Percutian yang sangat menyeronokkan..

As salam....

Sangat seronok bermalas-malasan kat rumah manis rumah ni ;) Tambahan lak kat kelantan ni asyik hujan jer, best la asyik nak tidor je kan *haishh, tak senonoh tol la anak dara zaman sekarang ni kan =.=' 


Sebelum balik Kelantan, sempat juga aku berpoya-poya ke Pangkor.  Ehehe, buah hati tersayang yang ajak mana boleh tolak kan.  Tak rugi lah ikut sebab boleh cuba macam-macam game air yang menarik. Masa bercuti ni sangat best sebab diisi dengan game-game yang menarik ni dan yang tak pernah aku cuba lagi.  Let's cekidaut apa yang aku buat masa kat Pangkor ni.


Sebaik je sampai kat Lumut, makan kat kawasan tu jap.  ada char kue teow, cendol dan jugak ABC :)

dah siap makan, menuju ke jeti untuk naik feri.  here we come Pulau Pangkor!  Kitorang menginap di Teluk Nipah.  Itu yang dicadangkan oleh kenalan si die sebab satu tempat iaitu Pasir Bogak lebih banyak tempat untuk bersosial dan lebih sesuai untuk pelancong luar negara serta bukan Islam :)


Yeah! badan nampak besar..hakikatnye berat tak bertambah pun =.='. Hee :D first time mencuba aktiviti snorkelling.  Mula-mula takut, lepas tu makin teruja sebab dapat tengok ikan yang cantik-cantik dekat dengan tangan ni bila aku pegang roti untuk menarik ikan-ikan tu datang.  


Terumbu karang pun ada tapi dah tak cantik mungkin kesan daripada aktiviti mencari gamat di dasar lautan tu.  Ehehe..tenkiyu untuk si die sebab bagi aku tumpang tarik tali kat life jacket tuu.  Sebabnya, tak de keberanian nak berenang sendiri, dah la ramai orang kat situ kang aku terlanggar kaki orang lak, tak pun jauh terpesong dari kumpulan kitorang , kesian kat aku kannn :D


Seterusnya, bermain-main berenang di tepian pantai....

Ini geng mandi saya, eh eh..idok ler :P


Kalau setakat mandi, kat mana-mana pantai ataupun tempat rekreasi lain pun leh mandi ag kan. Jadi, aku tak lepaskan peluang main game yang ada kat sini.  Mula-mula main kayak, yang ni aku dah biasa tapi takla expert sangat.  


Kemudian naik belon air, rujuk gambar kat atas & jangan gelak dengan gelaran yang aku bagi.  siyes, aku lupe nama benda ni.  Anyone knows? 
 kita akan dibawa membelah ombak serta melompat-lompat di atas ombak tu, urmmm..tol ke description aku ni. sorry again *innocent face :D Dipendekkan cerita, ianya sesuai untuk lelaki.  Eh..ingat aku tak berani k? sume aku try..ehehe.
 
merempit di lautan :)

Yang best..main jetski.  Err..jangan harapkan aku yang bawak jetski tu,  mestilah si die.  Dan yang paling best itu first time die bawak jetski.  wuuu..Ini baru betul nak bagi ayat "ku serahkan nyawaku kepadamu" ehehe.   


Part yang paling best adalah makanan laut kat sana! yummy yummy :)

ikan siakap tiga rasa.  Makanan laut yang ni je snap..yang lain-lain macam sotong bakar, ikan jenahak bakar, kerang bakar & kerang rebus pun sangat yummy! :)


 makan tengahari, nasi ayam pun yummy!

yang ni, si die yang try..laksa goreng! camni la rupanyer laksa goreng :D


Kemudian, shopping time!

abaikan muke masing-masing mintak sumbat dengan udang kering tu. huhu, masing-masing dah penat dok main air tapi kuatkan juga kaki melangkah untuk mencari sedikit barang sebagai buah tangan kepada keluarga.  Macam-macam ada, ase nak beli semua je.  Tapi, aku just capai sate ikan, kopok udang, kopok mentah, ikan bilis dan udang kering :)


p/s :  banyak lagi gambar tapi untuk memendekkan entri, kasi cerita padat jer dulu.  Gambar-gambar akan di upload di mukabuku :)

12 comments:

Cik Ila said...

Seronoknye..cik ila xpnah dtg sini..huhu

Cikgu Fikri said...

wah...
rindu nak g pangkor..
aritu pergi masa rekreasi pj...
huhuhuhu...
air laut dia masin sgt,..
lg masin dr PD....

sara pedrosa said...

besttnya..
kalo balik klantan meh la smbung main jetski dlam banjir..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hai adik..wahh pangkor mmg best.akak suka teluk nipah sbb aman jek.tp merempit naik motor sewa kat sana gerun gak.haha..byk bukit2 kan.


suka gi pantai kat pangkor sbb anak ikan ada je kat gigi air.chantekkk

zOeY zAu YaH said...

tgk pun dh tau mmg seronok hehe

Si qusowt said...

da lame x bercuti mcm ni..jeles nye..:(

sugar2 kapas strawberry said...

wa jeles sama lu

sarah rashidi said...

wah!!!bes nya pegi bercuti.snorkeling pulak tuh.huhuu....nak jugak :'(

nurmujahidah said...

grrr,,, aku jelez weh!!!!

cikgu ainura said...

wahh..bestnyer g holidy ngn tersyg :)

re'a said...

wah..seronok teramat bercuti + dgn yg tersayang..jeles2..hehe

sarah mohamad said...

Bestnyaaaaa dapt pergi ke pulau pangkor. Saya tak pernah pungg pergi pulau2 ni *kesat kesat air mata*