abah.

As salam...

Hari ni hari ulangtahun kelahiran abah.   Cantik je tarikh lahir abah iaitu 7.7.1957.  Abah memang dah tua tapi masih nampak muda.  Aku sentiasa doakan kesejahteraan abah dan juga ma.  Tak pernah lagi aku bercerita pasal abah kan.  Jadi, malam yang santai ni sebab esok tak perlu mengajar disebabkan sekolah mengadakan Hari Terbuka untuk ibu bapa datang berjumpa guru dan bercakap tentang prestasi anak masing-masing.  


Balik pada cerita abah yang hanyalah seorang tukang rumah berjaya, mestilah berjaya kerana dia ianya ibarat superhero bagiku walaupun kerjaya yang orang lain tak pandang pun kan.  Yela, aku bukan anak datuk menteri ke hape cumalah anak seorang tukang rumah.  Abah kelihatan bahagia dengan kerjayanya sejak dari dulu, sekarang dah berkurang la sikit sebab rumah kitorang kecik je sebab abah mengutamakan pelanggan, rumah pelanggan yang mesti cantik dan besar dulu.  Eh..memandai je aku buat alasan skima macam ni =.="  Balik cuti hari tu, abah sibuk bertungkus lumus dengan rumahnya sendiri, owh..rupanya abah tunggu giliran untuk dirinya sendiri..al maklumlah ramai pelanggan sebelum ni =.=" kot kot abah nak get ready untuk terima menantu *teringat adik-adik..err, aku lah kakak yang tua..ehehe ;)


Abah seorang yang aktif, dulu sekitar umur 40-an dan aku masih bersekolah..abah tetap aktif bermain bola di padang.  Saingannya pula anak-anak muda 20-an..semuanya kawan-kawan dia la. ehehe, otai tak abah aku? malangnyer, xreti reti lak die ejaskan sorang mamat aktif sukan untuk aku, khabarnya lelaki yang aktif sukan ni hensem. Buktinya pemain bola kembar zaquan tu ;p


Hobi abah ialah memancing.  Semua koleksi pancing, dan alatan memancing lengkap.  Anak-anak takkan dibenarkan sentuh alatan memancing die tuu, kitorang kalau nak memancing pergi buat sendiri guna batang kayu, ikat tali tasi dan pasang mata kali murah kat kedai then pergi la cari cacing untuk buat umpan.  Kire abah ni pemancing stendek la untuk pancing ikan besar.  Ya, banyak kali jugak abah dapat ikan yang besar besar.  Nak tahu apa jadi pada ikan tu? kitorang tenung-tenung, tilik kiri kanan atas bawah sambil kira sisik..err..pastu bagi kat jiran.  Yela, siapa yang nak makan sebab kitorang tak berapa makan ikan sungai*tol x jenis ikan ni..harapkan abah, dia hanya mengejar kepuasan dalam aktivitinya ni.  Abah suka memancing sampai sekarang, tambahan pula dia ade geng sekepala..sek kacik la katakan ;)


Aku paling suka masa dulu kan femes main wau bulan.  Bukan layang-layang yang berbentuk segiempat tuu tapi wau yang dibuat kukuh menggunakan buluh dan plastik mahal wooo.  Abah sangat mahir membuat wau.  Kalau dikenang time tu, ramai yang datang ke rumah minta abah buatkan wau.  Aku masih ingat, abah gigih mengasah buluh yang dipotong kecil sehingga licin kemudian dijadikan rangka badan wau.  Abah sibuk minta 'plastik gelenya' if u know la dari ma untuk dijadikan 'baju' wau tu.  Kat kelantan kan terkenal jugak dengan pertandingan wau yang bukan diukur pada kesenian pembuatan wau malahan takat mana tinggi wau tu naik ke atas langit.  Merasa jugak la gelas berdozen-dozen hasil dari kemenangan abah ni.  Yang untung penuh kat dapur ma, kan aku dah bagitahu tadi..abah hanya mencari kepuasan dalam aktivitinya ;)


Macam-macam yang abah suka buat tapi aktiviti yang kekal sekarang ialah memancing je la. Bila aku buat entri ni, jeles pulak dengan kehidupan abah sebab hidupnya penuh dengan minat dan kesungguhan.  Aktiviti yang abah buat menampakkan minatnya yang mendalam sehingga aku boleh ingat semua tu dan menghasilkan entri sekarang. 


p/s : risau jugak kalau-kalau ada yang tak faham dengan entri ni sebab aku hanya muntahkan dari kotak fikiran bukan dengan temuramah @ research lain.. kalau ade penggunaan bahasa yang tak bape betul tu, sori dan buat2 faham je la. TQ.

9 comments:

cik hani said...

i paham je bahasa u emiey.. hahaha..
rindu saat2 main wau bulan kt kampung i..sebab i ada ramai abang yang main wau

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak fhm entri ni..walau pun berbau pantai timur bunyi nyer."tali tasi " bererti tali tangsi kan?dan akak fhm apa yg ingin adik akak ni smpikan.selamat hari lahir abah..pasti orgnya msh segak dan tegap kan?

Aida Azryn said...

hehe.. faham je. :)

Cikgu Fikri said...

Selamat Hari Lahir buat abah akak..
6. JULAI pulak besday mak fiq... :)

M a W a D D a H said...

kita pun sayang ayah kita...:)

cik lya said...

epy besday uncle!!!

Titisan Hujan said...

rindu kat abah..huhuhu
pkck abu bakr ni cm abah am.

nk main wau!!!

ASaDa RyutaRo said...

happy belated birthday untuk ayah cik emieysandra. semoga dikurniakan kesihatan yang baik.. :)

caliph shuriken said...

hepi belated besday utk abah emiey ^^

klau zaman skolah en3 cmni kira sama level karangan tajuk abah sy.. so, sy bg A++ laa, hikk...