raya..raya..raya

As salam...

Semua orang dok citer pasal raya raya raya. Yela, hari ni kan raya kedua..esok raya ketiga..keempat..kelima, keenam...ketujuhh...nah ko sambung kira lak :P 

Baiklah, memandangkan aku tidak pulang beraya di kampung bersama keluarga tersayang. Kalau balik, sudah pasti dapat makan rendang ketupat aneka juadah dan makanan feveret time hari raya iatu sate dari air tangan ibu sendiri .  Itu yang rugi, memang rugi *tepuk dahi..lembuuu =.='

Cuti tiga hari yang diberikan tu yang buatkan aku dilema, Keliru  bak kata Nurul & Ajai..Bila tanya ma, ma kata tak pela..tiga hari je, balik buat penat je.  Memang, ingat Melaka - Kelantan ni dekat k? 

Ingat ade orang ke akan biarkan aku raya sorang-sorang kat asrama ni, memang..si die tak benarkan, maka berangkatlah kami ke rumah ma saudaranya kat Kajang.  Seronok beronok-ronok sebab dapat pergi sembahyang sunat hari raya, terkenang la suasana sembahyang hari raya di masjid kat kampung.  Bezanya, masjid kat kampung ada jamuan hari raya, tapi kat situ takde..*pikiaq melantakk je keje..hakuu =.='

bagai pinang diketuk-ketuk, hee :D


 bergambar bersama family acik :)

pulang ke pangkal jalan..wuwuuu, warna baju kutub utara kutub selatan betul sebab masing-masing berkeras nak pakai baju raya pilihan masing-masing.  Takpe takpe..tetap comel kan =.=' plus dengan style songkok tu, leh jadik pakcik upin ipin daa :P


6 comments:

Popoi said...

slamat hari raya!! ^^

NANA said...

comel nyer dia :D

zOeY zAu YaH said...

kat mana2 pun janji raya kan? hihi

gedek! said...

nyanyi tak lagu 'anak dagang di perantauan?'

Citarasa Rinduan said...

eh............ mmg sangat sepadan pic pertama tu..
ahaksss

nabByla said...

pewitt! comel jew gmbar. ;)