Wordless Wednesday #18 : penyu tecikk!!

As salam....



p/s : pergi pangkor pun bawak Ryan..malam last kat sana bawa Ryan keluar jalan-jalan kat pantai & pergi kat kedai sekitar situ.  Ada makcik kat kedai tu tegur...

Makcik :  eh..penyu kecik! mainan ke ni? 
Aku :  ha'ah..gerak sebab pakai bateri je ni.

kemain terkejut die bila tengok Ryan bergerak ngan aktif kat tangan aku ni.

Aku : ni yang betul la mak cik :)

I love taman permainan!

As salam...

Hidup sekarang sangatlah lepak.  Urmm...sedangkan masa cuti ni aku dan rakan-rakan dah diingatkan supaya fikirkan tajuk untuk kajian tindakan oleh pensyarah. Adess..camni la jadi nyer kalau cuti, cuti habis-habisan. ye dak? =)

Okey, kita bercuti dulu! Beberapa hari yang lepas, lepas cari barang dan sambil menunggu seseorang, aku dan bff pergi lepak kat taman permainan dulu.  Ini tempat yang paling suka selain ke pantai =) 

ini bff kiteww..asalnyer ramai lagi, tapi sorang ni je yang ade kat kampung untuk cuti bersama-sama. yang lain? ober-C di dalam Malaysia =.='

yeay! suke hati terlompat-lompat bila nampak ada satu ni je buaian yang tapaknya tak berlopak air. err...korang paham tak maksud ayat ni? huhu.  Kalau datang ke taman permainan, konpem takkan lepaskan peluang untuk main buai.  Macam budak-budak? eh..tak lah. buat awet muda jah. aigooo =p

posing ayu sebelum main gelongsor =p

buai laju-laju...sampai negeri cina, aku nak jumpe dengan putera fariz =.='


p/s : paksa diri menaip entri dalam keadaan yang tak berapa sihat sebab tak nak blog ni menyepi .  Sejak balik dari Pangkor, asyik batuk-batuk dan hari ni lak gastrik + demam.  So, u all sila jaga diri dalam musim hujan ni yer =)

selamat pengantin baru, Kak Na!

As salam...

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari semalam dan terutamanya kepada kak Na.  Majlis kahwinnya cukup meriah dengan sanak saudara.  Walaupun baju aku lari tema dan memang kontra sangat, aku syok jer bergambar.  Hee :D

bertemakan warna biru yang cukup menenangkan :)

 bersama pengantin! tengok..hijau biru xleh ngam nih. hehe :P

kejap je dah dapat anak dalam majlis orang nih. haihhh :D

Hah..anak makin bertambah =.=' *padahal malu nak posing sorang-sorang atas pelamin tu.  Actually, dalam majlis ni aku keseorangan sebab ma nak balik cepat sebab ada hal dan pengantin lelaki memang sampai lambat kat rumah pompuan.  So, pandai-pandai je la aku bawak diri dengan keluarga rapat mak saudara ni.  (Pengantin adalah anak saudara kepada makcik yang kahwin dengan adik abah) =)

 semua pakai baju biru! cantik lah buat macam ni..senang nak cam saudara pengantin =)

yang ni pun sepupu pengantin, dah lama kenal dan die jugak satu kos pengajian dengan aku tapi dari maktab kat penang =)

p/s : ada kebaikkan juga menghadiri majlis kahwin ni tau. Bagi yang masih bujang boleh tengok daya penarik serta kelemahan dalam sesuatu majlis tersebut dan buat iktibar untuk merancang majlis sendiri.  Menjadi raja sehari amat bermakna buat semua orang dan pasti mengimpikan majlis yang sempurna.  Tol kan? =)

Percutian yang sangat menyeronokkan..

As salam....

Sangat seronok bermalas-malasan kat rumah manis rumah ni ;) Tambahan lak kat kelantan ni asyik hujan jer, best la asyik nak tidor je kan *haishh, tak senonoh tol la anak dara zaman sekarang ni kan =.=' 


Sebelum balik Kelantan, sempat juga aku berpoya-poya ke Pangkor.  Ehehe, buah hati tersayang yang ajak mana boleh tolak kan.  Tak rugi lah ikut sebab boleh cuba macam-macam game air yang menarik. Masa bercuti ni sangat best sebab diisi dengan game-game yang menarik ni dan yang tak pernah aku cuba lagi.  Let's cekidaut apa yang aku buat masa kat Pangkor ni.


