tengok baby comel.

As salam..

Aku baru balik. hik hik. dari makan gulai errr..dari kenduri la.  Bese la kan cuti sekolah, tapi majlis yang aku pergi ni majlis selawat dan bercukur anak kepada kawan yang aku panggil kak Su.  Kenal ngan die masa first PBS (Pengelaman Berasaskan Sekolah).  Dah lama la.  Masa dia kahwin tak dapat pergi sebab bukan masa aku cuti.  Dia pun dah jadi cikgu sekarang dan bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata yang comel.  Sorry la, tak ambik pulak gambar baby yang comel tu.


Aku ni jarang keluar rumah, kalau keluar..ke bandar je, memang jarang nak jumpa orang-orang kampung ni.  Pergi majlis tu dengan nenek, jadi banyak la nenek kena menjawab kepada orang kampung yang bertanya.  "Iyer, ini anak kedua Meknah la, yang belajar kat maktab tu" dan orang kampung pun.. "Oooo......makin cantik yer"..ah sudah, baik korang percaya yang Ooo tu je eh.  Masa jumpa Kak Su nak cium-cium anak die, Kak Su pulak yang mengusik.."nanti tunggu yang Kak Ngah lak, cepat-cepat la kahwin", apalagi, muka aku terus diserbu panahan asmara yang tak terkawal.."oh my, jangan ah..malu nih" kata aku dalam hati yang dup dapp sengaja dibuat =.=' Meh, nak bagi jawapan retis ni..Tak de jodoh lagi la, Dato dato VIP xde yang berkenan lagi. retis kan cari orang kaya, aku dop la..asal leh beli beras cap rambutan sudaaaa~


Balik tu terus jumpe si kecik dua orang ni, bibir si kakak putih..katanya dia main ubat gigi.  Semua orang macam nak marah die, macam je padahal..die pulak dah buat muka emo.  Jadi, aku suruh die pergi basuh mulut tu nanti aku akan pakaikan die lipstik, lagi lawo.  Dia pun cepat berlari pergi basuh mulut die tu, haishh entah siapa ajar die main ubat gigi lak.  Dia dah basuh, aku pun kotakan janji dengan adik die sekali dapat pakai lipstik. 

 

Dapat pakai lipstik, ambik gambar pun bibir dikawal elok =.="
Apalagi, diorang pun tarik-tarik my big brother ajak pergi kedai. vromm vrooom naik motor. babai^^

8 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

comelllll...emiey rajin layan mesti mereka suka kan?

James Alexander said...

just wait.... he will come...

HaNa Hani said...

haha
chomei je dak2 tu aiih
pakai gincu lagi
^_^

Cikgu Fikri said...

ok fine!!!!
comel!!!!
pastu, pakai lipstik terus g kedai..
huhuhhu..
beli jajan ker kak ? :)

Nurulchumel said...

cute nya pakai lipstik! =.=

emieysandra said...

sis LM :~ klu xmelayan, diorg ni pndai je buat muke boring sis..w'pun penat tp happy sgt melayan budak2 ni^^

James Alexander :~ insyaAllah, sorry tetibe je ase emo bce quote2 tu..ingt kisah llu =.='

Hana Nani : ha'ah..lpstik pink lak tu, mkin comel bbir diorg ;)

Cikgu Fikri :~pe lagi, klu bukan jajan fiq..ehehe.

Nurul :~ yup, they are^^

Ain Zulaikha said...

teringin sangat nak pegang baby. macam lebih 5 tahun dah tak pegang baby.. kasihanilah saya, hahahhaha

if dah sampai jodoh nanti, jangan lupa jemput heheheh

apik pehe said...

hehehe..bby nakal camtu mmg apik suke