Slot Akasia TV3 - Gemersik Kalbu (Download)

As salam...

Drama yang menggantikan Tentang Dhia sekarang adalah Gemersik Kalbu.  Aku sempat tengok dua episod je kat rumah, sadis betol.  Urmm..aku teringin nak tengok tapi bila kembali ke sekolah belajar ni, malas lak nak layan telebisen ni sedangkan masa untuk berehat pun cukup-cukup ada jerr. Tak lama lagi praktikal lakk.

GEMERSIK KALBU
Aqasha & Ayu Raudhah


 Sinopsis Gemersik Kalbu
 Seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


sumber dan boleh download setiap episod kat sini
->> http://www.perekacerita.com/2012/01/gemersik-kalbutv3.html#ixzz1jMSLlmhq

Yeay! boleh download pastu boleh tengok bebile masa saja >_<"

Aku pernah baca novel ni, jalan ceritanya memang sangat best.  So, amacam pulak lakonan Aqasha & Ayu Raudhah yang menghidupkan drama adaptasi novel ni? 

7 comments:

ainraus said...

okay. ain nak cari novel ni lah! hihihihi. :D
anyway, jom dating!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Novel dia best habis tapi drama dia tak best since Ayu Raudhah yg berlakon. Sebab criteria dia dengan watak tak sama. Lepas tu, dia tak padan bila di gandingkan bersama Aqasha. Konklusinya, Shag tak tengok pun drama ni. HAHA :D

Titisan Hujan said...

owh..dri novel kaaa
bru tau

Anonymous said...

Saya peminat novel tapi boleh terlepas novel nih, sekali terjebak dengan drama..ayu raudah kalau berlakon mesti best..macam drama dari mata arissa ( dari novel kau sayangku ),. Kau laksana Bulan ( kau laksana bulan dan gemersik kalbu...sesuai sangat..masalah peribadi tolak tepi

Aida Azryn said...

nak dibandingkan dengan cte ni dgn tentang dhia.. aida suka cte tentang dhia lagi.. hehe

Cik mama said...

mcm penah bacalaa novel tu....

N'yue said...

nyue pon ada cr novel ini xjumpe..huhuu