Derita.

As salam...

Kadang-kadang kita akan melalui perasaan suka dan duka, bahagia dan derita.  Prinsip aku pulak, senyumlah ketika berbahagia dan menangislah ketika derita.  

Ya, itu semua lumrah hidup di dunia ni, ada tangis dan ketawa kerana hidup kita bak putaran roda.  Kita akan merasai semua perasaan tu.  Sebab tu adanya blog ni, aku akan share semua perkara yang akan jelas menunjukkan perasaan aku tika itu.  Tapi aku perasan yang aku jarang sangat nak feelin perasaan sedih kat blog sebab aku tak reti. Tak tahu la nape, macam aku sedih bila berpisah dengan ex-bf dulu.  Aku ada tulis pasal perpisahan tu tapi takdela berlarutan hinggakan kawan blog yang rapat pun tak perasan sal sedih perpisahan tu.  Apa yang aku buat ialah tinggalkan hobi mengupdate blog ni.  Ya, waktu itu tangan dan hati aku kaku sehingga aku takut untuk terima kebahagiaan lagi.  


Sekali lagi aku benar-benar sedih waktu Rara 'pergi'.  Aku menangis pukul 3 hingga 5pagi tapi hanya beberapa patah ayat sahaja yang aku update di blog sebagai penanda dalam memori ini salah satu kesayangan aku telah 'pergi.  


Itu hanya beberapa kesedihan yang aku lalui.  Ada beberapa kesedihan yang aku share di blog dan ada yang aku terus Ctrl + A + Del.  Tapi kan, pape pun pengalaman merupakan guru terbaik yang menjadikan aku sekarang. 


p/s : jangan ingat bibir yang mengukir senyum tidak ditimpa perasaan duka.

5 comments:

.eypgonzales. said...

yup2 , blajar dr pngalaman kan ... ^^

padin said...

hehe sabar.. itu semua mendewasakan, senyum sokmo!!

Si qusowt said...

sabar ye....
name pon hidup..

Cikgu Fikri said...

btul tu..
blajar dr pngalaman..
cheers slalu :)

Khairiz said...

ni kenapa ada masalah ke? kalau rara pergi tu x kesah lagi, blh cari pengganti...betul dalam blog ini kita x blh nk luahkan perasaan kita 100%, abg x mau cousin abg sedih2 ni k :) buat la yang terbaik dalam hidup k..semoga ceria selalu :)