Seratus Lima Puluh Juta

As salam...

Nak tuju lagu boleh?
Melodi mengambil alih suasana sunyi tika ni..dan...

Untuk kali ke seratus lima puluh juta kali
Mereka tanyakan kau soalan yang sama
"Eh, kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua kau tarik tangan aku 
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh juta kali
Aku pun dalam  hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku, jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


Sekian..
by Fynn Jamal.


 Jangan hanya memandang, telusi ke ruang hati. ya, kamoo. 


Kita cukup berbeda, namun percaturan sang Pencipta siapa yang tahu. 
Sifatnya air yang sejuk itu menenangkan yang panas, oh ya..terima kasih juga kerana bersabar^^

15 comments:

Cikgu Fikri said...

lagu ker ni kak?
best?

emieysandra said...

yer fiq, lagu lme da..search la dgr, best^^

James Alexander said...

ye...

best...

kontra atau berbeza...

lebih indah daripada benda yg sama serupa...

Dayana AZ said...

hehe, lgu ni kne sgt :P

Aida Azryn said...

xpernah dengar lagi lagu ni. :)

ASaDa RyutaRo said...

wah.. nampaknya macam ada hati yang sedang berbunga di sana. hahaha..

semoga bahagia selalu hendaknya :)

msredcheesecake said...

cikgu,

hebat .... kalau hati dah suka kerana dia sempurna di mata kita, pedulikan apa org kata....hheee

Fyqa said...

besttt lgu ni ;)

najihah sahami said...

eheee...emiey pun layan lagu ni. aumm..

cik helena said...

kite tau lagu ne!best!

maCy said...

ta suka lagu tu =="


happy for u sis :)

niesasukasuki said...

best lgu ni...

apik pehe said...

huhu..tengah dilamun cinta la tu

ghost writer said...

kalau dah cinta biar apapun kata yang mendesak dan meruntuhkan tetap juga bertahan dengan apa yang dipercaya...

sugar2 kapas strawberry said...

suke rentak dia :)