Hari ni hari dia.

As salam...
 
Hari ni hari dia..esok lusa mungkin hari kita pula.  Kebelakangan ni banyak sangat cerita sedih menimpa kawan-kawan di sekeliling aku.  Terlibat dalam kemalangan, sakit serta kehilangan kedua orang tua dalam masa yang sama.  Sedih.  Aku cuma mampu bersimpati dan menyumbangkan apa yang termampu termasuklah doa seikhlas dari hati.  Sayu melihat orang sedang bersedih dengan nasib yang menimpa.  Tak dapat nak dibayangkan kalau itu semua terjadi pada diri sendiri.  


Semua dugaan pasti menjadikan diri seseorang itu kuat.  Aku serta semua yang hanya mampu memandang kesayuan haruslah ingat ini juga sebagai peringatan kepada diri.  Takziah kepada mereka. 

p/s : takziah kepada rakan satu batch yang kehilangan kedua orang tua yang disebabkan kes langgar lari. boleh baca sini.

p/s : Petang tadi juga sempat melawat seorang classmate di hospital. Alhamdulillah, hampir satu kelas pi melawat, jadi cepat-cepat la sembuh kawan! :)

p/s : jangan lupa yang ni jugak. DOA UNTUK IBU BAPA, mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita walau di mana kita berada.



Wordless Wednesday #9 : specky?

As salam...


 pelik semacam..dua macam..tiga macammmmmmmmmmm :P

cakkkkkkkkkkk! ololooooooo..haschuuum!

^_^

Ryan & Rara

As salam...

Yeay! suke sangat sebab sekarang dah ade kesayangan baru sehinggakan si die pun jeles.  Asal gayut (sembang melalui tepon :P) mesti tanya Ryan & Rara buat ape?  Yang comelnye, si die akan cerita la Ryan & Rara tu buat ape.  Ryan si aktif yang suka gerak-gerak.  Rara pula si betina yang pemalu macam sayang la, itu si die yang kata.. auwww~

Opps! mesti korang tertanya-tanya apa yang aku dok membebel ni.  Sapa Ryan? Sape Rara? sebenarnya ini lanjutan dari entri ni dan entri ni.  Ryan & Rara adalah nama untuk kure-kure tecitt kesayangan hamba. ehehe, okey tak nama ni? :)

Actually, aku dok berangan akan ada seekor je kura-kura tecitt, tapi si die belikan sepasang.  Nama yang aku dok pikir-pikirkan sebelum ni adalah Rara.  sebab banyak sangat 'ra' dalam hidup aku ni.

emieysandra = nama dalam dunia blogger.  myra = nama panggilan di kalangan kawan-kawan masa belajar ni.  Kura-kura = kesayangan baru yang aku ada sekarang.  Cer kira berapa 'ra' yang ada, ehehe. dipendekkan jadi Rara je la :)

Itu untuk nama betina, untuk nama jantan lak malas aku nak pikir jadi aku serahkan pada si die untuk memikirkannya, yang penting mesti ada match la dengan nama Rara.
 si baju biru adalah gambar dari pakcik Google. tipu. jangan caya. HAHA.


Akhirnya, si jantan selamat dinamakan Ryan.  ala-ala oberC gitew, baru style kan. ngeee >_<"


Rara si betina adalah pasangan kepada Ryan si jantan. erkkk..terlebih sudaaa ;P


i just want u know that i'm really happy. smiling for u :D

Surprise itu sangat membahagiakan.

As salam...

Aku suka bila dapat kejutan.  Lebih-lebih lagi kejutan yang sangat romantis.  Contohnya, bila keluar dengan si die..

Si dia    : abang nak pergi tandas jap.
Aku       : okeyh, jangan lama-lama tau.

Lama menunggu, tengok depan..kiri kanan, asing..muka yang orang disayangi tak muncul tiba. Tunduk. sedang ambik feeling nak merajuk.. *sampai hati dia..bla bla bola masuk bakul..khairulfahmi sumbat gol..bla bla..dan bla bla lagi.

