Grr! sabo je lah.

As-salam...

Dari petang tadi, kira-kira pukul3 aku start.  Sebelum tu, memang dah back up, dah sediakan apa yang nak dimasukkan.  Tapi sekarang baru siap, ni pun masih tak puas hati.  Ini semua gara-gara mengharapkan wayarles pree kat asrama ni.  Sebelum tu, meh aku list kan dulu sebab aku mengSTOPkan penggunaan broadband maxis ku yang jauh lebih baik dari wayarles pree ni. 


Pertama, mahu jimatkan perbelanjaan memandangkan elaun buku yang dijanjikan semester ni akan masuk semester depan pulak.  Mekasih la, memang nak suruh aku shopping sakan kot semester depan tu.


Kedua, mahu fokuskan pada exam.  Tak lama lagi dah nak start exam, mula tanamkan niat tak mahu berpoya-poyaan di dunia internet lagi da.  




Oh lupa lak nak bagitahu, yang aku usahakan dari pukul3 petang tadi, blog ni la.. ada perasan tak perubahan yang euwww euwww girlish nyer bile masuk blog aku ni.  heh..kalau nak muntah sila la muntah pink yer.  Mekacih.  



Aku lak leh gatai gediks mahu jugak edit blog. bukan edit malah makeover semua lah.  Langsung tak sedar sebenarnya tak boleh harap pada wayarless pree ni.  Penat dok menunggu loading, baru je nak complete tiba-tiba terdisconnect lak..pe perasaan? sabo je lah.  Stil tak puas hati lagi ni..tak tahu apa yang kurang.  ermm...



OKEY TAK PENAMPILAN BLOG NI SEKARANG? KALAU ADA YANG TAK KENA, PELISS TELL ME =.=' 

Single life.

As-salam..

#Day9 ~ Your current relationship, if single how single life is.

Masih meneruskan 30 Things in 30 Days Challenge. Pehhhh! tajuk kali memang buat aku sesak nafas jap.  Ramai kawan-kawan nasihatkan supaya cerita lama usah dikenang, namun banyak pula mengingatkan aku tentang kisah lama.  Ada yang like my pic masa ngan kapel lama dulu dan juga gambar-gambar lama masa sedang bahagia dulu. Sampai satu hari tu memang air mata yang dah agak lama tak membasahi pipi ni turun dengan lebatnya.  Kenapa? kenapa? inilah dugaan kalau berpisah dengan orang yang telah lama disayangi.  Semuanya ingat dia kan.  Tapi alhamdulillah, keadaan sekarang makin tenang dan aku semakin ceria menjalani hidup. 


Mestilah aku single lagi. Cik Emieysandra okai.  Not married yet but not available lorh.  ha?? sal not available tu kita tak payah citer lagi ea, kita cerita pasal single dulu.



Bila kembali single ni..

~Semua kerja cepat je siap.  Tak de kerja cari kerja. Paksa diri buat kerja sampai kul 2, 3 pagi sebab nak elakkan dari pikir sedih-sedih, menerawang berjiwang-jiwangan, hati pun akan terusik dengan kenangan silam.   



~ Kalau suruh berlari 2.4km pun aku angguk je, bereh.  Penat lagi baik dari melayan hati yang sakit dan terseksa ni.  Bila penat, boleh la tidoq puah-puah.



~ Of course kredit tak banyak habis sebab dah jarang mesej dan nak gayut tiap-tiap malam sebelum tidor.  Tapi kan, sekarang penggunaan kredit dah naik sikit lorh..hah, pasai apa tuuu. :P



~ Hari-hari makan bubur nasi otomatik siap. sob sob..makan nasi berulamkan air mata.  Mujur la sekarang da makan nasi wangi membunga daa dan mula la dalam hati ada kebun bunga derr :P



~ Hati cepat je sensitif bila tengok orang lain sedang bahagia dengan pasangan masing-masing.  Namun, aku mendoakan semoga pasangan yang sedang berbahagia sekarang ni cepat-cepat la bersatu.  Adik yang sorang ni, dah ada angan-angan mau langkah bendul ngan 'akak' ni yer.



