Wordless Wednesday #3 : Sekali Lagi Cinta

As salam...



p/s : Lisa Surihani + Shaheizy Sam = aku suke bebenor =)

perkara membosankan di facebook

As salam...

Sejak dua tiga hari ni membuak rasa ingin mengupdate blog, hinggakan makan maggi tomyam semalam pun rasa nak je cerita dalam blog tapi mood pula taraaak ada, tengok new post pun takde mood.  Kalau kat rumah masa cuti mesti  rasa banyak je nak cerita.  Bila kembali ke tempat belajar, mestilah banyak masa dihabiskan dengan memikirkan perkara yang lainnya.  Mana nak fikir soal hati perasan lagi, biasa la kan remaja..selalu je JK (jiwakacau) tapi aku ni remaja lagi ke? hatoiii =.=


Walaupun aku tak update blog, aku akan update status kat facebook.  Yela, nak ingatkan orang lain bahawa aku masih wujud di dunia ini.  Tapi facebook ni lama-lama akan membosankan.  Ya, membosankan dan aku tahu mesti ada yang setuju, cepat angkat hidung. okeyh, gud =.='


Salah satu perkara yang membosankan ialah bila ditegur/dingorat/diganggu oleh adik (lelaki muda + junior sekolah dulu). Boring tau.  Kalau datuk-datuk yang tebal poket takpela jugak kan.  Kalau adik-adik ni nak buat apa.  Bela ikan pun aku tak reti tau.


Macam mana aku boleh menambah & menerima dia? semestinya aku cam dia dari sekolah aku dulu.  Malangnya, die boleh lak tak cam aku. Seperti penyebab utama sebagaimana yang terdapat dalam entri ni kot. Mula la dia tanya dok mana, leh berkenalan, tengah buat apa dan sampai part umur aku pun jujur la dah twenty two u..then, dia mula la..oo..akak la ni.  Pastu aku pun mula la membahasakan diri akak, akak dah makan..akak tak suka..akak bla blaa bla, terasa tua dan boleh kawin, eh..tak de kaitan lorh. Setiap kali aku tukar nick name facebook, die akan tegur aku macam tu, die tak reti tengok photo ataupun cepat hilang ingatan ke hape.

[IKLAN] Dik, senyumlah untuk kekalkan awet muda ^____^


Satu perkara yang membosankan lagi ialah jemputan event yang berlambak. Ampun diharapkan tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak yer.  Dulu guna blogwalking untuk jemput orang datang blog kita. Namun, sekarang dunia IT makin canggih buat event sekelip mata ajak singgah ke blog macam tu je.  Mudah saja kan.  Event untuk join contest, bloglist dan macam-macam hal lagi. Disebabkan banyak sangat notification event ni, aku tengok je noti dan memang aku tak bukak..jahat kan, tapi nak buat macam mana~

Main poke, guna tulisan biru aku suka jer~


p/s : ini pengalaman dan luahan rasa peribadi yang mungkin berbeza dengan korang ;)

Aktiviti semalam

As salam...

Kelmarin berlalu tanpa entri di sini, bukan sibuk malahan boring lagi ada.  Tapi hujung minggu aku luangkan dengan tidor konon dapat naikkan badan, sedang diri takde selera pun untuk menjamah sesuap nasi.  Tak tahu la kenapa. Tapi jamah la jugak =.='


Pagi semalam, dimulakan dengan menarik nafas mengucapkan syukur pada sang Pencipta kerana masih meminjam nyawa ini buatku.  Seusai menunaikan yang wajib, terus bersiap untuk ke aktiviti yang pasti menyihatkan jasmani serta rohani juga.  Kalau tak dipaksa dengan perkataan 'wajib' memang agak susah jugak sebenarnya. Kelas aku diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti senamrobik di Ayer Keroh berdekatan dengan Utem, dem ah nama tempat tu  secara tepat pun tak tahu, anjuran siapa pun tak tahu, tahu-tahu wajib pergi. Bersihkan hati terima je la ianya baik untuk kesihatan :) 


peewitt, nak ngorat boley? =.='

Sejak dok Melaka ni, aku dah makin rajin bersukan..err, senamrobik pun bersukan jugak la kan.  Kalau diingat waktu sekolah dulu, memang payah nak tengok aku angkat punggung lari-lari anak pun *patut la tembam dulu, dush!  Kalau kat sini suka pergi kat Taman Bukit Serindit sebab instructor senamrobik kat situ memang bagus i mean betul-betul feeling aerobik la *boleh lak feeling-feeling.  Ada blogger Melaka tahu tak tempat tu. 