Tiba-tiba...
Si dia   : tadaaaa! sayang..
Aku      : errr..nape beli ni, tak gitau pun..tenkiyu
Si dia   : abang tahu sayang suka makan KFC. jom makan.

padahal tak lapar terus jadi NAK MAKAN BANYAK-BANYAKKKK ehehehe.  romantis tak? err..i mean, ianya lain..dia boleh je bawak aku pergi restoran KFC & makan sama-sama tapi dia nak jugak buat aku tertunggu-tunggu sampai aku rasa nak marah then datang dengan membawa apa yang aku suka.  It suwit for me :)

 gambar comel untuk menunjukkan perasaan sedang comel. erkk~


Story kedua yang nak paling diutamakan dalam entri ni. 
Hari ahad, aku dan si dia keluar sama-sama.  Petang tu kena aku bergegas balik sebab kena masuk asrama sebelum pukul 7.  Terus lupa plan nak pergi kedai nak beli tu sama-sama. Aku tahu dia pun penat sebab banyak kerja hari tu.  Tapi, tak disangka lepas aku dah siap-siap mandi kemas bilik dia pun col dan bagitahu

"Abang dah beli kura-kura kecik tu untuk sayang..."

Memang aku menjerit hentak-hentak kaki sebab aku memang langsung tak ingat hal ni tapi dia ingat dan berusaha jugak untuk dapatkan kura-kura tu untuk aku.  So, buat masa ni dia akan jadi penjaga untuk kura-kura tecit tu.  Dan aku dibiarkan memendam rasa dengar die dok citer pasal kura-kura tecittt tu sebab hujung minggu baru boleh jumpa.

gambar yang di post oleh si die, with the caption 'Masih malu2 dengan tuan baru..'.
Err, it's mine la..huhu.


Tak sabar nak ambik kesayanganku tu.  Harap sangat dia jaga leklok sebab aku risau si die kan lelaki, boleh ke jaga bende-bende yang leceh macam kura-kura tu.  Tak pe, think positive, aku percaya pada keupayaan si die :)


p/s : buleh x nk visible entri nih daripada si die? macam banyak je puji si die ni. errr.. =.="

Impian hampir menjadi kenyataan.

As salam...

Masih ingat entri yang ni?





 milikku tapi bukan di sisiku lagi.
menghitung detik waktu.
sabar.
mula merindu pada kesayanganku yang jauh.

happy :D


p/s : bersyukur padaMu atas apa yang miliki sekarang.

"First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"

As salam...

Dah lama tak join contest, tapi sekali sekala mencuba nasib apa salahnya kan..contest ni aku jumpe masa pi jenguk blog sis intan.  Rupanyer dia salah seorang penganjur contest ni.  Ada masa sehari je lagi untuk join contest ni.  Harap-harap la ada tuah :)




Kalau sesiapa nak join, cepat-cepat terjah entri ni okeyh.

Kalau bertuah untuk aku menang, aku nak domain
 
Domain setahun tajaan Intan Nur Fateha x 1 Pemenang

Domain setahun tajaan Tengku Nizam x 2 Pemenang


Sebab?

Aku antara dua nak pakai domain @ tak, tapi kalau menang itu maksudnyer memang dah sampai masanya aku pakai domain..kalau tak menang, tunggu la pintu hatiku terbukak betul-betul, sesiyes mungkin untuk pakai domain. okeyh?



p/s : bahagia sangat bila impian sudah hampir jadi kenyataan :)


Bini-biniku Gangster

As salam...

