Raya kali ni tak best.

As salam...

Perasan tak, aku sangat-sangat rajin mengupdate blog sejak raya ni.  Orang lain sibuk beraya, aku sibuk menghadap laptop ni.  Nak buat camne, hari raya first dah memang spoil dengan kepala yang sakit-sakit manja ni.  Dan seterusnya, raya menjadi sangat-sangat tak best bantuan perkara-perkara di bawah :-


*oitt, dalam pengenalan dah masuk point ni.  nextt!


->> Duit raya hanya dapat lima hengget jer. Eh, sebelum makcik-makcik balik tadi diorang bagi 5henget + 5hengget.  Jadi sekarang ada 5 + 5 + 5 = 15 hengget! kayo dennn =.='


->> Laptop patah! Jangan risau, tak masuk ICU pun sebab aku malas nak hantar. Bahagian antara skrin dan keyboard ni dah patah.  Alkisahnya kerana aku kasar sangat tutup laptop ni sampai tak nampak penutup broadband atas keyboard.  Nasiblah, laptop boleh dibukak kalau ade tempat penyandar je, kalau tak..guna tangan pun boleh >___<"


->> Tak pergi rumah kawan-kawan pun, reunion sekolah rendah pun tak pergi. Sebab? tak de TTC (time, transport,chance).  Malas nak hurai lebih, pergi rujuk buku Sejarah kat Perpustakaan Negara..rak nombor 11. bagus. 


->> Rindu Raya. Pakwe tak balik jadi tak boleh jumpa bakal mak mertua. errr..tengah merajuk malas nak ingat si dia  =.='


->> Cuti sekejap sangat. Gara-gara tiket yang cepat habis macam kueh teow goreng kerang di bulan puasa, aku terpaksa bertolak ke Melaka malam esok.  Beraya sorang-sorang kat bilik tuu dan tunggu kelas hari Isnin. Syabas untuk diri sendiri! 


Sekian, laporan raya bagi tahun 2011.  Moga raya tahun 2012 berteman semakin indah!

5 comments:

Amirrah Zawani said...

takpa lah.. hope raya tahun depan best dr tahun ni k.. selamat hari rayaaaaa :)

Aida Azryn said...

hehe.. raya aida pun xde ah meriah sangat.. :) harap2 tahun depan raya lagi meriah dari tahun ni..

nabByla said...

alahai sedihnya.. patutla kata raya tahun nie x best. huu sabar ea?

papn take care keyh!

caliph shuriken said...

oic, tpaksa balik awal ek..
apa2 pun, selamat hari raya ^^

chEntA said...

selamat hari raya dan selamat menjalani kelas semula..=)