 Antara yang biasa dilakukan di Taman Bukit Serindit yang lokasinya bersebelahan dengan Stadium Tun Fatimah, ialah aktiviti senam aerobik, bermain bola sepak, memancing, bermain layang-layang, berjongging dan lain-lain. sini.


p/s : majulah sukan untuk kesihatan rakyat. err..boleh dop? kui3x ;p

burung murai

As salam....


Pernah tengok video budak ni tak? Minggu lepas lecturer ada tayang video ni untuk kitorang jalankan pentaksiran iaitu penilaian. Balik tu aku tengok banyak kali gak sebab ada dalam simpanan aku.  Comel dan geram pada budak si mata bulat ni^^


  video
sumber dari sini.


p/s : hari Sabtu yang memboringkan, makan tidur online sahaja~

Duit melayang-layang.

As salam...

Semalam aku dengan rajin gediks nyer setuju ikut mek Ida ni keluar.  Barang yang aku perlukan hanyalah anak tudung dan buah kurma sahaja.  Tapi, memandangkan kedua-dua tu amat penting dan diperlukan sangat maka ikut la keluar dengan Ida.Anak tudung kegemaran aku tertinggal dalam sejadah kat rumah masa balik hari tu.  Aku suka pakai sebab ia jenis bertutup penuh pastu kalau pakaI tudung bawal yang agak jarang tu takde la rambut tu terpacak-pacak keluar kat bahagian belakang.  Anak tudung tu jugak jenis yang ikat belakang dan kemas bila pakai.  Buah kurma pulak untuk makan la, takkan baling lak..okey, boleh la buat baling dalam mulut :P Siapa yang tak makan kurma memang rugilah sebab ia mengandungi banyak khasiat kan kann.


Tempat yang dituju hanyalah Melaka Sentral, sebab tu la kitorang keluar lewat pukul 5.30 pun tak pe, ianya hanya lima minit dari tempat kitorang kalau tak jam kat traffic depan Masjid Al-azim tu.  Sampai je, aku terus pergi beli kurma, dapat.  Beli sikit je, cukup-cukup untuk bekalan seminggu. huh. padahal nak jimat tunggu elaun nih =.='


Puas berjalan kat dalam Melaka Sentral tu nak cari anak tudung yang aku nak sangat tu.  Dulu senang je nak cari, tergantung elok je kat mana-mana kedai tudung atau baju kat situ.  Sekarang, aku kena belek-belek kat bahagian inner shawl dulu  pastu tanya orang kat kedai tu 'anak tudung yang jenis ikat belakang tu ada tak?'  semua jawapan, 'dah tak de sekarang'. Hancur hatiku mengenang ia..menjadi keping-keping....*lupe dah lagu ni..asam kot =.='

Part ni la adegan ngeri duit melayang-layang berlaku.  huhu.  Sambil cari anak tudung di kedai shawl, aku TERberkenan kan dua jenis shawl ni.  Perasaan nak jugak..nak jugak..memang tak dapat dibendung.  Tengok harga RM10 setiap satu.  Kalau dah dua, RM20..melayang-layang.  Weyh, kalau aku tengah ada elaun..aku tiup fuuuhh fuuhh gaya awal ashaari je tau. oops, terlebih sudaaa =.='


Aku suka beli shawl kat Melaka sebab murah dan elak sangat beli kat tempat aku (Kelantan) sebab mahal.  Kalau tudung bawal, kat Kelantan murah la..kalau shawl, baik jangan.  

Aku search kat Google tadi, yang macam ni la aku nak.  Anak tudung jenis kain lace.  Selesa sangat pakai yang ni, nak beli online aku tak berapa gemar sebab leceh sikit.  Jadi, ada sesiapa tahu kat area Melaka ni kat mana ada?. ermmmm..

Tips menjadikan mata bulat

As salam...