~ Sekarang jugak dah takde hati nak beli blause yang cantik-cantik ataupun weges yang lawa-lawa.  Bila tengok blause atau weges cantik mesti akan spontan cakap 'erm, buat apa beli..dah tak boleh dating pun'. Aku memang jarang hang out melainkan dengan dia, kalau kat Kelantan la.  Kalau kat Melaka ni, susah sikit la mau pakai vogue vogue untuk keluar.  Sebab tu la aku pikir macam tu.  Dah ar, lepas ni kalau ada kapel kena kurangkan masa bersama, lagi baik kan.  Jumpa selalu bukan elok pun, baik dok umah tingkatkan kemahiran untuk menjadi suri rumah. kan kan kan..*kalau setuju sila la angkat tangan macam shayer~usop wilcha.



~ Ramai yang ngorat.  Pehh! ayat tak beragak, perasan kemain kan.  Bakal suami, jangan la risau, aku jenis yang akan setia pada sorang je.  Tak kose nak main kayu tigapatpuloh, kayu besbol mahupun kayu hoki,  menambah atom-atom negatif ada la.  eh..bikin pusing ajer. haha. Kisah yang best, kena ngorat dengan lesbO.  tak kisah la kalau dia pun baca blog aku ni, mai aku nak tegaskan yang ' I'M STRAIGHT, I'M OKAi ' tak payah nak mmuah mmuah kat bibir dan pipi i..sebab sume tu hanya menegakkan bulu rom* idung untuk menggeletek kegelian.  Tak dok feeling apa pun. Sory u. 



quote luahan hati. Apa pun, untuk dihormati haruslah bermula dari dalam diri kita dulu  :)



daa..
adioos!

Pictures of my favourite moment.

As-salam..

Day 8 ~ A picture of your favourite memory.


Berposing bagai atas tangga umah orang, bajet anggun lettew~~ haha


Piknik kat pantai Tanjung Puteri..uwaa~~ jom la preschool of roxs pi pantai lagi


Duta COLGATE yang dah pencen..mekacih :)


Sesi photoshoot bawah pokok yang tak bape nak rimbun, di depan kelas yang agak klasik suatu ketika dulu.  Sampai sekarang, orang yang kat tengah tu menganggap ini lah gambar dirinya paling cun sekali. *waa..nyorok bawah bantal la sebab terperasan jap =.='


Tak lain tak bukan, ini lah photogediks terbaik bersama win wing tomei~

Semua gambar-gambar ni gambar lama. dulu tembum boolat gitew~

Suatu perkenalan jangan lah disia-sia kan kerana semua itu akan mengajar kita erti hidup serta kematangan dalam perhubungan.  Mengenali bukan untuk membenci tapi mencari di mana letak diri sendiri dalam putaran masa ini. ILYSM Preschool Of Roxs.  Masih banyak kenangan terindah dalam hidup ni untuk menutupi lara di hati. :) 


Masih meneruskan dengan tugasan 30 Things in 30 Days Challenge.

daa..
adioos!!

tengok ni mula gedik gatai mau kawin..

As-salam...

Tadi bising-bising dalam kelas, lecturer masuk boleh pulak buat tak tahu je sebab khusyuk depan satu laptop macam la dalam tu la penentu hidup dan mati, tak boleh tak tengok kena tengok jugak.  Dah la time tengok mulut tak henti dok ala bestnyer, ala sweetnyer..ala ala..berbagai-bagai ala lagi la.  Tengok ape? meh tengok sama meh...



Tahniah kepada Asyraf Muslim dan Dayana.  Semoga pertunangan kalian dirahmati. 





