perkara membosankan di facebook

As salam...

Sejak dua tiga hari ni membuak rasa ingin mengupdate blog, hinggakan makan maggi tomyam semalam pun rasa nak je cerita dalam blog tapi mood pula taraaak ada, tengok new post pun takde mood.  Kalau kat rumah masa cuti mesti  rasa banyak je nak cerita.  Bila kembali ke tempat belajar, mestilah banyak masa dihabiskan dengan memikirkan perkara yang lainnya.  Mana nak fikir soal hati perasan lagi, biasa la kan remaja..selalu je JK (jiwakacau) tapi aku ni remaja lagi ke? hatoiii =.=


Walaupun aku tak update blog, aku akan update status kat facebook.  Yela, nak ingatkan orang lain bahawa aku masih wujud di dunia ini.  Tapi facebook ni lama-lama akan membosankan.  Ya, membosankan dan aku tahu mesti ada yang setuju, cepat angkat hidung. okeyh, gud =.='


Salah satu perkara yang membosankan ialah bila ditegur/dingorat/diganggu oleh adik (lelaki muda + junior sekolah dulu). Boring tau.  Kalau datuk-datuk yang tebal poket takpela jugak kan.  Kalau adik-adik ni nak buat apa.  Bela ikan pun aku tak reti tau.


Macam mana aku boleh menambah & menerima dia? semestinya aku cam dia dari sekolah aku dulu.  Malangnya, die boleh lak tak cam aku. Seperti penyebab utama sebagaimana yang terdapat dalam entri ni kot. Mula la dia tanya dok mana, leh berkenalan, tengah buat apa dan sampai part umur aku pun jujur la dah twenty two u..then, dia mula la..oo..akak la ni.  Pastu aku pun mula la membahasakan diri akak, akak dah makan..akak tak suka..akak bla blaa bla, terasa tua dan boleh kawin, eh..tak de kaitan lorh. Setiap kali aku tukar nick name facebook, die akan tegur aku macam tu, die tak reti tengok photo ataupun cepat hilang ingatan ke hape.

[IKLAN] Dik, senyumlah untuk kekalkan awet muda ^____^


Satu perkara yang membosankan lagi ialah jemputan event yang berlambak. Ampun diharapkan tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak yer.  Dulu guna blogwalking untuk jemput orang datang blog kita. Namun, sekarang dunia IT makin canggih buat event sekelip mata ajak singgah ke blog macam tu je.  Mudah saja kan.  Event untuk join contest, bloglist dan macam-macam hal lagi. Disebabkan banyak sangat notification event ni, aku tengok je noti dan memang aku tak bukak..jahat kan, tapi nak buat macam mana~

Main poke, guna tulisan biru aku suka jer~


p/s : ini pengalaman dan luahan rasa peribadi yang mungkin berbeza dengan korang ;)

12 comments:

vampire's lovex said...

fesbuk memang membosan kan kalau dapat junior yg cmtu hahaha...

LittLeMyRashMaLLoW said...

emmm....
sama laa...
kadang-kadang rasa nak deactive...
tapi...tetibe ter aktiv kn balik..heh~
hape pun xbley~
=)

ENCIK TIKUS said...

buat twitter cepaaaaaaaaaaatt...

caliph shuriken said...

ada masa bosan jgak tapi guna Fb utk run biz jaa, hukk...

latest en3: wordless wednesday: miniature

M Fizan said...

boleh tak nak like entri nie 2bilion kali? memang setuju pasal event..sabor jer lar..huhu :D

z a z a said...

aww. cute little baby

Cikgu Fikri said...

nasib baik saya tiada FB!!!!!
huhuhuhuh :)

khadijah said...

tak suke jugak event tu, xmasok pun biasenye, pangkh trus, sorila kalo ade yg trguris kan..

phentermine said...

Phentermine.....

A nice post thanks for sharing.....

http://www.PhentermineHome.com/

shameel Iskandar said...

Dalam FB ni mcm2 ada. Ada yg menghibur dan menyennagkan. Ada yg menyerabut dan membosankan. Paling teruk, kt Fb jugalh medan utk kutuk mengutuk krn berbeza pandangan, sampaikan imam sudais(imam besar masjiidl haram), pun digelar Kudis. Apapun kebaikan Fb masih byk.

James Alexander said...

hehe... nak datuk yg tebal poket je ek...???

sy x de fb... x minat fb...

emieysandra said...

vampire's lovex
:- betoi sgt! hahaha~

LittLeMyRashMaLLoW
:- pernah gk wt cmtu, huhu..sje memain :D

ENCIK TIKUS
:- xretiiiiiiiiiii nk b'tweet lor. sadis toll =.='

caliph shuriken
:- ade bisnes tapela, yg emiey dok kacau kwn2 je kt fb~

M Fizan
:- like la 10billion pun, tp niat dlm hati eh..wakakaaa..same la!!

z a z a
:- auwww...ur komen pun so sweet.hihiihi~


Cikgu Fikri
:- klu ade, msti akak junior akn ngorat fiq..huhu ;p

khadijah
:- ha'ah..sory la klu kite terguris kn, k kne gores sekali..uhuk~

phentermine
:-welcome =)

shameel Iskandar
:- btol tu! jdi, gune la yg baik sbaiknye & tinggalkan yg buruk tu jauh2 kan =)

James Alexander
:- kalau..kalau ade..hahaha, ala..buat la..1st add emiey dlu okeyh ;)