Hari ni hari dia.

As salam...
 
Hari ni hari dia..esok lusa mungkin hari kita pula.  Kebelakangan ni banyak sangat cerita sedih menimpa kawan-kawan di sekeliling aku.  Terlibat dalam kemalangan, sakit serta kehilangan kedua orang tua dalam masa yang sama.  Sedih.  Aku cuma mampu bersimpati dan menyumbangkan apa yang termampu termasuklah doa seikhlas dari hati.  Sayu melihat orang sedang bersedih dengan nasib yang menimpa.  Tak dapat nak dibayangkan kalau itu semua terjadi pada diri sendiri.  


Semua dugaan pasti menjadikan diri seseorang itu kuat.  Aku serta semua yang hanya mampu memandang kesayuan haruslah ingat ini juga sebagai peringatan kepada diri.  Takziah kepada mereka. 

p/s : takziah kepada rakan satu batch yang kehilangan kedua orang tua yang disebabkan kes langgar lari. boleh baca sini.

p/s : Petang tadi juga sempat melawat seorang classmate di hospital. Alhamdulillah, hampir satu kelas pi melawat, jadi cepat-cepat la sembuh kawan! :)

p/s : jangan lupa yang ni jugak. DOA UNTUK IBU BAPA, mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita walau di mana kita berada.



3 comments:

Cikgu Fikri said...

sEMOGA ROH ibu bapa kawan akak tu dicucuri rahmat..
Al-Fatihah...

jehanfrhin said...

semoga mereka tabah & hope classmate awak tu cepat sembuh =)

takde harta yang paling bernilai selain kasih sayang ibubapa :)

iDa said...

al-fatihah...