Lepas tu leh pulak layan video-video kahwin dari CST Production, antaranya perkahwinan Siti Sarah dan jugak perkahwinan Elyana yang sangat comel tuu.  Pastu sorang-sorang dalam kelas tu mula la menggediks mahu kawin.  Aku lak?  * tunduk malu-malu sambil kesat hingus meleleh..aiya! camne mau kawin nie.  Ada yang sanggup ke. okey, dah jawab dalam hati :P


daa..
adiooos!!

Rindu datang lagi

As-salam...

Sejak kebelakang ni selalu telefon ma. Bukan sebab nak mengadu sob sob nangis sampai basah enpon, not me..muke je manja, asalnya idok ler. okey, perasaan sendiri memang terlebih.  Mau suruh ma cari menantu kat anak keduanyer ni cepat-cepat itu mungkin betul.  Hah, mau ditampor oleh abah sebab anaknya ini gedik gataii gelenya mau kawin sedangkan belajar kat bangunan tinggi-tinggi tak abis-abis lagi. okey da, ampun abah. *betulkan tudung sambil tertunduk malu, iyer ini anak yang baik.  


Dengan sepupu, deknis dan dak ipan. hanya deknis je yang ayu kat sini, dak ipan tak ensem.


Hah, kali ni gaya lebih stylo sket.  bila telefon ma, mesti ingat kat Anis dan Sucee si cilik yang selalu menghibur hati ni. 


Rindu pada suasana kampung yang menghijau, diiringi muzik alam yang tak pernah bingit berbanding kat sini hanya ada penjara bangunan batu =.="


Candid! masa Sucee tengah sibuk suh aku duduk macam pengantin sebab dia baru lepas pergi kenduri kahwin dengan nenek dia..nenek kitorang.  



Hujung minggu ni cuti tiga hari.  Sabtu, Ahad dan Isnin.  No idea mau buat apa, dok bersila atas kerusi tonton Mahajaraja Lawak melalui You Tube pun okey jugak sambil hirup maggi tomyam. okey!



daa..
adioos!!

A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

As-salam...

#Day 7 –  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.



Haha..sila bulatkan mata dan lopongkan mulut.  Sila la jangan percaya.  Actually i've no idea about this task sebab aku tak suka nak bela binatang.  Bila baca task ni, takde satu binatang pun yang aku rasa nak jadikan pet, even haiwan belaan yang biasa pun.  Tak suka nak kurung binatang , kan elok kalau binatang tu di habitat asalnya saja ;)



You all lak suka bela binatang ape? ha..jawab jawab..
Sesiapa yang suka bela binatang ni, jelas kelihatan dia seorang penyayang kan? Bagusla..kipidap!


Putus.

As-salam..

#Day 6 : A song to match your mood.


Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
tergamakmu merobek hatiku.

Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu.

Aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinya nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku.


Putus by Melda Ahmad. 
 
Aku kejam kan tapi difikirkan balik, nope..bila ianya semakin baik untuk kesihatan hati yang dulunya bernanah kan. Mau share video ataupun dalam bentuk audio tapi internet pree ni lebih kejam lorh.  

Matahari tak pernah berhenti memancarkan sinar cahaya nya pada setiap hari, selagi itu peluang kebahagiaan akan terus menyinar~~

kan kan kan??

daa..
adiooos!!

Yep..inilah saya. Big girl. ammma~~

As-salam...

#Day 5 : What makes you different from everyone else?
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

 Emieysandra a.k. a Amirah adalah...


Seorang yang suke menyanyi dengan suara yang sumbang, melodi di atas angin dan terkadang seni kata main sedap mulut je . *okey, mau menyorok bawah meja. blushing la pulak weii..adess~



Seorang yang menganggap dirinya besar padahal memang besar macam gajah. ha..kan kan..Ini bukan kes double S (Syok Sendiri) tau tapi proses pemikiran positif yang sentiasa berlaku.  Tapi kecewa, bila beberapa kes je yang menjadi. 