Baiklah, di petang yang berbahagia ni..aku perlukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan selain daripada tidur.  Ouh, tidor petang sangat menyeksakan bila bangun sakit kepala then di malam hari pula pukul 2pagi tak reti-reti nak tutup mata, dua kali menyeksakan dan kalau ada kelas keesokkan hari pula, konpem tersengguk-sengguk itu tiga kali menyeksakan. ouh ouh. tak mahu kan, jadi baiklah aku bersukaria mengupdate blog.  


Sudikanlah diri membaca tips menjadikan mata anda bulat! yeehaa..get ready dengan duit limapolohsen untuk ditongkat ke dalam mata. uishhh, bukan bukan..hanya menyediakan eyeliner yang anda selesa & serasi untuk dipakai sahaja ;)


Pakai eyeliner ikut anak panah merah yang aku lukis itu sahaja.  Bahagian atas, dari hujung mata ke bahagian dalam, kemudian pakai bawah mata separuh sahaja tak perlu ke hujung tengah mata.  Pastikan juga garisan eyeliner bawah mata itu nipis yer agar lebih kemas dan memuaskan. DONE!


Pakai eyeliner dengan bedak nipis untuk ke kelas, kan lebih ringkas.


p/s : terima kasih kerana sudi membaca. <---tak pernah buat ayat ni, tapi ianya ikhlas dari sudut hati muda remaja. ehs~

Horlicks & Epal.

As salam...

Korang dah breakfast ke? aku dah. Horclicks & Epal, macam pelik je kalau nasi lemak ke sedap jugak kan tapi ini je stok makanan yang ada dalam bilik ;)


 cantik la pulak epal hijau ni, xjadi nak habiskan..eh, ni bukan epal aku yang gigit tapi pak cik Google yang gigit ;p


An apple a day, keeps the doctor away. kata orang la, aku ikut je =.='


Ho ho horlicks! my feveret, aku tak boleh minum susu jadi aku gantikan dengan minuman horlicks ni.  



p/s : korang lak breakfast ape? ce citer.

p/s : bahagia dapat post entry pepagi camni sebab kelas tak dok. temkiu lecturer sebab sibuk^^

Spontaneous Thursday #1

As salam...


Kita orang perempuan kena kahwin dengan orang yang sayangkan kita bukan dengan orang yang kita sayang lebih-lebih, sedangkan kasih sayang dia pada kita tak seberapa ~ pesan mak Nora Elena.

 
join sini

Wordless Wednesday #2 : T-shirt Kami Cikgu Blogger

As salam...


cantik kan? rujuk sini

OMG!! aku tak tahu lagi rupanyer.

As salam....

Drama Nora Elena sudah berakhir, namun demam rindu pada Ahmad Seth Tan belum lagi berakhir kan.  Jadi, pakat-pakat download cerita tu atau pun selamat menonton di www.tonton.my.   Okey, kalau yang perempuan minat pada Seth Tan, yang lelaki pulak mesti tergoda pada keayuan dan kelembutan pada watak heroin Siti Saleha sebagai Nora Elena. ye dak? huhu.  Kalau korang nak tahu Nora Elena tu my rumet.. muehehe, cepat percaya dalam masa limapulohsaat. okey, habis. Jangan percaya!


Kita ngumpat sat, ada orang kata muka my rumet macam Nora Elena. hik3, jangan bagitahu orang lain tau..kita kita je ea nanti dia perasan, okey set! >_<"


Mesti korang akan suruh aku upload gambar my rumet kan? huhu.  TAK MAHU *talk to my hand. walaupun korang menari rentak Marilah sebijik macam Prema Yin pun. opss.


OMG!! Siti Saleha merupakan adik kepada Sam Bunkface.  Aku baru tahu, lembap jugak aku pasal gosip artis ni.  Jadi, kena la feeling OMMMMGG jap. ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..adik Sam bunkface rupenyer.  Rujuk sini.


OMG lagi sekali!! Siti Saleha baru berumur 21 tahun *update. heh. yang ni aku tahu.  Terpegun terkaku terkagum seketika tengok muka dia yang cantik, mulus, mature tu.  Berlakon jadi bini orang pulak tuu.


p/s : kadang-kadang kita bergosip apa salahnyer. Untung dapat manja-manja dengan Fana Elena setiap hari..ehss~

apsal tak cam nih?

As salam...