Sebaik je sampai kat Lumut, makan kat kawasan tu jap.  ada char kue teow, cendol dan jugak ABC :)

dah siap makan, menuju ke jeti untuk naik feri.  here we come Pulau Pangkor!  Kitorang menginap di Teluk Nipah.  Itu yang dicadangkan oleh kenalan si die sebab satu tempat iaitu Pasir Bogak lebih banyak tempat untuk bersosial dan lebih sesuai untuk pelancong luar negara serta bukan Islam :)


Yeah! badan nampak besar..hakikatnye berat tak bertambah pun =.='. Hee :D first time mencuba aktiviti snorkelling.  Mula-mula takut, lepas tu makin teruja sebab dapat tengok ikan yang cantik-cantik dekat dengan tangan ni bila aku pegang roti untuk menarik ikan-ikan tu datang.  


Terumbu karang pun ada tapi dah tak cantik mungkin kesan daripada aktiviti mencari gamat di dasar lautan tu.  Ehehe..tenkiyu untuk si die sebab bagi aku tumpang tarik tali kat life jacket tuu.  Sebabnya, tak de keberanian nak berenang sendiri, dah la ramai orang kat situ kang aku terlanggar kaki orang lak, tak pun jauh terpesong dari kumpulan kitorang , kesian kat aku kannn :D


Seterusnya, bermain-main berenang di tepian pantai....

Ini geng mandi saya, eh eh..idok ler :P


Kalau setakat mandi, kat mana-mana pantai ataupun tempat rekreasi lain pun leh mandi ag kan. Jadi, aku tak lepaskan peluang main game yang ada kat sini.  Mula-mula main kayak, yang ni aku dah biasa tapi takla expert sangat.  


Kemudian naik belon air, rujuk gambar kat atas & jangan gelak dengan gelaran yang aku bagi.  siyes, aku lupe nama benda ni.  Anyone knows? 
 kita akan dibawa membelah ombak serta melompat-lompat di atas ombak tu, urmmm..tol ke description aku ni. sorry again *innocent face :D Dipendekkan cerita, ianya sesuai untuk lelaki.  Eh..ingat aku tak berani k? sume aku try..ehehe.
 
merempit di lautan :)

Yang best..main jetski.  Err..jangan harapkan aku yang bawak jetski tu,  mestilah si die.  Dan yang paling best itu first time die bawak jetski.  wuuu..Ini baru betul nak bagi ayat "ku serahkan nyawaku kepadamu" ehehe.   


Part yang paling best adalah makanan laut kat sana! yummy yummy :)

ikan siakap tiga rasa.  Makanan laut yang ni je snap..yang lain-lain macam sotong bakar, ikan jenahak bakar, kerang bakar & kerang rebus pun sangat yummy! :)


 makan tengahari, nasi ayam pun yummy!

yang ni, si die yang try..laksa goreng! camni la rupanyer laksa goreng :D


Kemudian, shopping time!

abaikan muke masing-masing mintak sumbat dengan udang kering tu. huhu, masing-masing dah penat dok main air tapi kuatkan juga kaki melangkah untuk mencari sedikit barang sebagai buah tangan kepada keluarga.  Macam-macam ada, ase nak beli semua je.  Tapi, aku just capai sate ikan, kopok udang, kopok mentah, ikan bilis dan udang kering :)


p/s :  banyak lagi gambar tapi untuk memendekkan entri, kasi cerita padat jer dulu.  Gambar-gambar akan di upload di mukabuku :)

rindu blog!

As salam...

Genap seminggu aku tak mengupdate apa-apa di sini.  Usahkan mengupdate, jenguk pun tidak.  Uwaa...terasa rindu sangat-sangat nak berbelog.  Alhamdulillah, exam bagi semester 6 dah berakhir, beberapa masalah pun dah selesai dan percutian pun dah berakhir namun memori terindah akan kekal di ingatan ;)


Rasa rileks dan tenang sangat berada di tempat yang indah dan damai ni ;)

p/s : update seterusnya pasti akan menyusul ^_^

Sem 6 sudah berakhir :D

As salam...

Alhamdulillah, berakhirnya exam tadi maka berakhirlah  semester 6! tinggal dua sem je lagi nak habiskan pengajian dan menjadi seorang guru! ehehe..tak sabar untuk keluar dari maktab sebenarnya. Lima tahun setengah adalah masa yang sangat lama dan sekarang baru habis empat tahun setengah.  Seronok untuk menjadi guru tapi terikat sebagai pelajar sangat bosan. aduishhh TERjujur la pulak kali ni =.='

 
peace! gambo terlebih tumbesaran..eksaited! :P

p/s : penat..baru lepas kemas bilik ;)

Wordless Wednesday #17 : how to study when.....

