prektikum best!!

As-salam....

Yup3..prektikum sangat best.  Memang betul-betul best la.  Sesiapa yang tak tahu, 'prektikum' ni bukan perkataan akronim pun.  Prektikum ni sama je dengan praktikal..cume budak-budak IPG je gune prektikum.  Err..apa yang aku tahu macam tu la, kalau ade maksud tersirat sal prektikum ni aku akan bagitau okeyh.


Kenapa aku kata prektikum ni best?. Hahaha...simple je..sebab dapat pengalaman yang sangat berharga.  Eh, u all mesti pernah dengar sal 'experience is the best teacher'.  Guru cemerlang mana pun takkan dapat menandingi si 'pengalaman' ni.  Betol tak?


Selama seminggu di sekolah tu, macam-macam  perangai budak yang aku jumpa.  Tapi yang sangat bermakna adalah bila aku dapat tahu kelemahan diri aku.  Yap, kelemahan diri aku sebagai manusia yang akan bergelar guru.  Guru yang akan mendidik anak bangsa kelak.  Aku rasa bertuah dan gembira sangat sebab ada peluang camni untuk aku menyedari kelemahan diri dan berpeluang untuk memperbaiki diri.  


Kelemahan aku yang terbesar yang aku rasa setakat ini ialah aku sangat lemah tengok budak comel.  U all pun sama kan.  Geram je tengok budak comel, rasa nak cubit-cubit, cium pipi bagai kan.  Sekarang, aku kena belajar tahan godaan tengok budak comel.  Sebab ape tau, sebab mereka akan mula besar kepala, nak manja lebih-lebih sampai masa belajar pun nak merajuk, nak kite bagi perhatian kat dia je.  Mana boleh, 25orang sekaligus nak perhatian cikgu, mana la larat cikgu nih. =.='


Prektikum memang sangat penat sebab semua kerja kena buat perfect.  Rancangan Pengajaran kena buat ikut format betul-betul.  Bahan bantu mengajar kena siapkan.  Memang betul-betul jadi cikgu walaupun latihan je.  Walau apa pun, berfikiran positif akan membantu kita mengharungi semua tu dengan mudah je.  Sebab tu aku beranggapan, prektikum ni la masa untuk mengaut sebanyak mana pengalaman serta mewujudkan rasa minat yang mendalam pada bidang perguruan.  ecece..sedap lak aku berbahasa kali ni.  pheww~~

giles comel budak ni cenyum, terus teringat anak murid..err~



daa..
adioos!

Tiga hari dah jadi cikgu!

As-salam...

Fuhhh! 3hari berprektikum..alhamdulillah, aku tak pengsan lagi dalam kelas ;p Tempat aku prektikum ni semua murid pompuan. Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun.  Murid pompuan tak de la nakal sangat berbanding dengan murid lelaki tapi mereka ni ade penuh dengan sikap-sikap kemanjaan.  Gheti dok? camni..asyik asyik panggil cikgu mengadu pasal kawan diorang sentuh mainan ni la, kawan ni sentuh rambut dia la..tak sikit mengadu, banyak kali tu dan dah la orang yang sama je.  Eh..ingat cikgu ni balai aduan ke? *buat muka garang.  Lagi satu, suke nak gesel-gesel kat cikgu lebih-lebih lagi time kena buat lembaran kerja.  SOry, ai takkan tergoda..heh. ;p


Semalam ada sambutan birthday Balqis salah sorang murid prasekolah kat situ.  Semua kawan-kawan die dapat topi, cantik topi tu.  Baik tol mak Balqis sediakan semua tu untuk sambut birthday Balqis ngan kawan-kawan dia di sekolah.


Kawan-kawan tengah nyanyikan lagu Happy Birthday pada Balqis.  Kek tu cantik kan, masa kecik aku tak penah pun sambut bithday dalam kelas prasekolah. Memang la, sebab aku tak masuk prasekolah dulu, tak tahu nape aku yang special dalam kalangan adik-beradik lain.  Diorang semua masuk prasekolah, aku tak.  Sedih gak dulu.  Yela, masuk prasekolah ada macam-macam aktiviti berbanding TADIKA.  Ermmm..takdirnya, sekarang aku dengan budak-budak prasekolah je. =.='


Ini cikgu manjergediks saje nak pose ngan topi murid.  Jangan tengok lama-lama, ada bau masham, ehehe..pakai baju sukan sebab pagi tu ada aktiviti luar dengan murid-murid. ;)


Petang semalam ade perjumpaan kokurikulum.  Jadi, semua cikgu kena ada.  Aku dah siap-siap minta nak masuk BSMM iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia dan sukan permainan lak bola jaring.  Aku dah la lama tak bersukan, tetibe kena masuk main lak ngan budak-budak ni.  Mak aih, budak-budak lebih besar mengalahkan cikgu.  Ape yang kamu makan ni? makan tulang lembu setiap pagikah? sasa tol badan kamu ni.  Cikgu ni gigit tulang ayam je. ~lalalaaa. 