Baru-baru ni ade sorang ni my schoolmate, baru add aku.  Aku kenal dia, dengan senang hati pun approve la kan.  Bila dah approve, aku pun post kat wall dia panggil nama dia..yela kenal kan.  Tapi dulu, memang tak pernah bertegur pun sebab dia lelaki femes manakala aku perempuan yang pemalu...hihi :)


Tak lama kemudian, dia pun tegur aku kat chat. 


Sape ni? budak sekolah t*** dulu ea.
what! rupenyer die tak kenal aku..kuang asam ni, tak cukup garam ajinomoto semua la. 


Pastu mula la sesi flashback. tanya dok mana, kampung mana, kelas mana, kawan rapat dengan siapa dulu? <---sampai macam tu sekali. 


Aku geli hati betul sebab aku yakin dan pasti aku kenal dia tapi dia tak kenal aku, padahal kelas sebelah menyebelah je selalu terserempak time dia dating ;p


Dua faktor yang aku rasa mungkin sebab dia tak kenal aku ialah :-

Pertama, perubahan muka. 

 ni zaman berhingus lagi ni, masa tingkatan dua kot. malu shayer =.='


 Ini masa tingkatan lima, time ni ade peminat yu..classmate adik..auwww..tapi ai tak minat anak ikan =.='


Ini gambar sekarang, bezanya..dulu aku tembam sikit je..sikit je la..huhu. Berbeza sangat ke? urmm..aku rasa tak la sangat =.='



Faktor kedua, aku tak pemes masa sekolah dulu. 
Okey.. aku rasa ini yang sebetulnya. Yela, aku ni librarian..jenis dok dengan buku je, nerd la konon.huhu.
Diorang tengok aku tapi tidak penting untuk diingati. uwaaa~


p/s : pernah tak terjadi macam ni? apa korang buat? mesti sedih kan, sebab kita ingat dia tapi tak ingat kita. Tak pela, dia je yang pemes ;p

Imam Muda.

As salam...

Bakal imam muda dalam keluargaku. hikhik ;)

Muhammad Akif bin Abu Bakar
berumur 7 tahun


senyum tak nampak gigi, cer teka apa sebabnyer? ehehe.


ermmmm~


tadaaaaaaaa..makin poyos lak, dah tahu dah jawapan untuk teka teki tekuk kat atas tu? =.='


Gambar ni diambil sebelum adik bongsu kesayangan ambo ni nak pergi fardhu ain.  Tetibe je dia masuk bilik sambil pakai kain kat atas kepala macam tu.  Ma tengok pun tergelak-gelak, dia buat rilex je datang minta duit.  Kitorang dah mengekek ketawa tengokkan dia.  Kitorang pun suruh die minta dengan abah, minta dua ringgit mungkin boleh dapat kot duapoloh ringgit tengok anak bongsu yang alim berpakaian ni =.='

Amin.

Selamat. Sampai.

As salam...

Okey lah, dah percaya bahawa diri ini dah berpijak di bumi Melaka untuk meneruskan pengajian harapan ma dan abah. Bai bai cuti yang indah, hai hai semester 6!


yeay! adil..semuanya gelap gelita^^


1. Rumet tegur, apsal muka pucat..ermmm, lemah =.='
2. Titisan Hujan, makan la ubat tu kalau tahu tak sihat ;p
3  Moge Akmal cepat sembuh ;)

Sedih.

As salam....

Sekarang dah pukul enam lebih masa entri ni ditaip, tapi disebabkan langit dah gelap mungkin nak hujan kot malam ni.  Ma dah sibuk suruh aku bersiap-siap, ingat dah pukul7..grr~ ingat nak suruh aku cepat-cepat pergi =.="


Baru je balik dari rumah tok ayah, jumpa tok dan nenek serta kedua sepupu kecil aku ni.  Sempat main-main dengan diorang jap.  Anis yang baru je baik dari demam kelihatan aktif, dok main sambil nyanyi nyanyi lagu yang pernah aku ajar dia..lagu Rasa Sayang, Bapaku Pulang, Anak Itik TokWi..macam-macam lagu tapi die ingat sekerat-kerat je setiap lagu tu dan memang kelihatan bijak dan comel untuk kanak-kanak yang baru nak masuk umur tiga tahun macam dia.