Bini biniku Gangster memang best! ehehe..nak pulak kalau tengok dengan orang tersayang. ehem ehem..Aku kategori yang slow gak bab wayang ni, tapi kali ni aku pi tengok citer yang panas-panas baru kuar. maju maju...erkkk =.='

Shaheizy Sam + Yana Samsudin + Intan Ladyana, semua best la dan aku paling suka watak Yana Samsudin, memang menjadi la die pegang peranan die sebagai isteri mithali & Kak Yong yang brutal dalam masa yang sama.  Yana & Shaheizy Sam dalam citer ni sangat-sangat sweet!

suke dialog ni..
"Abang kat mana?"

"urmmm..dalam hati anje"

comel sangat diorang ni. Intan Ladyana nih nampak je ayu lemah gemalai camtu, rupanye gengster gak..

yang ni? errr...
si die cakap gambar aku yang ni macam Supermak, citer ape pun aku tak tahu tu. Btw, pakai baju kurung g tengok wayang..ayu kan?ehehe..mekasih! *pang sedasss baru sedar diri diri sikit =.="

HAPPY BIRTHDAY KAKAK!

As salam...




Selamat Hari Lahir Kak Izma
yang ke.............................?
kek telah diconteng..aiyayayaaaa

baru perasan, dah lama xambik gambar..ni gambar tahun bila daa ;p

ucapan : 
Semoga happy sokmo di samping keluarga serta teman-teman tersayang, dapat menghabiskan pengajian dengan jayanya dan cepat..and the most important, moga cepat dapat jodoh yang baikkkkkk. aminnn!

kerana jarak dan waktu memisahkan, hadiah postpone dulu ea ^_^
macam la jauh sangat, esok beraya sama-sama kan *moge-moge la tak jumpe. haha =.="

Wordless Wednesday #8 : bunga-bunga cinta

As salam...

with ieda


credit to Chombi & kak Lai jugak :)
p/s : mood = bercintalah!


Program BIG di SK Chabau

As salam..

 menggediks dengan pagar :D


 gambar kenangan..

cikgu : tembikai tu rasa ape?
murid-murid : manissssssssssssss.

snap!

 khusyuk jadi penjaga check point, haa..meh cikgu nak ikat :D


love this pic! alam kehijauan ~



Actually entri kedua selepas draft post pasal yang dah hampir siap lesap begitu saja disebabkan kes ragut entri sendiri yang telah berlaku. Maka aku penuhi dengan gambar dan sedikit caption je la eh.  Takde mood nak citer daaaa >.<"


p/s : gambar skima penuh keprofesionalisme simpan nak masukkan di bahagian lampiran. #eh, bukan kat atas tu dah skima ke? erkkkk! ;p

tak mahu kehilangan blog

As salam...

Terima kasih kepada ayuyu kerana menyedarkan aku bahawa aku sangat MALAS mengupdate blog sekarang.  Ya, sangat malas...entri selama beberapa hari lepas aku biarkan macam tu.  Tapi kan hari sabtu lepas balik dating..aku nak update tau.  Siyes, sebenar-benarnya tapi dok syok upload gambar..syok bebenar sampai pening dok tengok mende alah (loading) tu dok pusing-pusing.  Pusing-pusing bak merry go round, merry go round pun leh bajet bila berhenti tau, tapi yang ni tak ;p


Okey, semalam pun aku nak siapkan entri yang draft hari sabtu tu la. Tengok, aku berusaha jugak nih..tapi aku semalam aku terlebih rajin, nak delete entri pada blog lain, bukak tab kat atas tu banyak sangat then entri post di dunia emieysandra pulak yang aku delete. 25 post lak tu termasuk draft Memang gelabah tak menang tangan sebab otak tak leh pikir nak buat camne.  Tapi nasib baik lah aku cepat relax dan bertenang tendang akhirnya aku teringat yang aku ada download full template sebab ada niat nak edit blog sebelum ni.  Alhamdulillah, di saat Kelantan meraih kemenangan 4-0 aku juga sangat bersyukur latest entri terselamat. ehehe ;)


alang-alang bersemangat buat entrri nih, tempek gamba sekali, walaupun gambar ni memang banyak tak kena..err..memang banyak la =.="



p/s : ade 2 draft entri yang 85% siap yang tak dapat diselamatkan.  taip balik, cerita balik adalah membuat dua kali kerja yang memang aku tak berapa gemar..kalau  hati aku ni tabah dan cekal..adalah dua entri tu. fuuuu~~

Jom tengok tanya sama pokok itulah sayang :P

As salam...

