Sedih.

As salam....

Sekarang dah pukul enam lebih masa entri ni ditaip, tapi disebabkan langit dah gelap mungkin nak hujan kot malam ni.  Ma dah sibuk suruh aku bersiap-siap, ingat dah pukul7..grr~ ingat nak suruh aku cepat-cepat pergi =.="


Baru je balik dari rumah tok ayah, jumpa tok dan nenek serta kedua sepupu kecil aku ni.  Sempat main-main dengan diorang jap.  Anis yang baru je baik dari demam kelihatan aktif, dok main sambil nyanyi nyanyi lagu yang pernah aku ajar dia..lagu Rasa Sayang, Bapaku Pulang, Anak Itik TokWi..macam-macam lagu tapi die ingat sekerat-kerat je setiap lagu tu dan memang kelihatan bijak dan comel untuk kanak-kanak yang baru nak masuk umur tiga tahun macam dia.


Masa nak balik tadi, kena elak dari dia nampak aku dan ma balik (rumah tok dekat sebab kampung sama) takut dia nak mengikut jugak, kalau ikut mood tak baik, dia akan menangis nak ikut Maklong (ma aku) balik.  Jadi, lepas aku salam ngan tok dan nenek, terus balik sambil pegang tangan Sucee sebab dia akan ikut hantar aku naik bas malam ni.  Jalan beberapa langkah, aku terus teringat, tak peluk Anis puas-puas lagi.  Aku pun terus berlari patah balik ke rumah tok dan Anis masih ada kat luar rumah tu.  Aku peluk dan cium dia.  Aku suruh dia cium aku balik, dia cium.  Aku peluk dia kuat-kuat.  Nenek aku tengok je perlakuan aku tu.  Lepas tu, aku terus berlari kat ma yang tengah tunggu aku.  Anis yang nampak aku berlari, terus menjerit "kak ngah, jangan lari" sambil senyum-senyum dan buat tangan peace kat muka, yer aku sempat berpaling dan tengok dia.  Dia memang sangat riang petang ni.  Berlari dan melompat tak henti, itu juga yang buatkan aku sedih nak tinggalkan dia. 


 sibuk main dengan kakak die, Sucee.


 masih tak nak tengok kamera. 


 
lubang idung yang die bagi, tak pela..*lobang idungmu tetap menjadi pujaanku, hikhik =.='


Mungkin cuti kali ni banyak menghabiskan masa bersama diorang, nak tinggal kali ni terasa sangat di hati.  Sedih.  Dah hujan, mesti sangat sejuk naik bas malam nanti T__T

15 comments:

Peri PiA said...

cumel :)

ciknabil-a said...

jangn sedih2 ea awk... t leh jumpa drg ag.. t.c! ;)

najihah sahami said...

alahai siannya..sabar yea emiey.

NARDtheNERD said...

uikss dah abis cuti ek dear?..
:)

James Alexander said...

kenang saja mereka tika kamu berjauhan dengan mereka nanti. Pasti dapat menjadikan diri lebih bersemangat dan bermotivasi.


have a safe journey ...

syafiqakarim said...

comel nye depaaaaa..
aih..betul.kdg sebak nak tinggal
kan budak2 kan.

hmm.teringat baby2 yg dekat wad ;')

Aida Azryn said...

ngeee.. comel diorang! tolong sampaikan salam aida kat diorang. boleh?:P

bantalbucuk said...

dua2 comel..apa la yang dia syok sangat tengok tu sampai tak pandang camera..hehe

farah da butterfly said...

comel la dua org budak nie.. geram eh farah tgk.=)

SYAFIQAHSALEH said...

jgn sday! nanti jumpa diaorg lg ye :)

SYAFIQAHSALEH said...

jgn sday! nanti jumpa diaorg lg ye :)

iszieylyanziy said...

uwaaa,,,,sdey2x,,baru sampai mktb da ase nk balik dah,,ngee

Woofer Storm said...

ada masa balik jumpa mereka..ingat tu^^

enyheartsdiamond said...

kalau kita sygkan budak2 tu kan, nt mesti terindu-rindu bila berjauhan :')

apik pehe said...

hehe..emiey..nanti boleh balik lagi..huhu..pakai stokin banyak2 deh atah bah tuh..hehe