Masa nak balik tadi, kena elak dari dia nampak aku dan ma balik (rumah tok dekat sebab kampung sama) takut dia nak mengikut jugak, kalau ikut mood tak baik, dia akan menangis nak ikut Maklong (ma aku) balik.  Jadi, lepas aku salam ngan tok dan nenek, terus balik sambil pegang tangan Sucee sebab dia akan ikut hantar aku naik bas malam ni.  Jalan beberapa langkah, aku terus teringat, tak peluk Anis puas-puas lagi.  Aku pun terus berlari patah balik ke rumah tok dan Anis masih ada kat luar rumah tu.  Aku peluk dan cium dia.  Aku suruh dia cium aku balik, dia cium.  Aku peluk dia kuat-kuat.  Nenek aku tengok je perlakuan aku tu.  Lepas tu, aku terus berlari kat ma yang tengah tunggu aku.  Anis yang nampak aku berlari, terus menjerit "kak ngah, jangan lari" sambil senyum-senyum dan buat tangan peace kat muka, yer aku sempat berpaling dan tengok dia.  Dia memang sangat riang petang ni.  Berlari dan melompat tak henti, itu juga yang buatkan aku sedih nak tinggalkan dia. 


 sibuk main dengan kakak die, Sucee.


 masih tak nak tengok kamera. 


 
lubang idung yang die bagi, tak pela..*lobang idungmu tetap menjadi pujaanku, hikhik =.='


Mungkin cuti kali ni banyak menghabiskan masa bersama diorang, nak tinggal kali ni terasa sangat di hati.  Sedih.  Dah hujan, mesti sangat sejuk naik bas malam nanti T__T

Masanya hampir tiba.

As salam...

Hari ni 18 Jun 2011, ya...betullah tarikh kat tiket tu.  Uwaaa..rupanya cuti selama tiga minggu telah berakhir.  Ermmm...




Bila naik bas nanti, automatically cuti dah hilang...#babai cuti.

Bila sampai Melaka, automatically fikiran dah kena set perihal berkenaan semester 6..#praktikal dua bulan & peranan sebagai salah seorang orang penting dalam kelas (PKU), tak boleh jadi ahli tidor da =.='
 

Saya nak jadi budak 5 tahun selamanya.

As salam...

Bukan nak berangan-angan jadi budak kecil balik, nak manja-manja, hanya tahu minta dan permintaan dipenuhi kalau tak dipenuhi,  menangis sambil hentak-hentak kaki depan semua orang.  Ya, masa kecil aku macam tu la, eleh...korang pun sama ;p  Masa kecik-kecik dulu seronok sebab tak ada masalah yang difikirkan, jadi perkataan 'migrain' pun tak kenal. 


Kalau keluar ke bandar, aku selalu nak pergi ke taman permainan.  Masa dating pun teringin sangat nak pergi.  Tapi, kalau kat tempat aku ni taman permainan merupakan 'line panas' bagi orang dating i mean berdua-duaan lelaki perempuan la.  Jadi, selalu elakkan pergi takut kena kawin free, kesian la penat die kumpul duit =.='  Kat tempat lain, aku tak tahu lak. 


Duduk sorang-sorang sambil minum ABC dalam cup ;)


Hari tu, keluar sorang then cari barang yang nak dibeli pastu beli air batu campur (ABC) + kopok lekor dua hengget pi masuk taman permainan.  Duduk termenung tengok budak-budak main terasa kita pun dalam dunia dia.  Dunia keriangan tanpa masalah.  


Konpius jap, nak ambik gambar bunga atau budak-budak yang tengah main tuu :D

Dah nampak budak-budak :)

Aku masih demam lagi, ma sibuk suruh aku masak spagheti lagi..Ini kena pikir pasal dunia rumahtangga lak.  Nak kawin ke tak nak? Nakkkkkkkkkkkk! okey, pi masak dulu jap^^

MEMANG TAK PATUT.

As salam...


Ada seorang lelaki yang tidak dikenali, mesej kepada en.boipren supaya jangan mengganggu pn. geprennyer <-------MEMANG TAK PATUT LA, DIORANG DAH OVER PREN PREN KAN.