Seorang yang punyai dua teman baik bernama Ain dan Ain,  masing-masing termasuk aku ada tahi lalat di pipi.  Yang mungkin membezakan kitorang mungkin di sebelah kanan atau kiri sahaja..jodoh kan kan kan.



Yang lain-lain masih normal seperti gadis biasa, kerana aku insan biasa yang punya perasaan biasa .


daa..
adiooos!

Perempuan Melayu ber walkathon.

As-salam...

Hari Sabtu semalam ade program kat maktab.  Walkathon, harap betul la ejaan ni yer.  Kena jalan kaki sejauh 3km.  uwaaa, lemak-lemak aku memang menangis la semalam.  Dah la dari pagi kena berhimpun. Satu hal, dah ambik masa rehat hujung minggu tu.  Okey, tu dari sudut negatif.  Manusia manusia, hanya tahu merungut je kan.  Tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang ada kan. Tapi kan, depends pada diri kita sendiri untuk mewujudkan kenangan terindah itu. Mau kan? ikut kata hati..pastinya yang terindah :)


#ade sesi ambik gambar manyak-manyak la..


gaya seorang perempuan Melayu :)
tema pakaian yang ditetapkan ialah tradisional.
Jadi, ikut kreativiti unit, kitorang gunakan baju kelas, seluar slack hitam, kain batik, bunga dan kipas. Ringkas dan kena dengan tema kan.  



sesi berkoya-koyaan sebentar. haha..


ini gaya sebelum membuat persembahan yang berbaloi-baloii..


tayang bunga, tayang pipi boolat..oh yeaHH!

ini gaya lepas dapat hadiah untuk persembahan yang berbaloi-baloi itu. Persembahan nyanyian lagu patriotik paling bersemangat. haha..ape pandang-pandang? tak caye ke.



 All pics credit to my pren, Izzah Hani. sume cilok dari facebook dia kecuali my own pic guna hp murah ku sajer..

daa..
adioos!

lovely friends.

As-salam...

#Day 4 : Your favorite photograph of your best friend.
30things Day Challenge masih diteruskan lagi, walaupun memang dah tak ikut hari.  Kebizian melampau plus masalah jiwa sakit bukan sakit jiwa tau.  Da layansssss...


Puas dok cari-cari dalam folder pic tomei-tomei..last, aku pilih yang ni.  Gambar wif my BFF and sweet model, kak Izma..Kalau xramai orangm mau lepak lama-lama lagi dalam restoran kepci tu dan ambik gambar banyak-banyak kan. 



ape nak buat bile rindu pakwe lama? k la..
mau gigit selimut sampai tertidor..ah, peritnya rasa ini. damn. 


daa..
adioos!

JUST BE YOURSELF

#Day 3
Your idea of the perfect first date.



Dulu ade la first date dengan ex-pakwe. Dah.. dah..kisah dahulu usah dikenang, kisah yang mendatang patut diangankan. Tak jadi lak nak berpantun =.='



First date, urmmm...

Perlukah menjadi sempurna tika pertama kali berjumpa.  Pakai cantik-cantik, mekap dengan ayunyerrr.. dan cuba berpenampilan sebaik mungkin.




Sebabnya, nervous pada penilaian pertamanya dia melihat kite sebagai kekasihnya.  Mungkin sebelum ni, kita dah lama kawan ngan dia, kuar pi mana-mana selekeh je ngan die, men ketuk ketampi ja jan jalan tak hengat dunia tapi bila dah kapel dan nak start dating..kenalah menjadi seorang kekasih yang ayunyerrrr!  Itu kalau situasi yang pernah berkawan la.  Kalau yang memang tak pernah jumpa, dah declare kapel, mesti cuba jadi sebaik mungkin kan. Actually, depends pada diri masing-masing la.  Kalau fikir balik, kenapa kau kapel ngan dia? mestilah nak serius untuk kawin dan jadi pasangan seumur hidup.  dan selama itukah kau akan cuba menjadi terbaik depan dia walau dah kawin?  Tak kan. Dan fitrah manusia juga dilahirkan dengan kebaikan dan juga keburukkan.  Tak ada orang yang sangat sempurna, bila lama-lama kenal nanti konpem akan jumpa keburukannya..kan kan kan.  JUST BE YOURSELF is better  ;)