Jemput tengok jemput tengok yer semua..


itu semua classmates kite
itu kelas muzik kite punyer
itu alat-alat muzik yang kite punyer maktab punyer
muahahaaa...


Lagu : Tanya Sama Pokok
Itulah Sayang




p/s : Latihan alat perkusi, praktis x sampai sejam..lecturer nk record da. Inilah hasilnya, jangan tutup telinga tauuuu! :P
eh..jangan cari kite tau sebab kite dok demam hachuum hachumm hari tu maka kite dok menyorok belakang kawan je. haha..apasal gedix semacam je entri ni. okbai!


Eh..raya lagi kew??

As salam...

Eh, raya lagi keww? opkos la masih beraya kan..bukan satu dua tiga hari je raya tapi tigapuloh hari..sebulan tuu, ehehe.  Tapi, bila dah balik ke Melaka, meneruskan hidup dengan rutin pagi ke kelas sampai petang malam buat perah otak buat assignment, hari raya makin dilupakan. Tak la lupa terus, tapi sangat sibuk la dengan assignment serta latihan untuk amali muzik tak lama lagi.  Bukan senang nak jadi senang ni, itulah yang selalu diungkapkan. Yela, orang lain nampak jadi cikgu ni senang dan terjamin tapi BUKAN SENANG tau!

Minggu lepas sempat la pergi beraya rumah pensyarah.  Memandangkan aku takde alat nak tekan-tekan snap gambo (*tulih kamera je la woih ;p ) jadi aku minta gambar dengan kawan-kawan je..tu pun  tak banyak. Plus, sesuko hati je la watermark sendiri. huhu =.="
cenyum cenyum cenyum..maneh aih ;p
 

HA HA HA HA..jom bertolak!

candid! terserlah kemeriahan hari raya ;)

motif?! he wants me..lol. ish budak tecit ni.

now, fokus kat budak tecit ni. riak muke puas hati giler dapat dok atas riba aku..haha (sedikit info : budak tecit ni anak pensyarah, memang dia suka ambik gambar dengan pelbagai reaksi muka. comel kan. Ini entri masa 1st time jumpe budak tecit comel ni)


Wordless Wednesday #7 : Raya lagik!



p/s : budak tu sgt comel (atas ribaanku, eh..sorang je budak dalam pic k-2 tu kan..kan? haha) kecik-kecik dah pandai buat muke mase ambik gambar ;p

small tortoise!

As salam...

Semalam pergi beraya rumah lecturer muzik.  Pergi makan-makan jer.  Kalau dapat gambar dari kawan-kawan nanti, nanti aku buat cerita pergi beraya tu eh sebab sekarang aku nak cerita pasal small tortoise!  Tahukah kawan-kawan apa itu small tortoise? err..soalan macam ni pun buleh ;p

small tortoise mesti lah kura-kura kecik! haha..
ololo..tomeinyerr.


Okey, sambung cerita balik.  Kat rumah pensyarah tu die bela dua ekor small tortoise ni, opkos la jantan dan betina.  Bila anak pensyarah tu keluarkan kura-kura tu cepat-cepat aku ambik nak pegang jugak.  Bila aku pegang then rasa kaki-kaki kura-kura gerak di atas tapak tanganku ini aku terus rasa....dah jatuh sayang pada natang ni!!!  Please..nak jugak. nak jugak =.="


Actually, aku sangat takut untuk bela binatang sebab aku takut aku cuai dan akan mengakibatkan aku kehilangan binatang tu.  Aku tak nak, mesti aku akan sedih giler nanti.  Tapi, bila pegang kura-kura kecil ni..keinginan aku benar-benar kuat untuk memilikinya hingga aku sanggup berazam sekiranya aku dapat binatang ni, aku akan bela binatang ni sebaik mungkin, ya sebaik mungkin!