As salam....


p/s : xleh nk fokus :(

Wordless Wednesday #16 : Tak sabar!

As salam...


 p/s : tak sabar tunggu 5.00 petang esok!! ^_^

barbie doll vs doraemon.

As salam...
Tengah malam macam ni hanya mampu menikmati biskut gula cicah air kopi, sedap.  Alhamdulillah.  Lega pula bila bilik ni dah makin kosong, hari jumaat ni dah kena kosongkan bilik.  Buku-buku dan nota-nota yang terkumpul selama empat tahun setengah kat sini memang semakin berat.  Tak termasuk segala jenis baju halal harem.  Huhu :D

Tetibe je rasa nak tengok benda cantik, dan terus terfikirkan barbie dolls. 







Comel kan semuanye.  Sejarah barbie doll boleh baca kat sini.  Dulu masa kecik-kecik tak pernah ada kesempatan nak main barbie doll ni.  Tapi aku ada patung doraemon, dulu la..masa tecik tecik comel melebihi sekarang ni >_<" sayang sangat kat doraemon tu =)


gambar tercomel :p

alang-alang dah sebut pasal doraemon, mai kita nyanyi sekali.
Konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na

(hai! takekoputaa!)

AN.. AN.. AN..
tottemo daisuki..
DORAEMON...

alih ke bahasa Melayu pula:P

Pada Suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor Makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat (Doraemonnya marah nih kalo tau dibilang bulat...)
Suka makan kuih donat (haaahhh... DONAT??)
Bila nampak tikus ia melompat (Makin marah lagi neh doraemon... )

Nobita ketawa sambil berkata:
(“aik?! takut tikus ke?”) ========> apa coba??

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON…

p/s : mood kanak-kanak riang.

Refleksologi

As salam...

Definisi Refleksologi.

"Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini."
sumber : sini


Petang tadi meluangkan sedikit masa ke satu kawasan dalam kampus.  Ada satu kawasan refleksogi, err..betol la kan? ada batu-batu kecil yang bila kita jalan kat atasnye tanpa berselipar mahupun berkasut, akan membantu perjalanan darah berjalan lancar sekaligus mengurangkan tekanan dalam diri kita.  Elok sangat untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan macam aku ni. 

ini tempatnya, oh maktabku tercinta =)

motif gambar? jalan tanpa selipar la baru berkesan, jangan takut sakit, ianya baik untuk kesihatan.
 
p/s : menaip dengan cepat kerana berhasrat untuk tidor awal. esok paper Penilaian dan Pentaksiran (PRA 3111). Saya nak jawab dengan baik, u all semua doakan saya yer! =)

Permulaan.

As salam...

Sambil melayan perut berlagu pilu ni, nak update blog la kejap.  Actually semalam exsaited lak bila ada akak senior mengetag gambar beliau yang ayu jelita tu, khusus nak ditunjukkan pada aku.  Dan ceritanya bermula begini apabila  aku mendapat mesej dari beliau...

kak Ja : mira pandai mekap x? 

Aku      : ermm..boleh la sikit-sikit. nape kak? 

kak Ja :esok leh contengkan muka akak x? ade dinner batch ;)

leh kurang macam tu la isi kandungan mesej tu.  *mira = panggilan kawan-kawan ipg

Aku dah nerves ni, sebelum ni mekapkan classmate je.  Kalau buruk pun kite-kite je yang tahu.  Ini akak senior yang mintak..nak pergi dinner batch lak tu, event penting tuu.   Fikir punye fikir, berat gak la..namun, aku setuju, ala..setakat conteng je kan :P
 
Aku : baiklah kak =)



Dan hasilnya..alhamdulillah, memuaskan.  

ini Kak Ja yang ayu jelita tu =)

Gambar ni senang-senang je aku cilok kat facebook kak Ja. Sory yer kak Ja.  ehehe macam puteri Arab x? tema dinner diorang adalah Hikayat Seribu Malam iaitu Arabic la, Kak Ja pun minta aku siapkan die pakai shawl, jadi aku siapkan ala-ala puteri gitu =)

Kebelakangan ni, aku jadi sangat minat dalam bidang andaman ni.  Mungkin disebabkan sokongan dari kawan-kawan.  Jadi, aku ingat nak ambik kursus mekap time cuti ni tapi nak yang dekat-dekat dengan rumah je.  

