Curang

As salam...

Curang adalah perkataan yang cukup dekat dalam sesuatu perhubungan pakwe makwe.  Tapi topik yang ingin bincangkan kali ini ialah tidak berkait langsung dengan pakwe mahupun makwe.  Mentang-mentang dah ada tunang terasa lain je sebut pakwe makwe ni.  Kalau orang tanya..."Ini ke pakwe ko?"  senyum sipu-sipu sambil jawab "tak, ni tunang" mula senyum lebar ke telinga.  Eh..baru tunang dah kecoh macam akan kekal sepuluh ribu tahun lagi je.  EH. Mestilah! *suara hati mau nak menang jerrr....

Kepada encik tunang, saya sumpah ingin setia selamanya...meskipun mata ini dah lali menangis dengan alasan orang bercinta..hati ini telah disakiti, uhukk33..hati ini jua selalu membengkak tanpa kembang kuncup bunga-bunga cinta, segala ruangan hati masih terisi cinta. wah333xx..sesekali berblog terus ayat kemain jiwang..kat mana belajar nih?? Tentulah dari kehidupan! *suara hati masih sibuk nak menjawab.

Cukup cukup sudah dengan ayat-ayat pengenalan di atas...kita balik ke topik curang.  Mudah je habaq..."JANGAN CURANG, SEMOGA BAHAGIA BERPANJANGAN" ehehe..boleh buat cogan kata dah ni =)

Tapi kesian kat diri sendiri apabila terpaksa mencurangkan diri terhadap blog lain.  Terhadap blog yer..

Kena siapkan blog sekolah ni la..

simple-simple jer, xleh nak katun katun sangat =)


Sekarang ni aku masih menjalani program Internship, jadi aku terpaksa lah menguruskan beberapa projek.  Bila dok bincang-bincang cari idea nak buat projek ape, tetibe je cikgu ICT sekolah ni suruh aku buat blog sekolah.. jadi, untuk satu lagi projek minor..aku buat la blog yang sesimple mungkin untuk sekolah ni.  Lagi satu, kena adakan bengkel untuk ajar cikgu-cikgu ni cara buat blog, ajar basic je..ehehe.  Ajar cikgu-cikgu ni yang bikin nervous ni..tapi belajar-belajar ni kena santai je kan..so, doakan aku berjaya buat yang terbaik untuk program internship.  InsyaAllah..


p/s : seronok sangat internship ni, banyak benda baru yang dipelajari.
^____^"

3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

dlm hubungan jgn curang.tu je kn kita minta..hehe

padin said...

hehee mesti banyak kenangan jugak kat sekolah tu nanti kan, ekekee

ainraus said...

cepat la kembali pada blog ni emiey! rindu tahu takk?