Meh nak jawab

As salam...

Ada satu komen ni dari anonymous, dah lama aku tak approve sebab nak ingatkan diri sendiri supaya buat post mengenai hal ini.  Jom tengok dulu ape komen yang aku terima ni untuk entri yang ni.

sila klik untuk tumbesaran yang sihat :P


Memandangkan ianya dari anonymous, jadi aku terpaksa buat post, sebab tak tahu macam mana nak bagitahu die, ermmm..dan aku berharap dia akan datang baca balik..

Aku ni taklah arif benor dalam hal sebegini, tapi kalau simptom badan lebam, 

1. Ia mungkin disebabkan kura-kura yang satu lagi tu suka memanjat.  Kura-kura ni suka memanjat badan masing-masing, mungkin itu cara kekura ni bermain la kot.  Tapi,kalau ianya kelihatan memudaratkan..baik asingkan dulu kura-kura buat sementara waktu, maksudnya, letakkan dua kura-kura ke dalam dua bekas lain-lain..pisahkan sekejap. 

2.  Mungkin badan kura-kura tu masih lembik dan tidak sesuai dengan perjalanan jauh.  Dulu aku bawak balik Ryan ke kampung (kelantan) masa cengkerang ryan dah keras.  Diingatkan juga, kalau waktu cengkerang kura-kura ni lembik..jangan bagi ianya jatuh banyak kali, boleh memudaratkan kesihatannya. ecececehh..dah macam gaya doktor veterinar pulak >,<"


Apapun, ini hanya pendapat aku sahaja berdasarkan pengalaman yang ada, kalau nak lebih afdal..bawalah kura-kura tu pi jumpa doktor veterinar yang sebenar =)

gambar bersama Ryan masa berhenti di sebuah masjid di Johor,
ada pemandangan laut..very nice view kan ^__^"



Thanks for reading!
Tata~

1 comment: