Gangguan apakah?

As salam....


Semalam tak dapat tidor bila dalam pukul 2 pagi tetibe aku dengar bunyi sesuatu.  Bunyi dari atas maybe atas bumbung ataupun kat atas siling rumah. Pergerakanya dari tingkap dapur dan bergerak ke siling tengah kat tempat aku dan housemate tidor.  Masa tu aku belom tidor lagi jadi cepat-cepat kejutkan housemate.  Dah nama pun pompuan tinggal berdua jer, SOOO SCARYYY!.  Housemate cepat-cepat tepon mamanye.  Tak sangka kira-kira pukul 3 pagi,  mama & abahnya sampai dari Batu Pahat.  Alhamdulillah, hilang sikit ketakutan kitorang.  Antara masa pukul2 dan 3 pagi sebelum parents housemate datang..yang mampu aku buat hanya pasang ayat Quran dari hendset *nasib baik ada simpan koleksi ayat2 Quran untuk digunakan dalam situasi macam ni.  Nak bangun ambik Yasin dalam bilik pun tak berani inikan pulak nak keluar rumah pergi ke rumah tuan rumah kat belakang dengan jarak yang memang kena berlari jugak kalau nak cepat sampai. 


Bunyi kuat tu seakan ada orang berjalan di atas siling rumah..kalau orang tentu roboh siling kannnn.  Kedengaran pulak bunyi anjing yang bukan pesen menyalak kalau nampak orang, tapi bunyi sayup sayupp..Anjing boleh nampak kan...kan kan??  Selama tiga malam sebelum ni, waktu tidur tengah malam..persekitaran rumah tu sunyi dan tenang berlainan dengan apa yang berlaku semalam, bising! aku dan housemate hanya kaku di tempat tidur =.='


Astaghfirullahalazim...Cukuplah dengan kejadian gangguan kali pertama ni, aku dan housemate pasti tak mampu hadapinya lagi kalau ianya berlaku lagi.  Kena cari rumah sewa lain secepat mungkin..hujung minggu sudah pasti kitorang tak nak stay situ dah.




Apa yang bermain di fikiran :  
malam jumaat?
bunyi anjing?
sekiranya orang yang nak menceroboh, apa nasib aku & housemate?



tangkal kuning dalam rumah, ape maksudnyer?


HANYA PADAMU AKU BERLINDUNG DARI GANGGUAN JIN DAN SYAITAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 comments:

kechixx said...

takotnya.,baca quran banyak2 k.,

emieysandra said...

ermm...ok sis! ^___^'

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

time tu laa sume bunyi kuar & otak maen byk andaian...

nabByla said...

huu scarynyaaaa... :O

Cikgu Fikri said...

subhanaAllah kak...
dugaan semua tu..
semoga baik2 sahaja...
rumate sy kena pun teruk gak kak..
moga2 baik2 sahaja..
AMin... :)