Oleh itu, sebagai persediaan awal aku nak tanya dulu kepada sesiapa memiliki ataupun ada pengalaman menjaga kura-kura kecil ni.  Okey, kita mulakan sekarang..anyone? leh tinggalkan respon di ruangan komen eh ;)  Rasenya one of my classmate pun ada jugak yang bela benda ni, nanti nak pergi tanya die la.  Itu persediaan awal dan langkah seterusnya ialah membeli natang ni.  Ada masa nanti nak pergi cari.


p/s : Siyes, aku nak sangat-sangat.  Tak pernah rasa semangat camni.

Saya dah sihat!

As salam...

Subhanallah, cantiknye pemandangan malam dari tingkap bilikku ini.  Tenangnya malam, setenangnya hatiku setelah menyiapkan satu esaimen tertunggak.  Sekarang dah bereh! eh, tak amarika la buat esaimen malam minggu. *eleh, jeles lettew kite rajin yaw..padahal..errr ;p

Hari tu kan aku tak berapa sihat, tapi sedaya mungkin jugak aku kena berlagak baik sebab aku kan dah besar! wuwuwuuu..family jauh, datang sini banyak pulak tanggungjawab yang aku pikul kan *tacing limosaat


tapi, dengan tertayang nyer pic di bawah ini, telah membuktikan bahawa..

AKU DAH SIHAT!
*alhamdulillah :)

takkan satu gambar je kot??~










taraa....

saje bagi gambar tak clear plus kecik size agar korang tak dapat dosa mengutuk aku..ngeh3. tapi tidakkah korang dapat merasai aura keceriaan tersembul di pipi-pipiku dalam pic ni? ade kan? gud!



ehehe..ni sesaje je masa nak test liquid eyeliner *oit, jangan dok tengok mata aku sebab ianya comot. siyes! =.="  Tak suka pakai liquid eyeliner, leceh..nak pakai kena berhati-hati sangat, aku mana reti..main langgar je pagi-pagi lorat aih nak pi kelas.  



p/s : Ampunkan gambar yang tak cantik.  Cepat salahkan handset yang makin 'sakit teruk' ni sekaligus berdoa jua ia akan segera bertukar jadi hitamberi (baca blackbery) >.<"  lagipun, xde niat pun nak upload dalam blog.  Tapi bila dah upload ni, jadilah satu entri daripada tak berupdate langsung..ye dop?

GERAM!

As salam...

Seharian tak update blog memang trafik menurun. sangat.  Tapi takpela, dah adat jadi student kena la belajar kan.  Alhamdulillah, demam dah makin baik tapi panadol still kena makan sebab badan masih panas & balik kelas mesti kena panas.  Pastu ada dua jenis ubat yang aku kena makan sampai sebulan pastu kena pergi jumpe dokter balik.  Doa-doalah aku baik-baik je eh =.='  *ah pompuan, suke pikir bukan-bukan!


Actually, aku tengah geram nih..geram SANGAT-SANGAT! 



ADA SORANG LELAKI BAGI TEKA-TEKI BERUNSUR LUCAH, AKU TAK NAK JAWAB THEN SURUH DIA JAWAB SENDIRIK, DIA JAWAB PASTU DIA CAKAP AKU JAKUN DENGAN TEKA-TEKI YANG MACAM TIPU MUSLIHAT TUH.  TETIBA DIA POST KAT WALL AKU CAKAP AKU MARAH DIE.



HEY...YANNADEYYYY!! 



huh.