Esok aku dah mula mengajar, inilah saat nervous yang paling nervous sampai jantung nak terkeluar ni.  Huh, apa yang penting..sebaik mana pun rancangan pengajaran yang penting kawalan kelas kena baik.  Itu yang penting bak kata pensyarah aku.  Okey la, mau bersedia dengan apa yang patut dulu. Rancangan pengajaran dan juga bahan bantu mengajar.  Ada yang mau tolong nggak? *kelip-kelip mata buat muke kesian.



daa..
adioos!!

be a teacher

As-salam...


Hari ni kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru praktikum.  Sebulan kena berada di sekolah tu dan mengajar, itu yang dup dapp dupp dap tu. haissh, mudah-mudahan dipermudahkan la segala urusan. amiin. 


 be a teacher....

plant the seed of knowledge that will last forever.


daa..
adioos!

dup dapp dupp dap.

As-salam...

Selamat pagi sebelum pukul12!
Peluk-peluk bantal..ah, macam ar rindu sangat kat sini.  Sini? yes, i'm here.  Kat Melaka dah pun. =.='



Saje datang awal untuk tengok-tengok apa yang perlu disiapkan.  Assignment pun ada yang tak lengkap lagi ni.  Dan jugak...menunggu hari Isnin dengan sabar.  My 1st PREKTIKUM!  aiyakk..memang la prektikum je pun.  Tapi agak nerveous la sebab ianya kali pertama.  Macam jatuh cinta kali pertama jugak, nervous tu lain macam kan.  Adess, cinta pertama lak.  Jantung ni pun dah juget dangdut nih.  dup dapp dupp dap. 


*senyuman kaku. dalam hati siapa tahu.



kawan-kawan, moge sabar dan berjaya tempuhi prektikum selama sebulan ni yer!


daa..
adioos!

Datim dengan penuh kasih sayang!

As-salam..

Serta salam sayang moga ceria semuanya.  cenyum. ^_____^.
Agak kekok untuk mengupdate entri bila dah lama tak update.  Padahal baru beberapa jam kot. adess =.='



Kebelakangan ni jarang sangat update blOg, adakah aku je yang perasan akan hal ini? tetibe skimA laks. Sebenarnya, aku rindu amat pada duniaku ini.  Okey la, lepas ni aku akan cuba update selalu.  akan cuba! okeyh! 


Semalam keluar seharian, pegi bandar..Tujuan utama mahu makan kepci tanpa chrunchy, eh bukan..sebenarnye tanpa en.chenta hati sebabdiatakbalik.  Siyes, tengok kepci ingat die..tengok die ingat kepci. Tanpa die, kepci tetap licin. =.='

 
Ini adik bongsuku, tengah tayang tabung nya.  Kitorang pi bank dulu, gi kira duit die ni.  Cu teka, berapakah jumlah yang disimpan oleh Akif dalam tabungnya itu?. 

pose dengan tabung kelapa.  Kau ado? err..ado jugak eh. okey. 
Jawapan bagi soalan di atas : Empatpulohinggitduopulohsen. *ting ting! bunyi duit, aku kayo. ;p

Err..inilah akibatnya hidangan kepci yang tak nak mesra ngan kamerafonmurah dek kerana lebih mesra dengan perut kempis.  Sekian.

Gambar shopping terbaik mesti ade efek gegargegarkan, supaya tak mempengaruhi orang ramai khususnya wanita terpengaruh sehingga nanti tarik-tarik baju laki mau shopping. sape susah ahmoooii.  Shopping. Apalah ada sangat kat bandar yang masih kekampungan ni. err...Kepci kan ade! ;p

Gambar ngan si bongsu mesti ade. kakak kedua dengan si bongsu.  Ada sama tak, kalau ade..tang mana yang sama? tang idung kah, tang mata kah, tang kaki kah? aiyakk. ;p

with my BFF.  tenkiu temankan kitew cuti ni, takdela kitew ni boring.  Opkos die kena ade sebab die sorang je kawan yang study paling dekat dengan kampung, yang lain nun jauh-jauh belaka.  Time raya pun bukan main liat nak  jumpa.
  
kisah tamat dengan penuh kasih sayang..muaaahhh3x!

daa..
adiooss!!

really..i'm LOST!

As-salam...

Hari ni hari cuti.  Jadi, aku berjaya mencutikan diri sepenuhnya.  Celik, memenuhi tuntutan kehidupan kejap (fikir la sendiri).  Then, pejam lagi.  Pejam..pejam..pejam..pejam.  Adess adess..meh la ketuk kepalaku ini sekalidua sorang.  Makin bengap lak jadinya.  Mungkin boleh jadik zomba daa..enjit enjit enjit cemut cape cakit naik katil..uwaaa ;p
 

Indah sementara untuk ingatan selama-lamanya.
Jangan jauh, diam di situ.
Jangan pernah menjauh, kuasa Tuhan ia mungkin makin erat. 



mood : keliru
=.='


daa..
adiooos!

perlukan ilham

As-salam...
 
Sesiapa pun pasti pernah dengar lagu yang cukup romantis ini kan.  Kau ilhamku, Man Bai.


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

 Aku suka sangat dengar lagu ni, nak pula diiringi gitar ataupun kibod. Okey, terus terbayang Mr. Jo (pensyarah Muzik). *sipu-sipu, gediks!


Kebelakangan ni, aku jadi serius.  Kalau mesej atau chatting, nak letak 'hahaha', 'huhuhu' mesti pikir beratusdigitlima..terasa cam hipokrit nak gelak tak senonoh gitu..hambek la daku =.='


Sekeliling aku lak, adik-adik yang memang makin membesar dari hakaknyer ni.  Betol. Sumpah =.=' Pantang nampak tak kena, pasti lancang je patah-patah perkataan ni kuar dari mulut aku.


Situasi, pukul 7.00, Akif (adik bongsu) masih tak mandi dah la muka comot masih dok berbasikal di bawah senja.

Aku : Adik, masuk mandi sekarang, dah gelap ni.
Adik : *buat-buat tak dengar.
Aku : Adik(aku tinggikan suara dari tadi)..mandi la, tengok muka tu dah itam. Badan busuk dengan peluh tu. Tak siapa nak dekat tau.
Adik : Bia la.
(*adik dok depan tv lak, sambil buat tak tahu arahan aku)
Aku : Adik..mandi la, sekejap je.  Tak lama pun. Nanti leh sambung lak tengok tv tu.


Nampaknye, hari-hari la aku camni. Tukang membebel kat adik-adik.
Adik..jangan buat tu #%$$##@@#$#
Adik..jangan buat ni $##%%@@!!!@


I'm getting serius..tanpa kau ilham untuk menceriakan hari.  
Hati ingin terus bersedih, wajah ingin tersenyum. Saling menolak bagai magnet, Utara bertemu Utara. Akhirnya aku tersepit di tengah. tanpa rasa.

muke kena paksa, tiup belon untuk diorang nih.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
 ape ko kisah kalau aku mau gelak :P

daa..
adiooos!!

budhak-budhak shuke main tiup belOn!

As-salam...


Riang hatimu wahai si gadis cilik.
Senyum di bibir, menghibur sekeliling.



semangat tOl nak tiup belOn ni.


Petang tadi pergi umah tok ayah, jumpe tok & nenek, juga my sweet cousins nih.  Aku sampai kejap je, diorang dah ajak pi kedai. beli jajan dan jugak belon yang seposen satu, gune straw pendek untuk tiup tu. Suke diorang, kak ngah pun sukeww! ;p


daa..
adiooss!

ku cari kedamaian

As-salam..

Kepala dah pening, mungkin kesan sebab kebelakangan ni asyik tidor lambat siapkan kerja plus think about problem else  =.='  Dua hari sebelum balik kampung, aku sakit perut.  Sakit kat dalam perut yang amat, kena makan ubat tahan sakit barulah reda skit.  Telinga ni pun dah jenuh dengar nasihat kawan-kawan yang risaukan aku supaya pergi jumpe doktor.  Tapi, sebelum jumpe doktor pun aku dah kena sakit docphobia, camne nih doc? adess adess.


