garang bila encik tunang sakit

As salam...

Sebelum study week ni, aku kononnya tak nak merayau-rayau dah..nak duduk kat bilik jer nak study sebab sangat gerun memikirkan dua subjek ni.


Tapi pagi jumaat semalam, encik tunang col dan mintak sangat kite datang jenguk die sebab die demam.  Ermm..actually keras kepala jugak taknak pergi and sampai cakap pada encik tunang jangan nak mengada sangat. huhu, aku ni luaran jer nampak lembut tapi tanye encik tunang..kite ni garang. Takpe2, garang sebelum kahwin takpe kann.  Hakikat sebenar memang aku lembut pun, last minute tengahari tu setuju nak pergi KL sebab takut dok kat hostel takleh study memikirkan kesihatan encik tunang, baik tengok depan mata kan.


Rasanya betul la keputusan yang aku buat ni, petang semalam sampai rumah kawan yang encik tunang duduk,  die macam okey lagi tapi pagi tadi dok meracau benda yang mengarut, die kata semalam ada orang hantar burger kat die melalui pintu belakang, kemain marah la aku bila die cerita pagi tu *garang lagikkk yela, rumah flat, tingkat dua macammana orang orang nak hantar kan.



Then, petang tadi ada kawan die datang bawakkan air yassin dan sapu seluruh badan.  Terus encik tunang muntah darah, aku dah takut..tak biasa dengan situasi nih, dah la kawannya suruh aku tepukkan belakang encik tunang masa die muntah.  Urmm, bukanlah tak sayang tapi diri sendiri tak boleh tengok orang muntah, kang laju je hamburkan segala isi perut sendiri.  Aku gagahkan jua tadi, merawat apa yang patut then bagi die makan ubat.  Alhamdulillah sebab lepas tu badan encik tunang dah tak panas dan die dapat tidur, siap berdengkur lagi. 


Ucapan untuk encik tunang : Semoga cepat sembuh, sayang risau tengok abang sakit macam tadi.  Sayang garang sebab abang tu manja sangat. isk isk :P

2 comments:

kinn said...

moga encik tunang emiey cepat sembuh. :)

Ezy Chiaki said...

teruk gak dmamnye smpai meracau camtu..
seram pon ade..
hukhuk