En. boipren telah memaklumkan kepada pn.gepren nyer bahawa ada seseorang telah hadir sebagai satu virus untuk memusnahkan hubungan mereka.  Amat jahat kan itu virus.  Tapi en.boipren enggan memberitahu siapakah manusia yang bernama virus itu kepada pn.gepprennyer yang semestinya pn.gepren tu kenal kan   <----------MEMANG TAK PATUT!


p/s : wess, pompuan pun penuh dengan sifat inkuiri (ingin tahu) gak, bukan budak-budak jer =.='

Happy Thursday

As salam...

Puas hati betul ikut ma kesayangan tadi. ehehe.  Yela, bila balik Melaka harus sedar diri yang aku tak punyai apa-apa, chewwah, itulah gambarannya memandangkan bila masuk semester baru bukan terus dapat elaun kan.  Jadi, dah terbayang nasi putih + telor mata + kicap + air skyjuice special (RO water) sebagai hidangan harian di asrama kelak.  Baiklah, usah dikenang saat hiba, nikmati saat riang sekarang dulu :)

Exsaited nak cuba produk safi ni setelah guna Fair & Lovely sejak tingkatan 3 lagi.  Kulit makin banyak masalah jadi beli set lengkap terus lepas cuba guna pencuci & krim okey, jadi harapnya toner dan krim pelembap pun okey kat muka aku ni.  Sekarang ni rasa bersemangat nak jaga kulit muka dengan lebih baik, jadi bila keluar tak perlu lagi nak mekap tebal.

p/s : penggunaan toner adalah sangat baik untuk mengecilkan pori pada muka. 

Caakk!! jangan terkejut, ini bukan kakiku tapi kaki aki. eh bukan..bukan semua tu, itu tangan yang dipakai stoking.  Keluar sebelum ni, lupa beli lak sebab ini keperluan yang sangat penting untuk naik bas nanti.  Aku tak boleh sejuk kaki, bila kaki dah sejuk badan mula la tak senang duduk dalam bas yang ber-air cond selama 12jam nanti :(


Baru aku faham perasaan orang yang selalu selsema ni, rimas asyik kena pegang tisu je dan rasa macam nak buang je hidung ni jauh-jauh.  Eh tak boleh, hilang nikmat nak cium bau bunga yang Seth Tan bagi =.='

Fedtri dah kawin :)

As salam....

Tadi masa tengok rancangan kat TV3, lupa dah rancangan apa sebab aku khusyuk menghadap laptop kat depan ni ;)

Ma : sape tu? fedtri eh ng sape tu? 

Aku dalam hati dah membebel, ma lupa bawa mata dia yang sepasang lagi la tu. huhu. spek mata.

Aku : Yela, fedtri jadi hos, tetamu tu Dato Dr. Mashitah.

Ma : Dr. Mashitah, kena tengok ni. 

Aku pun gatal bukak cerita pada ma. 

Aku : fedtri yahya dah kawin tau ma, masa awal cuti sekolah hari tu.  Bini die orang kelantan, kalau tak silap orang Pasir Mas.

Ma : La..ye ke? tak masuk dalam Nona pun.  <---boleh lak ma fikir macam tu =.='

Aku : die buat sederhana, biasa-biasa je tapi dah nama selebriti semua orang tahu la pasal perkahwinan dia.  

Ma macam bersungguh je nak tahu pasal Fedtri Yahya ni kahwin, aku pun google la pasal perkahwinan Fedtri ni dah alang-alang aku cerita biar sampai ada bukti, ye idok? ehehe.  

Ini salah satu gambar Fedtri dan isteri yang aku ambil dari sini.  Banyak jugak page yang aku bukak tadi untuk tunjuk kat Ma pasal perkahwinan Fedtri dengan isteri yang berasal dari Pengkalan Machang, To'uban, Pasir Mas, Kelantan ni. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei 2011 yang lepas. Sederhana tapi tetap meriah, semoga perkahwinan mereka berkekalan & dirahmati Allah SWT.


psst : Ma ajak keluar esok, macam malas je sebab dah keluar semalam.  Tapi, kalau keluar ngan Ma boleh la paw sekupang dua kan, ehehe ;)

Hari bersama tisu

As salam...

Hari ni selain mempunyai Wordless Wednesday, hari ni jugak hari aku bersama tisu =.='


Dari pagi tadi dok hachuuum sana..hachuummmm sini..sek sek sek sana sini sinun.  Maka, memang patut la aku bersama tisu, kang meleleh hingga ke mulut, susah lak..terlebih berkhasiat, yerkkk! giles kotoq ayat aku..