Satu-satu cara selain makan panadol, (walaupun tak elok tapi makan je la sebab dah tak tahan sakit) ialah mendengar ZIKRULLAH.  Alunan ayat-ayat suci al-Quran  yang menenangkan hati dan juga pemikiran.  Rasa tenang. Ya, aku ada masalah..tentang hati dan perasaan.  Jalan penyelesaian yang kabur, namun keinginan sentiasa jelas. 

Aku rindu, tapi kunafikan rasa
Aku sayang, tapi kubutakan hati
Aku perlu, tapi kukuatkan ego

Yang pasti, kita ingin terus bersama
Selalu aku yang menunduk, mengemis perhatian darimu
Tapi tidak kali ini.

Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini~~


daa..
adioooss!

nasi perfect, sardin je tawar..

As-salam...

Pagi ni ingat nak mulakan hari dengan berblogwalking, lepas dah buat kesalahan TERbesar seorang pelajar.  kadang-kadang kite kena buat salah jugak, jangan asyik nak sempurna je..bosan LOL ;p.  Aku pilih yang utama dulu la, update my blog dulu la.  Aku ni nak citer banyak, tapi masa je tak mengizinkan aku menaip mesra di sini.  dah dah, sekarang dah boleh kan. *cenyum.


Ada la satu hari tu, aku tengok status kawan aku.  Shian tol, die tanya siapa yang boleh ajarkan die masak nasi dan juga sardin.  Kawan aku lelaki okey.  Dan aku sebagai seorang pompuan sejati, pun katalah dalam hati, 'kacang jer tu' *muke berlagak okeyh, mentang-mentang aku lulus dengan jayanya masak dua perkara tu.  Hei, masak nasi tu asas bagi seorang wanita.  Kalau tak reti, camne nak pikat perut suami dan menjadikannya makin boroiiiiiiiiiiiii...;P


Aku pun mula la chat ngan member aku ni untukkan tunjukkan cara masak nasi dan sardin tu.  Kenapa aku baik sangat nak tolong? sebab aku juga seorang kawan yang baik dan prihatin terhadap kesusahan kawan *sory eh, angkat bakul sendiri, sebab kalau tak bagitau, orang tak tau. sekian.


Apa yang aku bagitau?
Kalau nak masak sardin, kau tumis je bawang putih dua tiga ulas.  Bila dah naik bau, kau letak air sikit je, pastu campakkan satu tin sardin tu.  Tunggu masak. Siap.  Kalau nak sedap, hiriskan bawang besar dan campakkan juga dalam periuk.  

~ini resepi simple untuk orang bujang.


Untuk masak nasi lak, kau basuh beras dua tiga kali, pastu letakkan air tu sama paras ngan tinggi nasi.  Err...camni nak gtau ni.  U all paham tak, aku nak gitau ape.  Susah tol bila chat je kan.  So, dengan pintarnya aku pun gitau die suh tunggu jap, nanti aku lukis gambar. Wow! aku pun terkejut, aku nak lukis gambar camne nih.  Bukak la paint, then cuba lukis periuk..apsal periuk bujur ni, lukis la semula.  tak sampai lima minit, dah siap!

ni gambar yang aku hantar melalui mesej inbox.  Huduh benor lakaranku ini, tak pe..janji mesej yang nak disampaikan tu sampai kan.  Yes3..die memang paham, dan aku dah berjasa kat die hari tu sebab dah buat die kenyang. Buktinyer..

 

Aku risau kalau die tak menjadi masak nasi tu, rupanye sardin lak yang tawar.  Aku sepatutnya tak yah bagitau suh masukkan air kot.  Alamak, salah resepi k? tapi bese letak air sebab nak banykkan kuah, jadi kena la tambah garam sikit sebagai perasa. kan kan pompuan.


Malam ni naik bas, untuk balik kampung.  Dok umah, leh masak-masak.  Yes, balik nanti kena rajin-rajin kalau tak, takboleh kaf alif wau nun...~lalalalaa


daa..
adiooss!

Update

As-salam...


Lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang ~ DONE

Lawatan Ilmiah ke Pusat Sukan UIAM ~ DONE

Karnival Permainan Tradisional ~ DONE

Seminar Bina Insan Guru ~ DONE

Mini Olahraga ~ DONE




Jadi sekarang sibuk menyiapkan segala bagai report bagi program yang telah dilaksanakan di atas dan jugak beberapa assignment sebelum hari Jumaat ni.  


go go caiyok for me! cepat siapkan kerja boleh bercuti dengan riang! ~_^
11Mac - 20Mac
ini tarikh cuti, mesti la gedabak besar nyer ;)



Semester ni sangat tough, ni tak masuk prektikum lagi.
=.='

daa..
adioos!!

I'm trying to be okay.

As-salam..

Saje nak rajinkan diri mengupdate blOg ni.  Satu-satu kesayangan yang takkan yang takkan marah aku dan yang penting takkan tinggalkan aku.  Betol kan sayang?.




"She is smiling, she's feeling better than she did yesterday"



Bila tengah problem, pergi la cari cermin yang gedabak besarnya.  Dah tengok? tak cantik kan, muke masam mencuka.  Then, cuba senyum.  Baru maneh sayang..;)


 i'm smiling for myself, not for you..lorh. ;p
easy aite.
^-^ 

daa..
adioss!

first time bertuah menang contest!! jakun jap..

As-salam...

Hai hai u alls yang tersayang, adik manis abang bujang yang encem..err--
Baru pukul 10 pagi, masyaAllah terasa bahang macam tengahari da..Kena mandi lagi untuk yang ke-lima kali pagi ni =.='


Meh dekat meh nak citer..kitew kan suke masuk contest time kite pree.  Saje suke-suke, kalau menang masuk Berita Harian pun da okey, syukur-syukur. ;p


Hari tu kan, ade la di suatu hari tu aku ade masuk contest dan entri nyer kat sini. (tak leh bellah yang aku tulis p/s kat bawah tu). Masuk saje-saje je sebab nak tunjuk muke dulu-dulu yang bagai tepung gomak yang tak siap diuli.  Wah wah..tak sangka betul..bila keputusan diumumkan, aku menaaaanggggggggggg...







SAGUHATI!
percayalah...entrinyer kat sini 
 caye kan..;)




Sesi membuka hadiah, jom tengok..

Balik bilik terus tengok ade hadiah kat atas meja. Bagus betol posmen hantar terus ke dalam bilik nah. ;p

 dengan rakusnya, aku terus bukak. Err...

 tada...ade beg kecik yang comel.. Bukak lagi..

tadaaa!
rupenyer ade keychain yang comel berserta note dari Ida si tuan penganjur contest.


temkiuu lebiu Ida dan yang sebenarnye dia sendiri yang pi hantar hadiah ni kat bilik aku. Tak susah pun ida kan, naik setingkat je dari bilik awak kan, ehehe.



Ini lah gambar yang bertuah menang contest tu.  Kawan yang sebelah aku tu memang BFF aku dari sekolah rendah lagi.  Birthday kitorang pun dekat-dekat.  Birthday aku 1 Mac dan die lak 4 Mac.  InsyaAllah, bila ade peluang jumpe die nanti aku akan bagi hadiah contest ni sebagai hadiah hari jadi die, okey kan? ;)



abang encem ni dah mandi lOm, jangan menguap saje terus tengok blOg kite, xlawa uh ~lalalaa..

daa..
adioss!

Saya budak mereng..tettt!

As-salam..

U all sihat? bagus, jangan mereng-mereng ;P
Sejak tak bape betol ni, muatan dalam otak makin penuh..bukan ape, aku tak bese la pikir hal yang berat-berat nih, sekali berhempap dengan pelbagai komitmen besar lak semester ni. Cu bagi kat aku 1+ 1 je..tahu jugak aku dok jawab 2 je kan. ~lalalalaaa..

>.<"


ha..ini keje aku dalam kelas, jadi mereng jap.
orang pakai sepit comel kat shawl tu tapi aku pakai kat tudung bawal.
Classmates dok kata aku ni macam orang tak betul jer..bio lah, janji bahagia boleh masuk hospital bahagia..ko boleh? ;P


Actually, ni hadiah birthday dari kak Nuyu. Temkiuu kak nuyu cayang. Len kali bagi lagi eh. Meh tayang gambar gambar kak nuyu sat.

eh, tak jelas lak gambar kak nuyu. Motif utama nak tunjuk taburan warna-warni tu je, baru la de mood tunjuk birthday kan. ;p


chakkk! baru betol nampak kak nuyu and bithday girl. Cantik tak sepit tu?. Kak nuyu suruh aku pilih sendiri, dan ini yang berkenan di hati. Nampak besar kan, mesti mencapub kalau pakai.  Aku dah memang berkenan kat bling-bling sekeliling tu. <---- hadoi nyah, gitau je la kau memang suke mencapub. 