AKU CHECK PROFILE DIA, GAMBAR MA*AT. 
siyes, aku takut tengok gambar camtu tengah-tengah malam  *nangis :(



dah selamat kena block.



p/s : Astaghfirullahalazim.  need to sleep now!

Wordless Wednesday #6 : 'Oleh-oleh'




'Oleh-oleh' dari Poliklinik Peringgit 
T__T

2 saat yang sangat berharga.

As salam..

Terima kasih untuk masa yang diluang tak sampai 8jam pun semalam.  Itupun masa yang dijumlahkan setelah paksa si pakwe hantar sampai ke Melaka Sentral.


Hari ni???
 

 Nasib baik je kalau si pakwe tepon dan bercakap only two seconds.  Tanya aku buat apa, lepas tu bagitahu die sedang sibuk.


Tak pe tak pe, syg faham.
>_________<"


Aku dah la tak sihat hari ni, kalau ikutkan hati nak je gayut 24jam..suaramu pasti jadi paracetamol yang paling mujarab :P

red. love. pills. nice pic maybe.


p/s : Hargailah masa bersama orang tersayang sebaiknya.
p/s : received call yang paling penting sebelum tidur adalah dari kamo, yang tersayang! mode : waiting~

Cuti raya EXTRA!

As salam...

Hari ni aku TER- cuti extra.  Orang lain mesti dok eksaited cerita pasal raya kat kelas, aku lak terbaring lesu dalam bilik ni.  Nasiblah..berdating sakan semalam sampai menDEMAMkan diri.



Tak tahu nape sejak kebelakang ni, badan ni manja sangat.  Sama macam hari raya 1st, demam macam ni jugak.  Balik Melaka pun demam camni gak.  Aku syak ni sume gara-gara cuaca sekarang <--- huh..memandai je la sebab nak pi jumpa doktor malas, macam kena bayar RM1000 lak untuk sekali pemeriksaan.  Siyes, aku takut doktor :(



p/s : entri serius, mesti lah xde gambar :P
p/s : aku nak cepat baik, assignment dah tersengih-sengih kat aku ni =.="

Dating raya.

As salam...

Second date.  Sama macam first date, tak reti nak plan awal-awal..yang si pakwe tahu "JOM JUMPE! ESOK ABG FREE" nasib la si makwe ni tengah mood raya, jadi mood dating raya pun hadir ke dalam jiwa >__<"





 > Gambar pasangan bahagia sedang beraksi dalam iklan colgate..chill! <





bahagianyer mereka :P


Dating sekali-sekala bukan masanya untuk menghabiskan masa dengan ambik gambar je, haruslah si pakwe menunjukkan ke'machoannyer dengan beratur membeli set snack plate kepci dengan jayanya.  Slurpppp! makan kuew teow sup bebola ikan pun sodap. Kesian, si pakwe sekali lagi kena berlagak macho dengan peluh jernih mengalir di pipinyer, panass ;p


Eh eh..si makwe serba pink la dalam slot Dating Raya ni.
=.="

pink + coklat ??

As salam...


Ada teka-teki untuk kalian semua.  



 

PINK + COKLAT jadi ape? 






ehehe..taraaa..

konpius jap! stoberi ni merah kan..haduiii


p/s : bosan tol, pesen buat teka-teki sendiri pastu bagi jawapan sendiri.
AKU LER TU =.="

mood : bunga-bunga CINTA
Dating raya pun boleh kan? k bai!

List to-do

LIST TO - DO UNTUK HARI NI :-


assignment yang diberi sebelum raya..
TENGOK je????


hai assignment! Salam pengenalan.
>___<"

Rezeki hari ni.

As salam...

Silap aku jugak tak beli nasi awal-awal pagi tadi.  Kat bilik tak de pape yang boleh dimakan.





Time ni, mula la berharap..