Selain selsema, badan pun terasa panas ni.  Tak pernah pun badan aku bagi reaksi manja macam ni memandangkan aku akan balik ke Melaka hari Sabtu ni. Ya, aku memang susah nak kena selsema ni sebab tu tisu bukan keperluan sangat la bagi aku.  Tapi hari ni? emmm.  Ade orang suruh makan ubat, tapi aku cakap 'tak nak' <--mengade je kan, bila tak larat nak bangun mesti makan jugak :) 

Baby Gift

As salam....

Selamat Hari Rabu!! Dalam Wordless Wednesday kat bawah ni, ada senarai barang untuk dibeli.  Sebenarnya membeli hadiah adalah tujuan utama sebab tu siap ada tanda seru untuk diingatkan pada diri sendiri. Aku nak beli hadiah untuk ape?  


ololo comelnya baby ni, aku kidnap dari pakcik Google..cucu cicit die kot, ehehe.


Aku mencari hadiah untuk baby, masih ingat tak entri ni. Hari tu pergi tak sempat beli hadiah pun, jadi ingat nak pergi jalan-jalan rumah Kak Su sambil bawa hadiah sekali.  Aku dah beli semalam, tapi biasa-biasa je la sebab pergi kedai biasa je kat bandar kecil ni.  Tak macam hadiah-hadiah yang berhias cantik macam kat bawah ni. 

 bapaku pulang dari kota, bapaku belikan helikopter, helikopter warna merah!


 comelnyer, macam-macam ada..sesuai untuk baby pompuan sebab semua pink ;)


 banyaknyer pok katak..toink toink =.="


Semuanya comel-comel kan :)

Wordless Wednesday #1

As salam..

First time buat Wordless Wednesday.


 

Senarai yang aku gunakan untuk beli barang semalam, tapi banyak yang melencong ke lain T__T

Sebelum aku balik Melaka, ma buatkan pulut durian!!

As salam..

Sudah terang lagi bersuluh dengan tajuk entri di atas.  Gembiranya tak terkata sambil menjilat jari, eh..dah habis makan dari tadi lagi tapi masih terasa kesedapannya hinggan sekarang.  Sabtu malam ni, aku akan berangkat balik ke Melaka, jadi ma yang penyayang pun buatkan pulut durian sebab risau aku tak sempat makan durian lagi untuk musim durian tahun ni.  Hoyeahh! sayang ma ketat-ketat. hug ramai-ramai dengan adik-adik =.='


Curi gambar dari dapur pakcik Google je sebab tak sabar nak makan, henpon main tinggal je dalam bilik.  Macam tu la pulut durian, pulut + santan + durian.  Kalau pengat durian aku memang tak makan, kalau pulut durian aku suka.  Terliur tak? kalau terliur, boleh la bangun pagi esok pi pasar beli durian. nyum nyum~


p/s : makan kenyang-kenyang,dah licin pinggan baru teringat orang jauh, hiks ;P

Bergeli geliman setelah setahun tak jumpa.

As salam...


 




 Terima kasih kerana membesarkan skrin pc anda untuk entri kali ni, dah boleh kecilkan balik yer ;P


Akak dalam chat ni my rumet..hai hai akak, dia kata nak baca blog aku bila aku bagitahu nak buat cerita pasal dia..muehehee..saya hanye reti mengarut je kak, mekasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca..emmuahhh! untuk akak sorang je^^


Setelah setahun tak jumpa hanyalah hiperbola pada tajuk, padahal baru dua minggu tak jumpa disebabkan cuti semester. Minggu depan dah boleh jumpa, holiday kian berakhir..wuu~

Resepi spaghetti yang paling ringkas.

As salam...

Malam tadi, aku masak spagheti.  Hasrat ni dah lama dipendam, baru hari ni tangan ni rajin nak bertungkus lumus kat dapur tu.  Aku suka makan spagheti, jadi haruslah masak sendiri.  Berbekalkan ilmu tunjuk ajar dari kawan kat IPG, aku pun cubalah masak tapi aku renovate sikit.  Sangat ringkas resepi spagheti yang aku buat ni (resepi spagheti memang semuanya sangat ringkas kan?huhu =.=')

Walaupun kebanyakkan orang dah tahu resepi yang senang ni, aku tetap nak share jugak^^

Bahan-bahan
1. Satu paket spagheti
2. Satu paket sosej (kawan aku ajar letak daging hancur, sesuka hati aku tukar kepada sosej sebab aku suka sosej)
3 Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah (aku tak ingat berapa yang aku guna tadi)
4. Satu tin prego.


