ribut tol jaga bebudak ni.

As salam...

Huh..penat gak jadi baby sitter ni yer.  Meh nak habaq, pengalaman aku jadi bibik tak terlatih hari ni.  Pagi-pagi tunggu atuk datang hantar diorang ni.  Sebaik je sampai, diorang masuk je umah, dah mula bising..'kak ngah, bukakan air 100 ni'.tu diaaaa..pagi-pagi datang bawa bekal air hundred plus, memang maju ah bebudak nih.  


Beberapa minit pastu, adik aku bising ada kawan aku dari ganu datang.  Haishhh, musykil tol..sape yang datang tak dijemput tu..tak kabo apa pung nak datang.  Ingat betul-betul kawan dari ganu, rupenyar mek Ida yang dok dekat ceh jah ngan aku ni =.=" Nasib ar, ida dah ada muka ganu tu. cepat-cepat la tukar status leh tukar negeri,  ehehe. 

ni gambar masa dating kat sini.

Dengan muka sembap macam ikan buntal hape daaa, macam mak anak sepuloh pun yer jugak sambil dok pangku bebudak nih, bese la semalam malam jumaat tacing terlebih lak.  Jadi pagi ni qada la seround lagi ingat nak feeling demam tapi nasib la aku masih kental lagi..yeah! *sape yang baca status facebook aku semalam tahu la, sekarang tak payah nak cari, dah delete. 


Bawa bebudak duorang ni masuk bilik, macam biasa diorang nak bukak laptop nak dengar lagu.  Okey la, layan je la sambil tu bagi diorang minum dan makan-makan bekal diorang tadi.  Air hundred plus dengan cokelat ak.a gula-gula la. Laptop dah bukak, diorang lak ralit dok main buku ape ntah jadi aku online jap.  Aku pun jadi ralit bila terjumpa video lagu Kisah Hati dari Alyah ni.  Boleh tekan klik je nanti akan ke new tab.  Terpegun sat dengan video lagu ni yang aku rasa menarik. Mula-mula dengar masa Final Mentor 5, Shiha si protege kak Pah yang nyanyi lagu ni.  Tak best sangat la, penyanyi asal Alyah ni yang nyanyi lagi best.  Lagi satu, masa Shiha bawa lagu ni, dia tunjukkan macam kisah lain bila tengok video ni macam kisah lain, kisah cinta tak kesampaian meskipun mereka saling menyayangi. Apalagi, terus download tak beragak pakai broadband maxis yang punye limit ni, janji puas hati.  


Lepas download, dok ulang tengok video tu..bese la, lagu baru mesti dengar banyak lagi sampai boring.  Okey, back to topik bebudak kecik ni.  Mana diorang??! Tadi dengar bising je kat luar ngan adik dan sepupu-sepupu aku yang lain.  Memang diorang lesap!! 


Beberapa minit lepas tu, nampak terkedek-kedek bebudak ni jalan balik. Muka diorang dah muncung, sama macam ngan muka aku gak ar. Patut la, diorang cuba nak pergi kat tempat ma aku buat kerja untuk majlis jiran dekat-dekat umah ni.  Orang kelate panggil bigwork..u know bigwork? which is like gotong-royong yer.  Nasib la, sepupu aku yang kat rumah depan tu nampak, then paksa diorang balik, tu yang muncung tu. Owh...jangan risau yer kawasan rumah aku bukan macam bandar, bukak pintu nampak jalanraya yang bahaya sebab aku dok kampung..bukan pintu nampak kehijaun okeyh.  Jadi, bebudak ni keluar tak sampai ke jalan besar lagi.

models of de year~

Aku rasa bebudak ni lari dari rumah sebab aku tak bagi kasih sayang sepatutnya kot. Ye ar, asyik layan feeling je..hilang abih seri muka comel kak ngah, ye dak? haishh.  Aku pun takde la nak membebel bagi dendaan macam mak tiri, terus lah aku ajak diorang ni karaoke.  Err..i mean pasang lagu dalam laptop pastu menyanyi melebihi suara dari laptop tu, secukup rasa barulah menyumbang suara, kan kan. Suci iaitu si kakak ni dah siap dihulur raket badminton untuk dijadikan gitar, Anis lak buat tarian menggoda dok panjat katil sambil goyang kepala.  Akif yang join sekali ambik hanger buat gitar jugak lepas tu dia ambik straw and letak hanger kat bahu jadi violen..kreatip kreatop tak diorang ni?  bunyi yang terhasil memang tak boleh nak cerita la dan antara list lagu ngetop yang kitorang nyanyi lak adalah :-


*Rasa Sayang
*Lagu Tiga Kupang
*Bapaku Pulang
*Anak Rusa Nani
*Suriram


Ehehe. usah ditanya kenapa lagu-lagu tersebut ada dalam laptop aku sebab aku kan ambik kos pendidikan awal kanak-kanak a.k.a prasekolah, mesti kena simpan lagu-lagu camni.  Paling diorang minat, lagu Rasa Sayang..nyanyi dengan pitching yang paling termampu tinggi..diorang la.


p/s : moral of the story, jangan dok berangan bila jaga budak-budak. mekasih. tata!


13 comments:

James Alexander said...

hopefully you'll become a great mom... hehehe...

emieysandra said...

haha. amin..thnx james^^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hehehe..latihan tu .akak skrg ni layan 3 org,nnt tak lama lg ada satu lg..hik3.mampukah akak?

CIK TOM said...

comelnya...emiey dah boleh jd calon ibu mithali ni ^_^

Cik Ezy said...

prektis jge ank ye..
hihikk

Aida Azryn said...

hehe! comel model tu. :D

asfz lily said...

fuyoo..babysitter...asfz failed lah! T_T
teheee...u done great job! :)

apik pehe said...

hahaha..tu baru budak2..kalo anak sendiri?

Puteri Iqa Izyan said...

practice makes perfect. hahaha

Ain Zulaikha said...

hahaha gigit je budak2 tu.. comel sangat..

Cikgu Fikri said...

heehee..
gunakan ilmu preschool akak utk mendidik mereka2 itu..
comel! :)

sugar2 kapas strawberry said...

betul2 baby sitter nih! :)

enyheartsdiamond said...

comel betul budak berdeua tu posing <3