Baiklah, aku ada tanya kawan satu sekolah dulu.  Dia mak andam dan boleh je nak buat bengkel belajar mekap tapi nak seramai 15 orang dan bayaran pula RM50.  okey kan.  Jadi sesiapa yang tinggal kat Kelantan dan dekat dengan bandar Machang tu berminat untuk join bengkel ni boleh bagitahu kat sini ataupun add my facebook terus =)

p/s :  Ini hanyalah sebagai permulaan, aku rasa minat aku ke arah ni jadi apa salahnya aku pupukkan lagi.  ye dop? 

Doa menghadapi peperiksaan.

As salam...

Sebelum tidur, sempat lagi aku menjenguk ke blog.  Yela, kalau nak study 24jam memang tak la kan..ehehe.  Sedang dok melawat ke beberapa profile facebook member, terjumpa link yang dikongsi mengenai doa menghadapi peperiksaan.  Jadi, benda baik dan sangat berguna ini nak aku kongsikan bersama kat sini. 





p/s : Kalau gambar tak berapa nak jelas, boleh la klik link tu..ade banyak lagi doa-doa yang berkaitan.  Gudluck pada semua yang nak menduduki peperiksaan.  Semoge kita dipermudahkan urusan dengan izinNya  :)

kampung vs bandar.

As salam...

Malam yang indah syahdu, sedang aku ditemani buku-buku comel ni teringat lak kampung halaman.  Yup, aku anak orang kampung dan sangatlah bertuah sebab dilahirkan kat kampung yang penuh kehijauan, sejuk..dan tak panas macam kat bandar ni.  Bila duduk jauh dari keluarga ni, terus dihantar belajar ke kawasan bandar.  Memang banyak perbezaan antara kampung dan bandar.  Tapi aku tertarik nak cerita dua hal ni je iaitu  Lintah & ikan keli.  


Lintah.  
Sejenis haiwan yang memakan darah kotor.  Dijual lima hengget seekor untuk buat rawatan lintah membuang darah kotor.  Kalau buat kat tempat perubatan dan orang kat situ yang buat, 10 hengget seekor.  Errr...kat bendang a.k.a. sawah depan rumah aku berlambak lintah lintah ni, ehehe...no need to pay la =.='



Ikan Keli.
Masa musim hujan kat hujung-hujung tahun tu,  abah suka tangkap ikan kat sawah atau sungai yang dekat ngan rumah.  Antara ikan yang femes ditangkap ialah haruan, ikan keli dan puyu!  Ikan-ikan tu digaring dengan garingnya memang sedap dimakan. Itu semua masa kecik-kecik, tapi sekarang aku tak leh makan da semua ikan tu tambahan lak bila mai duk bandar Melaka seekor ikan keli goreng berharga RM2, kalau besau sikit RM2.50..xsampai hati lak nak makan. Kalau suruh abah tangkap, ehehe.. no need to pay la =.='

pemandangan kampung aku, camni la..ade view bukit berkabus-kabus gitu..subhanallah, cantik kan :)



p/s : actually nak letak gambar tapi lemah semangat tol tengok gambar lintah-lintah yang montoxss kat google tu, terus rasa nak termuntah.  Siapa nak tengok gambar lintah boleh google sendiri, kalau nk tengok secara live, mai bilik aku.  huhu..rumet ade bela untuk diberi pada kawannya yang nak buat rawatan lintah kat muka :)

exam.

As salam...



Here come..musim yang dinanti, exam pastu cuti! musim yang dinanti merujuk kepada CUTI, ehehe.  Do pray for me, moga senang nak ulangkaji (rajin++++) dan dipermudahkan untuk jawab exam nanti. amiin :)


alhamdulillah :D

As salam...

Tengahari tadi, panas terik kat Melaka ni. Sampaikan aku TERmengeluh sorang-sorang, ala..macam la korang tak pernah buat kan.  Erm, suke sangat mengeluh.  Bila panas..mengeluh, bila hujan lebat pun mengeluh sebab tak dapat keluar rumah.  Inilah sikap manusia, bukan nak kata orang lain tapi aku jugak :P

Allah turunkan hujan lebat, kemudian Allah bagi panas terik ada sebabnya.  Untuk tanaman serta makhluk ciptaan Allah yang lain.  Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya :)

Sepatutnya kita bersyukur kerana dapat masih dapat merasai kesejukkan dan syoknya tidur dalam selimut tebal, merasai kepuasan bila makan air batu campur tika panas terik..kita masih bernyawa untuk merasai semua tu. :)


Daripada terus mengeluh, baiklah kita memikirkan nikmat yang diperolehi di sebalik semua tu.  Pasti hidup lebih bahagia! :)

p/s : entri sesuke di kala kepala masih sakit kesan dok berjaga tiga malam berturut-turut.  Namun, alhamdulilah, sakit ku apalah sangat jika dibandingkan dengan derita insan yang baru melihat dunia ni.

raya..raya..raya

As salam...

