Resepi spaghetti yang paling ringkas.

As salam...

Malam tadi, aku masak spagheti.  Hasrat ni dah lama dipendam, baru hari ni tangan ni rajin nak bertungkus lumus kat dapur tu.  Aku suka makan spagheti, jadi haruslah masak sendiri.  Berbekalkan ilmu tunjuk ajar dari kawan kat IPG, aku pun cubalah masak tapi aku renovate sikit.  Sangat ringkas resepi spagheti yang aku buat ni (resepi spagheti memang semuanya sangat ringkas kan?huhu =.=')

Walaupun kebanyakkan orang dah tahu resepi yang senang ni, aku tetap nak share jugak^^

Bahan-bahan
1. Satu paket spagheti
2. Satu paket sosej (kawan aku ajar letak daging hancur, sesuka hati aku tukar kepada sosej sebab aku suka sosej)
3 Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah (aku tak ingat berapa yang aku guna tadi)
4. Satu tin prego.


Cara membuatnya :
1.  Rebus sosej terlebih dahulu. Bila dah siap, potong sosej menjadi kecil, saiz sesuka hati.
2.  Rebus spagheti dalam periuk, dan jangan lupa letak marjerin.
3. Tumis bawang putih & bawang merah yang siap dihiris.  Kemudian masukkan satu tin prego, tambahkan sedikit air.  Tadi aku sukat air dalam tin prego yang dah habis dituang, satu tin je. Tambahkan garam secukup rasa kalau nak sedap boleh tambah lada hitam.  Bila dah mendidih, masukkan pula sosej yang telah dipotong kecil.
4. Siap! dan boleh dihidangkan.

Ini gambar Italian Sausage Spaghetti dari pak cik google :D


Tadi tak sempat nak snap gambar pun, mana nak pegang pinggan, senduk..last, tengok pinggan dan licin.  Apa pun, aku memang puas hati la pada percubaan kali pertama ni.  Tanya pendapat ma, dia kata rasa semua okey.  Suke!  Akif, si bongsu tu pun tiga kali menambah.  Penambah seleranya ialah sosej, tambahan pula aku tak letak lada hitam sebab Akif memang tak makan pedas.


p/s : Lepas ni nak cuba lebih banyak resepi ;)

7 comments:

Cik Fia said...

letak daging kisar.. :)

naz said...

i dah makan spageti 3 4 kali tapi memang bukan selera i tak boleh masuk hahaha

merahitujambu said...

ni tutorial eh??heehhee...terima kasih bg recepi..blk nk try...

cik pulau said...

wahhh.. mudah..
tapi family tak makan spagethi..
so takleh la nak buat banyak2
kang tak habes..
hehehe..^^,

James Alexander said...

mcm sedap...

pasni nak masak ape lg..?? bg skit bleh...??? hehehe...

CIK TOM said...

la nape xletak pic yg emiey masak..mesti lg sedap ni...huhu

caliph shuriken said...

kurier kt sy sikit ok, hikk...