Selamat Hari Raya!!

As salam...

Yeay! esok raya esok raya!..sambil berlari keliling rumah bawa bunga api..pusing pusing sampai pening! ehehe..itu tipu.  Dalam kepala memang niat nak main sangat bunga api..nak sangat, tapi apakan daya..dari semalam ingatan kepada kuih dan biskut lagi kuat menolak angan untuk bermain bunga api itu jauh-jauh.  Dan sekarang pula, sedang tunggu paracetamol yang ditelan dua biji bertindak..errr, bertindak betul-betul lali. Haih..minta-minta la bangun pagi esok jangan pening-pening lagi..memang menspoilkan mood raya la kalau macam ni >___<"

Sekarang, masa untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya. 

Dengan ini, saya Permaisuri Emieysandra selaku pemerintah di Dunia Emieysandra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Batin.  Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung bulu kaki jika saya termaki, terhamun, tersepak, tertumbuk, terlempang, terludah, terkahak, terhantuk *auww! sakit la setaNNN! terlanjur ehh belum apa-apa dah terlanjur, terkentut di muka, terHOT, tercium dan segala ter ter ter la,,KBYE!. *ade sesiapa rasa nak ketuk kepala aku dah biol ni tak? meh meh ketuk dinding rumah hang dulu eh =.='


k la..ni betul-betul aku nak ucapkan selamat hari raya :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGERS YANG SENTIASA MENCERIAKAN HARI-HARI INDAHKU.  MOHON AMPUN DAN MAAF JUGA BUAT KALIAN SEKIRANYA TERGURIS HATI PERASAAN. 

p/s : jangan tidor lewat untuk dapatkan muka berseri-seri di pagi hari raya. nyte! :)

3 comments:

Qu azniza ;) said...

selamat hari raye!!!

♥ Cik Nur Elyana ♥ said...

Selamat ari raya dear..cun pic..

http://elyanaguitar.blogspot.com/2011/08/my-first-contest-give-away.html jemput join

James Alexander said...

hati2 jika bermain bunga api. takut terkena pula pada baju raya kamu yg begemerlapan itu. hehehe...


Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kamu dan keluarga ye...