 


Alamak, aku lupa tajuk task ni..tengok balik. okey. ermm..berat hati sungguh nak jawab soalan ni sebab aku tak bersedia nak fikir tentang first dating lagi uwaaaaaaa, terus ingat first dating sebelum ni, err......fuuh fuh fuuuh, kenangan pi la jauh-jauh berterbangan tinggi  =.='   





Meh kita berangan jap ea...jap..


Pelamin dalam citer Ayat-ayat Cinta. Dating kat sini, boleh? aku dan si dia jadi hero dan heroin kat sini? mula-mula memang ramai tapi lepas tu dapat la dating berdua-duaan kan, hahaha..gediks macam nak kena lempang je kan =.='

 

Aku suka air laut, pantai. aku suka alam, aku suka kehijauan.  Secara seriusnya, nak dating camni.  Duduk sambil berlunjur kaki dan bercerita semua tentang aku dan dia.  Citer pasal masa depan dan  Saling mengenali. Saling memahami.  Saling menghormati.  Tenang sangat.  


daa..
adioos!!

Ulau melingkau atas baju pupel!

As-salam...

Hari tu dalam entri ni aku ade citer kan aku pegang ular..ehehe, eksaited tol, padahal ulau kecik je tu.  Tak pe la, tunggu nak pegang ular kuning yang albino tu baru best tayang kan..haha.  Actually, eksaited bukan ape tapi aku suka bila dapat buat something yang aku rasa tak mungkin.  *tak mungkin kot aku nak pegang ular yang panjang, licin, lidah terjelir-jelir suka makan katak..yerkkkk!! geli tetibe..adess...



Tapi aku berjaya gak pegang ~lalalaa..

Nampak. itu memang ular okeyh..haha..kocik je pun. ermm, maaf yer gambar banyak sangat kena edit tang cahaya tu sebab lepas ambik pic ni baru perasan gelap, masa snap bertentangan matahari lorh..dah la ade dua pic je.



Puas ku pujuk si ular ni supaya pose tunjuk kepalanyer tu, tapi dok syiok pulak die dok melingkau..ulau ulau.dah memang kijo ekau kan. err =.="




Tak sabar nak balik nanti nak tunjuk kat ma.  Ma mesti dok eeii..eii..geli geliman. haha. 


daa..
adioos!!

Winter Sonata & Three Idiots

As-salam...

#Day 2 : Your favorite movie

Jom teruskan dengan cabaran 30hari ni *muke tak bersalah dah miss bape hari da =.=' tenetkenepotongtakbayarlaginakbayarbilaelaunbukumasuk..sekian :)





Cerita yang boleh buat aku senyum dan nangis sorang-sorang dari dulu sampai sekarang ialah....*rolling drum.............WINTER SONATA!!

 Citer ni la pencetus fenomena citer korea lepas tu kan..Autumn in My Heart, Boys Over Flower, My girl ni pun aku minat.



Apa tidaknya, ada heroin yang chantek-chantek dan hero yang jambu-jambu encem yuuu..



Cerita yang kedua..yang best, tak kering gusi dan takkan boring ditonton banyak kali ialah..kena ade *rolling drum jugak ialah.........THREE IDIOTS


Setuju kan citer ni memang best??
dan Amir Khan lak nampak makin muda dalam citer ni.



pengantin yang diimpi sampai juga padanya.



Dalam citer ni ada satu lagu yang best dengan tarian, latar belakang video yang sangat menarik..Mau layan jom


Zoobi Doobi






psstt : *mekasih pada wireless asrama yang baik hati malam ni dan diharap dapat mengekalkan prestasi ini. 


daa.
adioos!

Err..my peberet song?

As-salam...