Ada sesiapa nak ambik aku pi open house takk? 
XPUN
tolong buat open house untuk aku boleh takk?


=.="





Alhamdulillah, ada kawan yang datang awal jugak bagi aku roti & sosej.  Lepas tu, ada sorang lagi kawan dari Perak sampai petang tadi bagi aku nasi + ayam masak kicap, dibawa dari rumah. Rezeki telah tertulis :)

I'm Here!

As salam...

Setelah menempuhi tidor yang panjang 10jam lebih di atas bas, akhirnya aku sampai jua ke daerah ini.  Terus pula menuju ke asrama tercinta *muke seikhlas-ikhlasnya di abad ini =.="


Now, i'm here!
kat Melaka sudaa. 





ALONE.


haish..sedih tak? sedih tak? baik korang sedih, tolong sedih kan untuk aku ni ;p

ketagih nak bagi ucapan raya lagikk. 


p/s : dok pikir-pikir nak kemas bilik @ tambah tidur 5jam ag.  *pikir sampai ke alam mimpi, wuuu~

Raya kali ni tak best.

As salam...

Perasan tak, aku sangat-sangat rajin mengupdate blog sejak raya ni.  Orang lain sibuk beraya, aku sibuk menghadap laptop ni.  Nak buat camne, hari raya first dah memang spoil dengan kepala yang sakit-sakit manja ni.  Dan seterusnya, raya menjadi sangat-sangat tak best bantuan perkara-perkara di bawah :-


*oitt, dalam pengenalan dah masuk point ni.  nextt!


->> Duit raya hanya dapat lima hengget jer. Eh, sebelum makcik-makcik balik tadi diorang bagi 5henget + 5hengget.  Jadi sekarang ada 5 + 5 + 5 = 15 hengget! kayo dennn =.='


->> Laptop patah! Jangan risau, tak masuk ICU pun sebab aku malas nak hantar. Bahagian antara skrin dan keyboard ni dah patah.  Alkisahnya kerana aku kasar sangat tutup laptop ni sampai tak nampak penutup broadband atas keyboard.  Nasiblah, laptop boleh dibukak kalau ade tempat penyandar je, kalau tak..guna tangan pun boleh >___<"


->> Tak pergi rumah kawan-kawan pun, reunion sekolah rendah pun tak pergi. Sebab? tak de TTC (time, transport,chance).  Malas nak hurai lebih, pergi rujuk buku Sejarah kat Perpustakaan Negara..rak nombor 11. bagus. 


->> Rindu Raya. Pakwe tak balik jadi tak boleh jumpa bakal mak mertua. errr..tengah merajuk malas nak ingat si dia  =.='


->> Cuti sekejap sangat. Gara-gara tiket yang cepat habis macam kueh teow goreng kerang di bulan puasa, aku terpaksa bertolak ke Melaka malam esok.  Beraya sorang-sorang kat bilik tuu dan tunggu kelas hari Isnin. Syabas untuk diri sendiri! 


Sekian, laporan raya bagi tahun 2011.  Moga raya tahun 2012 berteman semakin indah!

kejap sangat.

As salam...

SELAMAT PAGI!!
Baru je lepas salam peluk cium dengan maaf dengan maksaudara sekali lagi, dia nak balik rumah dia kat Negeri Sembilan..

 
Masa dok salam tu, maksedara tanya aku lak bila balik Melaka?


Aku pun jawab la  "Err...esok."
Baru teringat, malam esok aku akan naik bas balik ke Melaka.

:( :( :(

 Dah lupa pasal Melaka, cuti sekejap sangat.  Kelas mula 5hb tapi sebab tak de tiket aku kena ambik tiket 2hb.  Sedihnyerrr, terasa kejap sangat.  

Memang kejap pun T___T

Menerima hadirnya cinta ini.

As salam...

 


BELL is not a bell until someone ring it, SONG is not the song until someone sing it, LOVE is not the love until someone received it.

:)