Semua orang dok citer pasal raya raya raya. Yela, hari ni kan raya kedua..esok raya ketiga..keempat..kelima, keenam...ketujuhh...nah ko sambung kira lak :P 

Baiklah, memandangkan aku tidak pulang beraya di kampung bersama keluarga tersayang. Kalau balik, sudah pasti dapat makan rendang ketupat aneka juadah dan makanan feveret time hari raya iatu sate dari air tangan ibu sendiri .  Itu yang rugi, memang rugi *tepuk dahi..lembuuu =.='

Cuti tiga hari yang diberikan tu yang buatkan aku dilema, Keliru  bak kata Nurul & Ajai..Bila tanya ma, ma kata tak pela..tiga hari je, balik buat penat je.  Memang, ingat Melaka - Kelantan ni dekat k? 

Ingat ade orang ke akan biarkan aku raya sorang-sorang kat asrama ni, memang..si die tak benarkan, maka berangkatlah kami ke rumah ma saudaranya kat Kajang.  Seronok beronok-ronok sebab dapat pergi sembahyang sunat hari raya, terkenang la suasana sembahyang hari raya di masjid kat kampung.  Bezanya, masjid kat kampung ada jamuan hari raya, tapi kat situ takde..*pikiaq melantakk je keje..hakuu =.='

bagai pinang diketuk-ketuk, hee :D


 bergambar bersama family acik :)

pulang ke pangkal jalan..wuwuuu, warna baju kutub utara kutub selatan betul sebab masing-masing berkeras nak pakai baju raya pilihan masing-masing.  Takpe takpe..tetap comel kan =.=' plus dengan style songkok tu, leh jadik pakcik upin ipin daa :P


Beraya di perantauan.

As salam....


Ini kali pertama aku tak pulang ke kampung masa raya..wuu, sedih :(




Tapi nasib baik ma izinkan aku beraya di rumah sedara si die.  Dapat juga aku merasai suasana hari raya apabila pergi ke masjid untuk menunaikan solat unat hari raya dan makan juadah yang lazat-lazat.  Terima kasih kepada si die dan selamat hari raya ke kepada semua!

Spontaneous Thursday #7 : Wanita.

As salam...

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Spontaneous Thursday #6 : Care my love care my heart

As salam...

Abg kn sllu d hati syg, klu abg sakit..cmne nk duk dlm hati syg..abis sume organ dalaman syg merebak dgn sakit abg tu. So, please jge diri leklok s'umpama jaga kesihatan hati syg gak ♥

Wordless Wednesday #15 : dinner at Hotel Seri Costa

As salam...
 
Perempuan Melayu

 duduk Perempuan Melayu..harus sopan :)

 tayang handbag
p/s : love u so much Preschool of Roxs!

senyum 1.11.11

As salam...

1.11.11 tarikh yang cantik..very nice nice, tak mahu pulak aku lepaskan peluang mengupdate entri.  Padahal  otak kosong, hati pun kosong yang terisi senyum.  ada ape? ada gula..weee, manis pulak rasenyer ayat ni =.='

Ada apa pula dengan tarikh hari ni, selain cantik nice nice tu.  Siapa yang kahwin hari ni, semoga selamat berbahagia :)
Hari ni ada satu program penting iaitu Bina Insan Guru dengan tajuk Protokol dan diadakan kat hotel lak tu.  So, the first thing is pakaian la.  Tak pela, aku pakai yang ada je la.  Baju raya raya raya yang lepas je..nak tengok? 

baju ni yang ada menepati piawaian yang ditetapkan..yang tang shawl tu dah tak lulus, urmm..jadi aku sarung je la apa yang ada nanti.  Okey tak? senyum tu dah memang konpem lulus, kena bawa sekali :P

Tadi jugak aku mencuba aktiviti baru. tweet tweet! haha..memang aku lambat giler ikut perkembangan..dari dulu buat twitter tapi malas plus tak reti jadi aku biar macam tu je.  Eh, kalau korang sudi mai la kite bertweet kat sini, yang jauh dirapat-rapatkan :)

pink tu pasti :)