>.<"


Suke betol dapat hadiah ni. Mekasih la pada rakan-rakan yang sudi bagi ucapan dan jugak hadiah yang comel-comel macam ni.


lepas ni malas da nak update hadiah-hadiah birthday ni, tak kose la ai nak menunjuk kete BMW, TV plasma, i-phone pe bende tu..oops terlepas cakap lak.;p


daa..
adioss!

Opocot!! katak..euwww!

As-salam...

Ape lak melatah ni, tak elok u..kalau ade masalah ni cepat-cepat la usahakan untuk buang tabiat ni.  Banyak cara lagi untuk menarik perhatian selain dari melatah ni, contohnya sengih sampai ke telinga sepanjang hari. Good~~


Aku tak suka katak! Sangat fobia bila nampak katak, geli sangat tau. Tengok katak tu dah rasa macam katak kat badan ni..uwaaa..shuh! shuh! katak pergi jauh-jauh.  Pernah tengok cerita Putera Katak? euww euwww..tolong lew, ai geli sangat tow
=.='


ini gambar katak









TIPU!
ciptaan manual menggunakan kain dan kapas.

 credit to Google.
acctually nak upload gambar katak hidup, tapi tak berani la, menggigil tengok gambar masa search kat Google Images tadi.



Dan, aku tak sangka si budak ni,
boleh lak hadiahkan aku katak masa hari jadi aku hari tu.




KATAK?



tadaaa..

mug yang ada katak besar, saje u ni kan..
tapi aku guna jugak sebab ia adalah objek untuk digunakan ;p


hari-hari cium mug ni, kot-kot la bertukar jadi putera katak lak lepas ni. aigoo!



daa..
adiooss!

Jamban-ngan Cinta

As-salam...


Unik, kreatip, cantik menawan dengan warna pink.


Apakah itu?

  credit to Google


tettt!!!
jamban cinta rupenyer..;)



2 Mac 2011, kira-kira jam 12.00tengahari..Anna, penulis novel terlaris di jualan iaitu Cinta de'Bomb..Aja, penari kebanggaan negara Lela Sari serta pemilik koleksi Pinkgu terbanyak iaitu Qemma begitu terpegun dengan ciptaan ni.  Mereka mengucapkan tahniah kepada pencipta jamban nih. ;)



di mana-mana sayang,
sampai ke jamban pun berkasih sayang.
kih3.




 daa..
adiooos!

SORRY NAIK LORI LA..

As-salam...

Minta maaf dalam bahasa omputihnyer kite sebut SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..


aigooo, bape manyak SORRY ni..LORI pun tak manyak camni.


"SORRY awak, saya selalu berendam dalam bilik. berendam ayer mata sampai kabur tak nampak awak, jadi saya dah tak gurau-gurau ngan awak lagi. tak sembang-sembang ngan awak lagi. tak makan bersuap ngan awak lagi. SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..SORRY."



"SORRY kamoo, saya asyik moody je..dalam kelas saya tengok sume bende tak kena.  Kadang-kadang saya nak gelak-gelak kuat-kuat, kadang-kadang saya nak sengih sampai ke telinga, kadang-kadang saya nak menangis kasi banjir kelas tu..bersih sikit lantai kelas kita kan..kadang-kadang saya nak...errr, saya tak GILA lagi la weii. Last but not least, SORRY eh..SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY"



" SORRY pada awak..(yup, xde link la)..awak la..awak yang tengah baca ni.
Sebab buat entri tak bape betul ni.  Pada 1 Mac, ramai yang doakan semoga saya sentiasa ceria.  Ceria?? arghhh, saya lupe dah definisi ceria tu.  Seseorang tolong tunjukkan."
=.='




adess..
Baiklah murid-murid, hari ni kita belajar perkataan SORRY je. 
Balik hafal sambil naik lori..



daaa..
adioss!

Hujan..mengimbau memori kanak-kanak dulu

As-salam...


Tempat aku ni tibe-tibe hujan. Kat Durian Daun, Melaka.  Dah lama tak hujan, tol kan? *isau lak kalau aku tak prihatin pada cuaca nih.