#DAY 1 

hai hai hihihihuhuhu. tadi kan dah kata, 30thing in 30days Challenge akan bermula hari ni.  Tapi terlewat lak nak siapkan entri ni sebab ralit dok tengok cerita.  Bahagia tol mentang-mentang dah habis prektikum dan hari ni lak cuti sempena Melaka Bandaraya Bersejarah. 

My favourite song mestilah dari artis kesayangan yang aku minat sejak kecil lagi. Dok hafal..'hendaklah..hendak hendak ku rasa..aduh sayang' Ni lirik yang pemes masa aku darjah 1 dulu (asnyer la)haha..Aku pernah guna dua baris liriknya yang kat bawah ni sebagai quote dalam blog masa awal-awal blogging dulu. 


Ku tak bisa merubah yang telah terjadi, 
Tapi aku kan menjanjikan yang terbaik.







Ha..dapat teka tak? ehehe..jom tengok video lagu ni  la.


Seindah Biasa ~ Dato' Siti Nur Haliza

Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya
(Korus)
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama
Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama
Ku tak bisa menrubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jadi
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Aku memang berjiwa lembut untuk meminati lagu yang macam ni.  Cuba hayati lirik lagu ni, penuh dengan nasihat mengenai kehidupan.  Buat aku rasa riang dan bersemangat dengar lagu ni.  ececee..pandai je aku membungakan kata yer. 





Lagu feveret yang kedua, sangat jiwang..romantika de amor sungguh.

Apa Artinya Cinta by Ari Lasso & Melly Goeslaw.


DULU, aku jadikan ni lagu percintaan aku, suka sangat dengan tiap patah lirik lagu ni.   





Lagu feveret aku yang ketiga baru lah dari luar negara, huh..mestilah perkasakan Bahasa Malaysia kan :)

White Flag by Dido.



Ini lagu yang aku suka sejak dari dulu, lagu-lagu sekarang pun banyak jugak yang aku minat tapi lagu-lagu dulu lagi evergreen, sentiasa cedap didengar sepanjang zaman..tol tak sayangss? haha..


daa..
adioss!

30things??

As-salam...

Dah lama aku nak buat benda ni.  It's a task! haha..asaimen dok tersengih-sengih leh pulak aku kejar task yang lain.  hohoho..You all mesti tahu kebaikan task ni kan.  Semestinya membantu kita menulis entri setiap hari.  Aku memang gian nak mengupdate entri tapi buat masa sekarang rasa takut sangat kalau terbabas pada cerita yang tak sepatutnya.  Not good kan sayang-sayang semua. So, aku nak buat task ni!!





Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 –  A song to match your mood.
Day 7 –  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 –  A picture of your favourite memory
Day 9 –  Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – Your dream wedding.
Day 12 – A photo of the item you last purchased.
Day 13 – A picture of your favourite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days



Ini ha tajuk yang perlu aku buat selama 30hari dan akan bermula pada hari ni.  Tapi, aku tak nak guna tajuk yang camni la, boleh kan..oh oh mesti la buleh kan.  


Mai la pakat buat ramai-ramai kalau belum buat lagi dan yang dah buat nak buat lagi pun boleh. Cam best kan, leh tengok tajuk-tajuk kat atas ni.  Aku harap aku cekal menghabiskan 30perkara kat atas tu. Ganbate!! 


daa..
adiooos!


Terima kasih teman!

As-salam...

SELAMAT PAGI CIKGU!! haha..dah rindu ucapan ni dari murid-murid.  Selama sebulan ni, mereka la penyeri hidup aku.  Gembira, sedih..tension..semua sebab diorang.  Semuanya bersatu menjadi rasa bangga sebab dapat pengalaman bermakna bersama diorang.  Kini, mungkin i'm back to my situation.  Mungkin juga tidak.  



