kampung vs bandar.

As salam...

Malam yang indah syahdu, sedang aku ditemani buku-buku comel ni teringat lak kampung halaman.  Yup, aku anak orang kampung dan sangatlah bertuah sebab dilahirkan kat kampung yang penuh kehijauan, sejuk..dan tak panas macam kat bandar ni.  Bila duduk jauh dari keluarga ni, terus dihantar belajar ke kawasan bandar.  Memang banyak perbezaan antara kampung dan bandar.  Tapi aku tertarik nak cerita dua hal ni je iaitu  Lintah & ikan keli.  


Lintah.  
Sejenis haiwan yang memakan darah kotor.  Dijual lima hengget seekor untuk buat rawatan lintah membuang darah kotor.  Kalau buat kat tempat perubatan dan orang kat situ yang buat, 10 hengget seekor.  Errr...kat bendang a.k.a. sawah depan rumah aku berlambak lintah lintah ni, ehehe...no need to pay la =.='



Ikan Keli.
Masa musim hujan kat hujung-hujung tahun tu,  abah suka tangkap ikan kat sawah atau sungai yang dekat ngan rumah.  Antara ikan yang femes ditangkap ialah haruan, ikan keli dan puyu!  Ikan-ikan tu digaring dengan garingnya memang sedap dimakan. Itu semua masa kecik-kecik, tapi sekarang aku tak leh makan da semua ikan tu tambahan lak bila mai duk bandar Melaka seekor ikan keli goreng berharga RM2, kalau besau sikit RM2.50..xsampai hati lak nak makan. Kalau suruh abah tangkap, ehehe.. no need to pay la =.='

pemandangan kampung aku, camni la..ade view bukit berkabus-kabus gitu..subhanallah, cantik kan :)



p/s : actually nak letak gambar tapi lemah semangat tol tengok gambar lintah-lintah yang montoxss kat google tu, terus rasa nak termuntah.  Siapa nak tengok gambar lintah boleh google sendiri, kalau nk tengok secara live, mai bilik aku.  huhu..rumet ade bela untuk diberi pada kawannya yang nak buat rawatan lintah kat muka :)

6 comments:

Cikgu Fikri said...

hai kak..
tak tdor lagi ker?
uhhhhuhu....
anyway, cm tu pmndgn kmpung akak?
lawa seh..
wat photoshoot, mesti best kan? :)

iDa said...

nk jumpa kak farhana laaa.free je kn???hihihihi

fieha said...

suke kg yg de swh padi.. :)

sugar2 kapas strawberry said...

samalah..kat umah byk sawah kot

Nazifa said...

kt bandar sume duit yg.pucuk paku RM2 seikat.kalu kt kg bersepah2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hai sayang..smgu tak ziarah kamu.sht ke?

cantiknyer kampung adik...nnt bawa akak ke sana boleh?