bawa diorang ke majlis kahwin.

As salam...

Pagi tadi aku dah selamat sampai ke kampus yang tercintai di negeri Melaka ni.  Apalagi, qada tidor yang tak nyenyak atas bas tu la.  Sejuk giler, camne nak tidor :(
Cuti dah berakhir tapi cuti kali ni sangat best kerana diisi dengan aktiviti yang menarik.  Antaranya, menghadirkan diri ke majlis mak sepupu bersama sepupu kecil yang comel iaitu Anis & Sucee.  Dua-dua budak kecik ni bagai terpegun dengan kaAyuan pengantin..dah nama pun Ayu der :P

 like dis pic, tetibe je Anis ambik binaan yg die buat ni letak atas kepala.   Ni masa menunggu bersama pihak pengantin lelaki kat rumah nenek.  Bosan kot, bila nak pi jumpa pengantin Ayu tu :)
(info : rumah nenek dekat dengan rumah pengantin perempuan maka dijadikan singgahan oleh pihak lelaki lepas akad nikah dan untuk meneruskan majlis persandingan)

masing-masing buat gaya. suasana lepas hujan di waktu tengahari, cun kan :)

 
 Sucee wif puan pengantin, eksaited tol die dapat bergambar dengan pengantin.

yang sebelah tu memang feelin pengantin betul, tertunduk malu :P

p/s : macam-macam perangai bawa diorang berdua ni.  Dua-dua dah macam pengapit lak bila ke hulu ke hilir dok ikutkan pengantin.  Diorang yang lebih kepoh nak bergambar situ sini >_<"

7 comments:

Ezy Chiaki said...

ala comel2 nye..

nabByla said...

seronoknya dapat pg rumah org kawen ea dak-dak nie. hehe.. :)

bloghok said...

comel nyerrr

Ct Aja said...

tringat masa kecik suka main kawin2..hihihi

Woofer Storm said...

nak juga tengok kwin..heee

comel budak tu,nak jadikan anak boleh??hehheee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hepinya budak2 tu

Khairiz said...

ni sapa lak kawin ni? x tahu pun...