Sebelum hal ni terjadi, i mean perpisahan aku dan 'dia' aku dapat nasihat dari seorang teman yang juga pernah kehilangan cinta pertama.  Kata-kata dia masih aku ingat sampai sekarang.  Mungkin ini yang aku perlu dari dulu.  Nasihat dari seorang teman yang tak menyokong mana-mana pihak sama ada aku atau 'dia'.  Mungkin memang betul salah aku dan mungkin jugak salah 'dia' sebab cinta is sharing, loving together.  Together, jadi kalau salah tak bermakna satu pihak je salah dan punca yang menyebabkan salah itu juga salah.  



Aku sangat menyayangi teman-teman, cuma aku tak reti nak tunjukkan secara zahir.  Less emotional i think..haha.  Terima kasih pada yang menegur dan memberi nasihat dengan ikhlas.  Jangan terlalu ego untuk menerima nasihat, ruang memperbaiki diri pasti terbuka luas. 

~whut a lovely pic with a deep meaning.

Entri ni juga khas kepada teman yang baru sahaja menegur aku. Jangan takut, aku terima teguran dengan hati terbuka kerana aku hanya insan kerdil yang punyai banyak kekurangan dan waktu hidup yang ada ini akan digunakan untuk memperbaiki diri menjadi terbaik.

 

daa..
adioos!!

Luahan Hati : Cinta

As-salam..

Mata dah ngantuk tapi jiwa ni masih kental mahu menulis lagi.  Yela, gunakan sebaik mungkin masa lapang yang ada sekejap ni untuk fokus pada blog kesayangan, esok kan cuti sempena Melaka.  Lepas ni akan sibuk masuk kelas dan belajar seperti biasa.  Beberapa assignment sedang tunggu untuk disiapkan, huh..satu habuk pun tak sentuh lagi, nanti malam sebelum due date, mula la mempanda kan mata.  haha..dah camtu la style student sekarang, eh..mungkin aku je. =.='


Bulan ni sangat tough bagi aku. Menghadapi cabaran sebagai guru praktikal, dengan kerja yang bertimbun, fizikal dan mental memang penat la dan juga menghadapi satu masalah hidup yang agak biasa pada masa sekarang iaitu PUTUS CINTA.  Aku dah biasa putus cinta ni dengan orang yang sama seperti sekarang. Okey, mungkin orang akan cakap nanti sambung balik la tu.  Putus sambung pun agak biasa sekarang ni kan. Dan aku lak namakan cinta chipsmore, kejap ada kejap takde Tapi kali ni aku dah betul-betul nak lupakan kenangan lalu dan terus melangkah sambil tersenyum :) 


Setiap hari aku ingat 'dia' dan kadang-kadang menangis dengan apa yang terjadi.  Ya, aku takkan halang air mata ni jatuh kerana itu saja lah cara untuk aku meluahkan rasa yang sukar dimengerti oleh sesiapa pun.  Bila bercerita kepada teman baik juga buat aku menangis kerana aku nak bagitahu 'dia' dah tak sayangkan aku, tapi itu bukan..'dia' sangat sayangkan aku.  Mungkin kerana sayang dia buat aku begini dan kerana sayang juga aku terima semuanya ini. 

~Dulu, kita bertemu dan bahagia~

Cinta pertama yang dulu penuh dengan angan-angan indah kini telah dilitupi dengan awan tebal dan hanya kuasa Allah S.W.T sahaja yang akan merubah kembali sekiranya jodoh kami kuat.  Buat masa ni, aku telah kecewa dengan cinta pertama tapi aku takkan menolak cinta kedua dan ketiga atau seterusnya kerana aku akan berlalu sambil tersenyum, bukan terus menutup kebahagiaan untuk diri dan sekaligus cubaan untuk menutup peluang kepada 'dia'.