Cara membuatnya :
1.  Rebus sosej terlebih dahulu. Bila dah siap, potong sosej menjadi kecil, saiz sesuka hati.
2.  Rebus spagheti dalam periuk, dan jangan lupa letak marjerin.
3. Tumis bawang putih & bawang merah yang siap dihiris.  Kemudian masukkan satu tin prego, tambahkan sedikit air.  Tadi aku sukat air dalam tin prego yang dah habis dituang, satu tin je. Tambahkan garam secukup rasa kalau nak sedap boleh tambah lada hitam.  Bila dah mendidih, masukkan pula sosej yang telah dipotong kecil.
4. Siap! dan boleh dihidangkan.

Ini gambar Italian Sausage Spaghetti dari pak cik google :D


Tadi tak sempat nak snap gambar pun, mana nak pegang pinggan, senduk..last, tengok pinggan dan licin.  Apa pun, aku memang puas hati la pada percubaan kali pertama ni.  Tanya pendapat ma, dia kata rasa semua okey.  Suke!  Akif, si bongsu tu pun tiga kali menambah.  Penambah seleranya ialah sosej, tambahan pula aku tak letak lada hitam sebab Akif memang tak makan pedas.


p/s : Lepas ni nak cuba lebih banyak resepi ;)

HB my big big brother.

As salam...

Selamat Hari Lahir yang keduopuluhpat(24) my big big brother, yap..die memang besar dua kali ganda daripada aku, heh..sempat lak aku mengutuk.  Die ni je sorang abang yang aku ada, sebab dia gak aku tak de kakak..apasal la dia tak kuar sebagai pompuan. =.=" adess..Kitorang berdua selalu gaduh masa kecik, hamboi hamboi ingat dia besaq, sesuko hati je nak buli kite eh...



Apa-apa pun, kami adalah sebahagian yang melengkapkan KELUARGA ini.  Walaupun abe ni bekeng (garang), aku pernah dengar ada orang kata orang besar ni penyayang dan kalau kenal memang manja. <------ ada makna lain gak ni. hik hik


 13 Jun

Pasni, aku akan ingat tarikh ni, tak payah la abe nak menunjuk dapat free call macam pagi tadi. Aku memang fail bab-bab nombor ni, apalagi tarikh-tarikh hari lahir macam ni >__<"

gambar abe takde, tapi gambar musuh die ni je yang ade. my little bro!

Seratus Lima Puluh Juta

As salam...

Nak tuju lagu boleh?
Melodi mengambil alih suasana sunyi tika ni..dan...

Untuk kali ke seratus lima puluh juta kali
Mereka tanyakan kau soalan yang sama
"Eh, kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua kau tarik tangan aku 
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh juta kali
Aku pun dalam  hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku, jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


Sekian..
by Fynn Jamal.


 Jangan hanya memandang, telusi ke ruang hati. ya, kamoo. 


Kita cukup berbeda, namun percaturan sang Pencipta siapa yang tahu. 
Sifatnya air yang sejuk itu menenangkan yang panas, oh ya..terima kasih juga kerana bersabar^^

macam orang tua sangat ke?

As salam..

Aku berkenan weges ni.  Mungkin sebab design depan tu, tambahan pula dengan warna maroon, aku suka.


Dah beli pon dengan harga RM 15.  Harga memang menarik la, tambahan pula, kedai yang aku pergi tadi, memang banyak pilihan menarik tapi last last aku ambik yang ni.  My BFF aku kata macam orang tua.  Err. apasal la jujur sangat die ni.  Balik rumah dengan semangat macam budhak dapat geguler kapas, aku tunjukkan kat adik pompuanku, Tati.  Sebaik terpandang weges tu, dia pun kata, "macam orang tua la kak ngah".  Aiyaa, apakah ini petanda *belek-belek rambut kot dah ada warna putih =.=" Diorang kot yang tua. oops~


ehhhemmm~