Kad Selamat Hari Raya

As salam....

Budaya memberi kad selamat hari raya sudah makin dilupakan, Yela...sekang semua dah canggih, dunia di hujung jari..klik sahaja dah boleh hantar kad raya.  Emiey ingat lagi dulu-dulu selalu akan cuba bagi kad raya kepada kawan-kawan.  Tulis dengan pen macam-macam warna, kalerful & glimmering gitew..pastu sorok-sorok letak bawah meja atau dalam buku kawan.   Rindunyer kenangan di sekolah...


Awal-awal puasa hari tu, ada dua orang sahabat blogger emiey iaitu Aida & AinRaus ada mintak alamat emiey sebab nak bagi kad raya.  Eksaited pulak bila dengar nak dapat kad raya.  Urmmm..masa jalan-jalan shopping raya dengan encik tunang, terjumpa kad hari raya..terus beli jugak.  Jadi, mula lah operasi emiey mengutip adress kawan-kawan, tapi...bukan operasi sangat pun, mintak mana sempat jer.  Yela, emiey masih sibuk lagi dengan tesis dan esaimen, tapi masih tetap nak feelin suasana raya..maka sibuk nak hantar jugak kad raya untuk kawan-kawan.  Pssttt..sampai ada kawan-kawan tanya nak hantar kad kawin ke? ehehe..kad kawin InsyaAllah akan menyusul, alamat-alamat yang ada sekarang ni memang akan disimpan untuk tujuan itu, ehehe =)

ni first batch menggunakan perkhidmatan pos, pasni nak bagi by hand jer.  Tak pe kan..ehehe, sesiapa yang tak dapat jangan merajuk tau..raya raya raya *****


Korang yang emiey mintak alamat tu, sorry tau kalau kad lambat sampai.  Niat di hati hanya ingin memeriahkan suasana...*berkumandang lagu 'Suasana Hari Raya'


Thanks for reading.
Tata~


6 comments:

Titisan Hujan said...

nak gk.t letak kt bwh bantal tau


ehehehe

ruby bieha said...

nk juga nk juga..hehe

Tengku Laurel Adamila said...

Selamat Petang Cikgu! huhu >,<
Wah.Shomeyy kad raya tuh. Follow la sy akak.Dh lama sy follow blog akak ;)

Hans said...

heheh
tahun nih tahun bagi kad raya agaknya
banyak juga saya dapat

caliph shuriken said...

kiut jaa semua kad raya tu, hikk...

padin said...

hehehee da sampai pon, tapi takde plak kad tu kat gambar atas sana