Entri-entri bersamanya masih ada di dunia emieysandra ini.  Biar la segalanya berlaku perlahan-lahan, akan ku hapus setelah benar-benar sedia.  Aku juga takkan membenci 'dia' kerana ianya sama seperti menyayangi, yang akan buat aku selalu ingat pada dia dan kenangan kitorang.  Biar la aku menumpahkan sedikit air mata setiap hari untuk menghapuskan rasa kecewa ini.  Aku harap aku kuat melalui saat-saat sukar ni.  Tiada siapa mampu menolong aku melainkan diri aku sendiri. Ganbate! ~_^

Cinta padaNya jualah yang paling hakiki dan abadi.

daa..
adioos!

Last..pi jumpe buayo!

As-salam..

Alhamdulillah, hari ni hari last prektikum.  Mula-mula sampai, kena hadiri perhimpunan yang diadakan khas untuk cikgu-cikgu praktikal, kire majlis perpisahan untuk we all yang praktikal ni.  Masa ni jugak we all bagi hadiah kepada pihak sekolah dan tak sangka jugak pihak sekolah ada sediakan hadiah untuk we all, lagi..diorang pun buat jamuan perpisahan yang semuanya ditanggung oleh pihak sekolah.  Terharu kan bila dilayan macam ni sob..sob..tacing tol dengan layanan ni.  Guru Besar siap suruh minta  untuk berpraktikal kat situ lagi semester depan.  Tapi tak boleh la sekolah yang sama je tiap-tiap sem, nggak ada cabaran lak kan.


Dan dan jugak hari ni last praktikal dan kelas prasekolah buat lawatan ke Taman Buaya,esok lak cuti, hoorayy! penutupan prektikum yang best la.  


lawatan ni, semua murid diwajibkan ditemani salah seorang ahli keluarga supaya senang nak diuruskan kat sana. ;)

Cikgu nak bergambar dengan Syafiqah, eh eh..nampak separuh je Syafiqah, saje je cikgu nak interprem lebih maaa~~

ni ha..sambungan muka Syafiqah comel dan belakang tu Tasya tenitt..my anak angkat for this time, mama die tak dapat ikut dan die minta tolong aku dan my partner tolong tengokkan Tasya.  Nasib baik senang nak dijaga dan Tasya memang tak banyak kerenah..ermm..memang takde kerenah pun..ikut cakap. ;)


 Time ni diorang beratur untuk sukaneka. Lawatan ni memang terisi dengan sukaneka dan swimming!! acara yang memang budak-budak ni tak sabar cangattt.


ha, semangat nak swimming la ni..kemain baik dak-dak ni bila akak fasi suh diorang duduk...padahal..


nak dimandikan diorang di bawah paip hujan ni dulu sebelum masuk dalam swimming pool..haha, seronok tol diorang.


with Tasya..cenyum cenyum :)



Tajuk ada buayo, tapi content  entri tak dop buayo haa..pergi Taman Buaya tengok buaya asik tidor je..boring ah, nasib baik ada ulau.  Aku memang jakun la tengok ular yang sangat baik tu, puas pegang peluk cium segala bagai la..tapi no pic lorh..huhu.  (ecece..gaya cerita macam ular tu seekor kucing lak) ;P

sweet memory with them ♥ imy all! ♥


daa..
adiooss!

Won't you Say You Love Me Too?

As-salam...
 

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

~Barney Song : I LOVE YOU~



Tadi ajar budak-budak nyanyi lagu ni sambil pegang kad bentuk love.
I love You All!!

Ape masalah ko??

As-salam...


Petang-petang camni memang tersentuh angin kus kus ku.




ni hah..

bukak blog then tengok banner, icon shoutbox dan lain-lain icon la dah bertukar jadi putih dengan warning yang camni..


"We're doing a little work right now, Your image will be back soon~photobucket~"



Aku perasan masalah ni dari semalam.  Hari ni stil lagi macam tu.  Yang aku risau jugak, blog aku je yang jadi camni. Blog lain okey je, ermm..mungkin diorang tak guna photobucket kan. Ala..sedih la camni..=.=" Masing-masing ada kelemahan kan, hope my photobucket image akan jadi sediakala.  Lapar, makan dulu..jom!


daa..
adioos!!