Kenduri rumah sedare

As salam...

Selamat pagi!!
Dah ada yang hidangkan sarapan ke? nyum nyum, perut dah mula berkeroncong merdu.  Kebelakangan ni, aku selalu makan sikit je nasi tapi banyak kali.  Tak macam dulu, nak makan tu punya la susah tapi sekali makan menambah la jugak. So, sekarang ni dah tukar habit dan sebelum tidur malam bila ingat kan pasal makan, rasa bangga sebab hari ni dah makan banyak kali, boleh la memberatkan badan dengan jayanya =.="


Semalam pergi makan kenduri rumah sedara.  Sepupu kepada ma kawin, makanya yang kawin tu pak sepupu aku la.  Bertemu jodoh dengan yang paling jauh sekali, lokasi yang telah dikenalpasti ialah di sebelah rumah sendiri.  Jauh kan.  Selamat berbahagia diucapkan.  

Sebelum naik ke rumah pengantin, aku lah jadi pengantin dulu di temani pokok-pokok buluh menghijau. Sapa yang tak kenal kaler biru hijau pink purple, meh aku habaq sume tu ade kat baju aku.  Dan yang sadisnya, aku rasa macam taknak ngaku muka sendiri, sebab rasa tembam je dalam gambar kat atas tu,,huhuhehehaha =.='


 Eh, aku terkena pistol laser doraemon ke? terus jadi kecik.


peace!

Hari ni kenduri lagi, kat sebelah rumah pengantin perempuan iaitu di rumah pengantin lelaki (majlis sambut menantu).  Ape lagi, wajib serang ar^^

6 comments:

kokser kokdam said...

emm.. cuti nk abes dh.. kenduri blum abes lg.. da kembung da pyot

M Fizan said...

apa yg tembam? comey jer..huhuh..
mana kenduri? nak ikut gak.........

James Alexander said...

ari2 asyik dok pekena nasi kenduri boleh bikin demam woo... hehehe...

sugar2 kapas strawberry said...

udah2lah tu g bekwoh >,<

najihah sahami said...

haha..gemuk ngn kenduri je kan.hehe

kura said...

seronok budak tu pose! ahah