanya...

As salam...

Kebelakangan ni, mood emiey asyik turun naik...bahagia sangat-sangat pastu merundum jatuh sedih sangat-sangat.  Semua berkaitan dengan perkahwinan emiey dan encik tunang.  Ya betul kata orang, begitu kuat dugaan bertunang.  Masa buat keputusan untuk berkahwin pun masih diuji. Syaitannirojiim masih akan terus mencuba untuk meruntuhkan urusan Allah yang paling baik ini.  Astaghfirullahalazimmm..jauhkan semua ini dari kami..


Terima kasih ma abah kerana menjadi ibubapa yang tidak terlalu cerewet dan lebih mengutamakan ikatan yang halal buat anak perempuanmu ini.  Kebiasaan yang emiey jumpe, keluarga belah perempuan yang cerewet tak boleh macam tu tak boleh macam ni..kena macam ni jugak tapi alhamdulillah ma abah sangat senang diuruskan.  Saat emiey pening dan keliru, ma ada menenangkan.  Kamulah yang paling utama.  Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan anugerah yang tidak terhingga ini buatku. 


Dan terima kasih juga kepada ma abah encik tunang.  Bakal keluarga mentua yang amat menjaga dan selalu mengutamakan kebahagiaan kami.  Mereka sangat baik..oleh itu,emiey janji akan jadi terbaik juga buat mereka.


Keluarga adalah penguat semangat kami.  Maaf juga kerana menyusahkan, maaf sangat-sangat.


 

Terjumpe doa ni di blog Yuyu Zulaikha, emiey ambik, dah siap dihias lawa-lawa penuh bunga, jap ag nak print nak tempek kat board dalam bilik. Ehehe. Elok untuk diamalkan selalu!



Thanks for reading~

1 comment:

sugar2 kapas strawberry said...

semoga kita dibawah lindungan Allah :)