Dari tingkap bilik, aku pandang ke luar..Subhanallah, cantik pemandangan ciptaan Allah ni.  Bila tengok , terfikir betapa besarnya kuasa Allah S.W.T yang menciptakan hujan ni.  Okey, terus pikir nak tidor, bestnyer.



Aku teringat zaman kecik-kecik dulu, ala time aku kecik lagi dari sekarang ;p. Bila hujan jer, terus berlari ke luar rumah, mandi hujan..yeay yeay * menyanyi-nyanyi supaya hujan makin lebat.  Ah, riangnya ketika itu.  Tak memikirkan sebarang masalah, tak memikirkan sebarang komitmen. Bila ma perasan aku main hujan, terus ma panggil balik dengan muka garang.  Aku pun buat muka tak puas hati.  Masuk rumah hentak-hentak kaki tanda protes.  Ma marah sebab sayangkan aku, tak nak aku jatuh sakit. Masa tu tak faham lagi, sampai ke malam tak nak makan, konon-kononnya mogok lapar.  Ma buat tak hirau dan aku mula fikir ma tak sayangkan aku.  Yela, nak seronok-seronok main hujan pun tak boleh, bila tak makan ma buat tak kisah jer.  Padahal, ma dah tahu kalau dah lapar, pukul dua tiga pagi pun mesti bangun untuk makan dan ma sebenarnya dah simpankan lauk. Lepas ni, kalau aku jadi ibu pun aku takkan biarkan anak-anak (lebih kurang 10orang je) aku main hujan.  Tak nak diorang jatuh sakit, bukan malas nak jaga tapi tak nak kesayangan kita menderita bila sakit, tol tak?


Pernah sekali masa tu hujan batu. Jarang-jarang tau hujan batu ni turun.  Time tu, kitorang gembira sangat.  Sebab tak pernah tengok hujan batu ni.  Titisan air hujan jatuh bersama batu yang macam ais tu, batu tu macam-macam saiz ade.  Masa tu, ma pun tak bagi aku dan adik-adik lain bermain hujan dan ma sendiri yang pergi ambik batu tu untuk kitorang rasa.  Rasa macam air biasa cuma sejuk dan lebih lambat cair dari ais.  Tengok, betapa seorang ibu cuba melindungi anak-anaknya.  Apa yang dilakukan oleh ibu bapa sebenarnya untuk kebahagiaan dan kegembiraan anak-anaknya.




Hujan dah berhenti, Melaka kembali panas 
=.='
niat untuk tidor tetap akan diteruskan. 


daa..
adioos!

Jangan baca entri sedih ni *menangis :(

As-salam...



Aku memandang ke hadapan sambil tersenyum, tiada siapa mengerti di sebalik cermin hitam di mataku ini.  Sebaik aku berpaling, air jernih mulai jatuh.  Begitu mesra di pipiku.  Bagai kawan karib yang telah lama tak bertemu, kini menemani kembali.


Pipi merajuk bila selalu dibasahi air mata,
Buat bibir jadi berat untuk mengukir senyum,
Hati pula meronta mohon dilepaskan dari rasa ini.
 

Tak ada lagi yang bisa aku lakukan
tanpamu.
Ku hanya bisa mengatakan
apa yang aku rasa.


daa..
adioos!!

Selamat Hari Tua!

As-salam...

Dua puloh dua tahun yang lepas, Puan Maznah binti Mustapha telah selamat melahirkan seorang anak kecil yang comel pada 1 Mac 1989 bersamaan hari Khamis, kira-kira pukul 4.55 petang.
:
:
:
:
:
:
:
:
 :
:
:
:
:
:


ba- cakkkk!
yeay! dah besar...


Terima kasih pada ma dan abah yang melahirkan dan membesarkan aku.  Kerana mereka la, aku berpeluang mengenal dunia selama 22tahun ni.  Alhamdulillah atas segala nikmat yang aku kecapi selama ini. Terima kasih pada geng preshool of roxs yang dah buat aku tangkap leleh airmata berlian ni di pagi hari lagi siap pakat ngan lecturer ag ea, serta kawan-kawan yang dok wish kat facebook dan tepon, dan mekasih jugak pada yang telah bagi hadiah in advance.  Sayang kamoo ketat-ketat ;)



daa..
adiooos!